21/08/2026
PSMZA CEMERLANG DI MALAYSIA TECHLYMPICS PERINGKAT ZON TIMUR
Syabas dan tahniah diucapkan kepada dua pasukan yg mewakili Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) atas kejayaan membanggakan dalam Malaysia Techlympics Peringkat Zon Timur yang telah berlangsung pada di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Gambang
Bagi kategori Cabaran Rekabentuk 3D β Kategori Belia, dua pasukan wakil JKM, PSMZA telah mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan iaitu:
π₯ TEMPAT PERTAMA β MGO TECH 2
π¨βπ Saudara Ahmad Muqri Haziq bin Yacoob
π¨βπ Saudara Muhammad Amirul Haizad bin Mohd Khairul
π₯ TEMPAT KETIGA β MGO TECH 1
π¨βπ Saudara Muhammad Eizzat Danish bin Mohd Eirwady
π¨βπ Saudara Che Muhammad Hafiz bin Che Anuar
Kejayaan ini membuktikan keupayaan, kreativiti, inovasi serta kemahiran teknikal pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, PSMZA dalam bidang reka bentuk dan teknologi.
Lebih membanggakan kedua-dua pasukan yang dibimbing oleh jurulatih, En. Mohd Gadaffi Osman, turut melayakkan diri ke Pertandingan Akhir Malaysia Techlympics yang dijadualkan berlangsung pada bulan November 2026.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar atas pencapaian yang membanggakan ini. Penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada En. Mohd Gadaffi Osman atas komitmen, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang persiapan serta pertandingan.
Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di pentas akhir nanti.
PSMZA Melangkah ke Era Baharu
Zambry Abd. Kadir
Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Aishah Sheikh Abu Bakar
Kementerian Pendidikan Tinggi
Politeknik.kolejkomuniti