Centre for Bioaromatic Research UMPSA

Centre for Bioaromatic Research UMPSA VISIT US AT:
WEBSITE: https://bioaromatik.ump.edu.my/
YOUTUBE CHANNEL: Bioaromatic UMPSA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,YBhg. Prof. Dato' Dr./ Dato'/ Datin/ Prof./ Associate Prof./ Dr./ Sir/ Madam/ Miss,Are...
11/08/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato' Dr./ Dato'/ Datin/ Prof./ Associate Prof./ Dr./ Sir/ Madam/ Miss,

Are you ready to deepen your knowledge in computational drug discovery and molecular interaction analysis?

NO DATA? NO PROBLEM. JOIN THIS WORKSHOP AND WALK AWAY WITH A PUBLISHABLE PAPER IN SIGHT

Join us for the "3-Days Hands-On Workshop on Network Pharmacology & Molecular Docking" – a practical, in-depth training session tailored for those who seek to enhance their skills and understanding in network-based pharmacology and molecular docking techniques.

Workshop details are as follows:
Date: 22nd – 24th September 2025
Days: Monday to Wednesday
Time: 08:30 AM – 04:30 PM
Venue: Centre for Bioaromatic Research, UMPSA Gambang

Participation Fees:
UMPSA Postgraduate Students: RM500
External Postgraduate Students: RM650
Academicians/Researchers/Industry Professionals: RM1000

✅ Hands-on modules
✅ Certificate
✅ CPD

We highly welcome your participation in this valuable learning opportunity!

For further information, please contact:
Ms. Herlissa: 018-9162003
Mr. Roney 016-5638766

Email: [email protected]
Registration link: https://forms.gle/dTTCX2gVWfFbTXc59
"Kindly note that the payment method and details will be provided via email upon registration."

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,YBhg. Prof. Dato' Dr./ Dato'/ Datin/ Prof./ Associate Prof./ Dr./ Sir/ Madam/ Miss,Are...
04/08/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato' Dr./ Dato'/ Datin/ Prof./ Associate Prof./ Dr./ Sir/ Madam/ Miss,

Are you ready to deepen your knowledge in computational drug discovery and molecular interaction analysis?

Join us for the "3-Days Hands-On Workshop on Network Pharmacology & Molecular Docking" – a practical, in-depth training session tailored for those who seek to enhance their skills and understanding in network-based pharmacology and molecular docking techniques.

Workshop details are as follows:

Date: 22nd – 24th September 2025
Days: Monday to Wednesday
Time: 08:30 AM – 04:30 PM

Venue: Centre for Bioaromatic Research, UMPSA Gambang

Participation Fees:

UMPSA Postgraduate Students: RM500
External Postgraduate Students: RM650
Academicians/Researchers/Industry Professionals: RM1000

✅ Hands-on modules

✅ Certificate

✅ CPD

We highly welcome your participation in this valuable learning opportunity!

For further information, please contact:
Ms. Herlissa: 018-9162003
Email: [email protected]

Registration link: https://forms.gle/dTTCX2gVWfFbTXc59

"Kindly note that the payment method and details will be provided via email upon registration."

29 JULAI 2025 | SESI SERAHAN SISA DAUN NANAS OLEH RANGKAIAN DELIMA SDN BHDPUSAT BIOAROMATIK UMPSA - Terima kasih diucapk...
29/07/2025

29 JULAI 2025 | SESI SERAHAN SISA DAUN NANAS OLEH RANGKAIAN DELIMA SDN BHD

PUSAT BIOAROMATIK UMPSA - Terima kasih diucapkan kepada Rangkaian Delima Sdn. Bhd. atas serahan sisa daun nanas yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Perladangan dan Agribusiness, En. Mohd Syafiq bin Ramli kepada Dr. Nur Jannah Salim dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), UMPSA.

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada projek penyelidikan geran dalaman UMPSA yang memfokuskan kepada pemanfaatan sisa daun nanas untuk tujuan lestari dan inovatif.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan, Pusat Penyelidikan Bioaromatik turut menyerahkan surat penghargaan kepada Rangkaian Delima Sdn. Bhd. atas kerjasama dan komitmen dalam menyokong inisiatif penyelidikan berasaskan sisa agroindustri.

Kolaborasi seperti ini amat penting dalam menjayakan penyelidikan yang memberi impak kepada industri dan kelestarian alam sekitar. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda.

18 JULAI 2025 | LAWATAN PUSAT PENYELIDIKAN BIOAROMATIK UMPSA KE PUSAT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI GLAMI LEMI  NEGERI SEMBI...
21/07/2025

18 JULAI 2025 | LAWATAN PUSAT PENYELIDIKAN BIOAROMATIK UMPSA KE PUSAT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI GLAMI LEMI NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN – Pusat Penyelidikan Bioaromatik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, sebuah pusat penyelidikan bioteknologi yang berprestij terletak di Kuala Klawang, Negeri Sembilan.

Lawatan ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila dan diringi oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Bioaromatik, Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza, Chm Dr. Nazikussabah serta beberapa orang penyelidik yang terlibat. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bioteknologi, khususnya yang berkait rapat dengan bioaromatik, teknologi hijau, dan kelestarian sumber semula jadi.

Delegasi UMPSA telah disambut mesra oleh Pengarah Eksekutif UM Agroforestry, Prof. Dr. Ismail Yusof, serta Pengarah Pusat Glami Lemi, Dr. Nuradilla, bersama pasukan penyelidik pusat tersebut. Delegasi kemudiannya menerima taklimat mengenai fungsi dan peranan Pusat Glami Lemi sebagai hab penyelidikan serta inkubasi bagi teknologi bioteknologi termaju. Lawatan turut disusuli sesi tinjauan fasiliti makmal dan perbincangan dua hala yang menumpukan kerjasama strategik serta komersialisasi hasil penyelidikan.

Menurut wakil UMPSA, lawatan ini bukan sahaja membuka ruang kolaborasi baharu antara kedua-dua pihak, malah berpotensi untuk memperkukuh jaringan penyelidikan antara universiti dan institusi berkepentingan dalam bidang bioteknologi negara.

Pusat Penyelidikan Bioaromatik merakamkan penghargaan kepada pihak Pusat Penyelidikan Glami Lemi atas sambutan mesra serta kesudian menerima kunjungan ini. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus berkembang demi pembangunan ilmu, teknologi dan inovasi yang memberi impak kepada masyarakat dan industri.

16/07/2025

15 JULAI 2025 | LAWATAN RASMI RISDA KE PUSAT PENYELIDIKAN BIOAROMATIK UMPSA PERKASA JALINAN KERJASAMA STRATEGIKUMPSA – P...
16/07/2025

15 JULAI 2025 | LAWATAN RASMI RISDA KE PUSAT PENYELIDIKAN BIOAROMATIK UMPSA PERKASA JALINAN KERJASAMA STRATEGIK

UMPSA – Pusat Penyelidikan Bioaromatik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan rasmi daripada Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam satu sesi lawatan kunjung hormat bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan dan inovasi berasaskan sumber pertanian negara.

Delegasi RISDA diketuai oleh YB Haji Manndri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA, bersama beberapa pegawai kanan iaitu En Md Najip bin Ishak, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), En Ramlie bin Tumin, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi, En Abdul Aziz bin Awang, Pengarah RISDA Negeri Pahang serta beberapa lagi pegawai daripada pelbagai unit.

Bagi pihak UMPSA, kehadiran delegasi RISDA disambut oleh Prof. Ts. Dr. Abdul Adam bin Abdullah, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan dan Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza M. Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan Bioaromatik.

Sesi lawatan turut disusuli dengan pembentangan dan lawatan ke fasiliti penyelidikan, di mana kedua-dua pihak berbincang mengenai peluang kerjasama dalam pelbagai bidang penyelidikan serta usaha pengkomersialan inovasi tempatan.

Dalam taklimat yang disampaikan, Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza turut berkongsi beberapa projek penyelidikan yang sedang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Bioaromatik termasuk kajian ke atas sisa buangan pertanian seperti nanas bagi tujuan penghasilan produk inovatif seperti media tanaman serta pembangunan pati minyak wangi berasaskan sumber asli.

Lawatan ini diharap menjadi pemangkin kepada terjalinnya hubungan strategik antara RISDA dan UMPSA, sekali gus membuka ruang kolaborasi yang lebih luas dalam memacu agenda penyelidikan, inovasi dan pemindahan teknologi yang mampan. Usaha ini secara langsung diyakini mampu memperkasa komuniti pekebun kecil melalui nilai tambah pada hasil pertanian serta penerapan teknologi baharu yang berimpak tinggi.

7 JULAI 2025 | LAUNCH OF FARMBYTE ARCHISEN INDOOR VERTICAL FARM PROJECT JOHOR BAHRU – Satu lagi inisiatif berimpak tingg...
07/07/2025

7 JULAI 2025 | LAUNCH OF FARMBYTE ARCHISEN INDOOR VERTICAL FARM PROJECT

JOHOR BAHRU – Satu lagi inisiatif berimpak tinggi dalam sektor agroteknologi telah dilancarkan menerusi Majlis Perasmian Projek Ladang Vertikal Dalaman Farmbyte Archisen, yang telah diadakan di premis Farmbyte Archisen Sdn. Bhd.

Majlis dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor. Di dalam majlis tersebut, beliau turut menyatakan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan teknologi pertanian pintar dan lestari sejajar dengan agenda Johor sebagai hab pertanian moden.

Turut dijemput dan hadir dalam majlis berkenaan ialah Prof. Ts. Dr. Aida binti Mustapha, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) merangkap Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Ts. Dr. Abdul Adam bin Abdullah, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan dan Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza M. Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan Bioaromatik dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Majlis ini juga menandakan usaha berterusan untuk menggalakkan penyelidikan, inovasi dan pembangunan teknologi hijau dalam sektor pertanian, dengan penyertaan aktif institusi pengajian tinggi dalam ekosistem pertanian pintar negeri Johor.

30 JUN 2025 | LAWATAN KERJASAMA UMPSA KE LADANG UM PLANTATIONS, KOTA TINGGI JOHOR BAHRU- Universiti Malaysia Pahang Al-S...
01/07/2025

30 JUN 2025 | LAWATAN KERJASAMA UMPSA KE LADANG UM PLANTATIONS, KOTA TINGGI

JOHOR BAHRU- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), melalui Pusat Penyelidikan Bioaromatik dan Synbion Sdn. Bhd., anak syarikat di bawah UMPSA Holdings, telah mengadakan satu lawatan rasmi ke ladang milik UM Plantations Sdn. Bhd. di Kota Tinggi, Johor. Lawatan ini diadakan sebagai susulan kepada perbincangan pada 19 Jun 2025 yang memfokuskan kepada potensi kerjasama dalam aplikasi bioteknologi inokulan bagi penghasilan gaharu berkualiti tinggi.

Delegasi UMPSA diketuai oleh Prof. Dr. Saiful Nizam Tajuddin yang mewakili Synbion dan Encik Hanafi Anuwar dari Pusat Penyelidikan Bioaromatik. Mereka disambut oleh Encik Hairul Anuar Md Sahray, Ketua Pegawai Operasi UM Plantations, serta Encik Imam Muhammad Hambali Halid, Ketua Operasinya. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Prof. Dr. Ismail Yusoff, Pengarah Eksekutif UM Agroforestry.

Delegasi berpeluang meninjau pengurusan ladang secara langsung dan mengadakan perbincangan teknikal mengenai penggunaan inokulan serta perancangan kerjasama jangka panjang.

Usaha ini mencerminkan komitmen UMPSA dalam memacu inovasi dan penyelidikan ke arah pengukuhan sektor agro-bio melalui kerjasama strategik bersama pihak industri.

27 JUN 2025 | Pusat Bioaromatik Perkasa Inovasi Industri Nanas di Seminar Antarabangsa Sinar2025JOHOR BAHRU – Pengarah d...
28/06/2025

27 JUN 2025 | Pusat Bioaromatik Perkasa Inovasi Industri Nanas di Seminar Antarabangsa Sinar2025

JOHOR BAHRU – Pengarah dan felo penyelidik dari Pusat Penyelidikan Bioaromatik telah dijemput untuk menyertai Seminar Industri Nanas Antarabangsa Sinar2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 Jun 2025 di Hotel Thistle, Johor Bahru.

Seminar berprestij anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ini menghimpunkan lebih 13 wakil daripada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, dan industri bagi membincangkan masa depan industri nanas negara.

Antara wakil institusi yang dijemput sebagai penceramah jemputan ialah Prof. Madya Ts. Dr. Roshahliza, Pengarah Bioaromatik dan Dr. Noormazlinah, Felo Penyelidik Bioaromatik. Mereka telah berkongsi kepakaran berkaitan inovasi penyelidikan yang menyumbang kepada pembangunan dan pemerkasaan industri nanas negara melalui pendekatan saintifik dan lestari.

Turut mendapat perhatian ialah projek penyelidikan oleh Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila, felo penyelidik Bioaromatik, yang memperkenalkan inisiatif berasaskan waste to wealth menerusi pemanfaatan sisa buangan nanas sebagai bongkah penanaman cendawan. Inovasi ini bukan sahaja menawarkan penyelesaian mampan terhadap pengurusan sisa pertanian, malah membuka peluang ekonomi baharu dalam sektor penanaman cendawan.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan kolaborasi rentas sektor dalam memperkukuh nilai tambah industri nanas menerusi penyelidikan dan inovasi.

Seminar Sinar2025 dijangka menjadi platform strategik bagi memperkukuh jaringan kerjasama antara penyelidik, pembuat dasar dan pemain industri, ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri nanas berdaya saing di peringkat global.

26/06/2025

🌙 Selamat Menyambut Awal Muharram 1447H 🌙
Semoga tahun baharu ini membawa rahmat, keberkatan, dan kekuatan untuk terus berhijrah ke arah yang lebih baik.

Send a message to learn more

   Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti...
23/06/2025



Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail berjaya membangunkan LabQuest, sebuah permainan papan inovatif yang mengadaptasi prinsip-prinsip standard ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 17025:2017 dalam bentuk simulasi pengurusan makmal sebenar.



Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail berjaya membangunkan LabQuest, sebuah permainan papan inovatif yang mengadaptasi prinsip-prinsip standard ISO 9001:2015 dan ISO/IEC 17025:2017 dalam bentuk simulasi pengurusan makmal sebenar.

Penyelidikan itu dibantu oleh beberapa orang pensyarah FSTI, Dr. Shariza Jamek dan Dr. Siti Umairah Mokhtar serta Guru Bahasa Pusat Bahasa Moden (PBM), Mohd Shafeirul Zaman Abd Majid.

Menurut ChM. Dr. Wan Norfazilah, penyelidikan tersebut telah bermula pada Disember 2023 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2024.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/research/chm-dr-wan-norfazilah-hasilkan-labquest-permainan-papan-inovatif-perkukuh-kefahaman

Tahniah diucapkan kepada felo penyelidik Pusat Penyelidikan Bioaromatik, ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail
23/06/2025

Tahniah diucapkan kepada felo penyelidik Pusat Penyelidikan Bioaromatik, ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail



Komitmen terhadap pembangunan inovasi pada peringkat sekolah menengah terus diperkukuhkan apabila Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), ChM. Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail dilantik sebagai penasihat inovasi kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat, Jerteh, Terengganu sejak tahun 2023 dan terus membimbing pasukan sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut ChM. Dr. Wan Norfazilah, sejak pelantikan tersebut, beliau telah membimbing pelajar dalam menghasilkan projek inovasi berimpak tinggi.

Berita penuh : https://news.umpsa.edu.my/general/chm-dr-wan-norfazilah-dilantik-sebagai-penasihat-inovasi-sekolah-menengah-hingga-ke

Address

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH
Gambang
26300

Telephone

+6094315059

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Centre for Bioaromatic Research UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share