Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun

Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun Education

18/08/2026
SAMBUTAN RABI’ AL-ANWAR 1448H | RASULULLAH INSPIRASI UMMAH MERDEKA9 Ogos 2026 | AhadSMIDI Dungun telah menganjurkan Samb...
16/08/2026

SAMBUTAN RABI’ AL-ANWAR 1448H | RASULULLAH INSPIRASI UMMAH MERDEKA

9 Ogos 2026 | Ahad

SMIDI Dungun telah menganjurkan Sambutan Rabi’ al-Anwar 1448H sebagai salah satu usaha menyemarakkan kecintaan dan kerinduan warga sekolah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menghayati sirah dan keperibadian Baginda dalam kehidupan seharian.

Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan Perhimpunan Rasmi Sekolah yang merangkumi nyanyian lagu Negaraku dan lagu SMIDI, bacaan doa, bacaan ikrar serta ucapan pengacara majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Program Sambutan Rabi’ al-Anwar, diikuti ucapan perasmian oleh Pengetua SMIDI Dungun dan gimik perasmian program.

Kemuncak program ialah Ceramah Sempena Maulidurrasul bertajuk “Rasulullah Inspirasi Ummah Merdeka” yang berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 10.15 pagi di Dewan Al-Farabi.

Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Syed Muhammad Faiz al-Aydarus, penceramah bebas, yang membawa para pelajar menghayati bagaimana keperibadian, perjuangan dan kepimpinan Rasulullah SAW menjadi sumber inspirasi dalam membentuk ummah yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia serta memiliki jiwa yang benar-benar merdeka.

Melalui penganjuran program ini, diharapkan para pelajar bukan sahaja mengenali Rasulullah SAW melalui sirah, malah mampu menjadikan Baginda sebagai qudwah hasanah dalam pembentukan sahsiah, pemikiran dan kehidupan mereka.

Semoga Sambutan Rabi’ al-Anwar ini terus menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta melahirkan generasi yang teguh iman, luhur akhlak dan bersedia meneruskan perjuangan membina ummah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

“Rasulullah Inspirasi Ummah Merdeka”

“MUJAHADAH, ISTIQAMAH”
“SMIDI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2030”





KARNIVAL KOKURIKULUM, KOPERASI DAN KERJAYA 202611 Ogos 2026 | SelasaHari ini, SMIDI Dungun telah berkesempatan menyertai...
11/08/2026

KARNIVAL KOKURIKULUM, KOPERASI DAN KERJAYA 2026

11 Ogos 2026 | Selasa

Hari ini, SMIDI Dungun telah berkesempatan menyertai Karnival Kokurikulum, Koperasi dan Kerjaya 2026 yang berlangsung di Dewan Al-Khairiah, Sekolah Menengah Agama Khairiah.

Seramai 38 orang pelajar Tingkatan 4 telah menyertai program ini dengan diiringi oleh Cg. Fakhrurazi Ikmal dan Cg. Afini.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan sepanjang karnival, antaranya pameran IPT/IPTS, booth kerjaya, aktiviti kelab dan persatuan, booth koperasi, permainan, persembahan khas serta jualan.

Penyertaan ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menimba pengalaman, meneroka pilihan pendidikan dan kerjaya serta mengembangkan potensi diri di luar bilik darjah.

Semoga penyertaan ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada para pelajar serta menyemarakkan lagi semangat mereka untuk berilmu, berinovasi dan beradab.

“MUJAHADAH, ISTIQAMAH”
“SMIDI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2030”



TAHNIAH & SYABAS TEAM NESTECH! Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat Sekolah Menengah Islam Darul Iman (...
11/08/2026

TAHNIAH & SYABAS TEAM NESTECH!

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun!

Bermula dengan 40 penyertaan, Team NESTECH berjaya melepasi peringkat saringan apabila 29 pasukan terpilih untuk meneruskan cabaran. Perjalanan diteruskan sehingga NESTECH berjaya menempatkan diri dalam 10 PASUKAN TERBAIK ke peringkat akhir.

Dan hari ini, perjuangan tersebut membuahkan hasil apabila Team NESTECH berjaya meraih TEMPAT KE-6 dalam Pertandingan STEM Ideation Using Apple iPad Ekspo Rekacipta & Inovasi Terengganu 2026.

Pencapaian ini membuktikan bahawa keberanian mencetus idea, kreativiti, penguasaan teknologi dan semangat kerja berpasukan mampu membawa anak-anak SMIDI bersaing dengan penuh yakin.

Tahniah kepada seluruh Team NESTECH, para pelajar dan guru pembimbing atas usaha, komitmen serta semangat yang luar biasa.

Terus mencipta. Terus berinovasi. Terus mengharumkan nama SMIDI Dungun!

“MUJAHADAH, ISTIQAMAH”
“SMIDI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2030”

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN KBD SPM 2026Seluruh warga SMIDI Dungun mendoakan agar semua calon diberikan ketenangan, ke...
09/08/2026

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN LISAN KBD SPM 2026

Seluruh warga SMIDI Dungun mendoakan agar semua calon diberikan ketenangan, keyakinan dan kelancaran ketika menjawab Ujian Lisan KBD SPM 2026.

Berikan yang terbaik, manfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari dan yakinlah dengan kemampuan diri. Semoga setiap usaha dipermudah serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang.

بالتوفيق والنجاح

Semoga berjaya dan terus cemerlang!

“MUJAHADAH, ISTIQAMAH”
“SMIDI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2030”




TAHNIAH TEAM TURTLE NEST AI! Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Turtle Nest AI dari Sekolah...
05/08/2026

TAHNIAH TEAM TURTLE NEST AI!

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Turtle Nest AI dari Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun atas kejayaan tersenarai dalam 10 Pasukan Terbaik ke Peringkat Akhir bagi pertandingan STEM Ideation Using Apple iPad sempena Ekspo Rekacipta & Inovasi Terengganu 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, kreativiti, semangat berpasukan serta bimbingan guru yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan kelestarian alam sekitar.

Mentor : MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN WAHAB

Peserta :
1. AHMAD HAIQAL HAKIMI BIN ROSLI
2. MUHAMMAD RIFQY ARMANUDDIN BIN ZALIANIZAM
3. MUHAMMAD IZZUL AKMAL ILHAM BIN MOHD SYUKRI

Warga SMIDI Dungun mendoakan agar pasukan Turtle Nest AI terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah di pentas yang lebih tinggi.

Teruskan melangkah, teruskan berinovasi! 💚💛

https://youtu.be/e3vpieYljjc?feature=shared

“MUJAHADAH, ISTIQAMAH”
“SMIDI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2030”

SAMBUTAN HARI LAHIR PERINGKAT ASRAMA SMIDI DUNGUN MERIAH DIRAI DALAM SUASANA PENUH KESYUKURANDungun, 3 Ogos 2026 – Warga...
04/08/2026

SAMBUTAN HARI LAHIR PERINGKAT ASRAMA SMIDI DUNGUN MERIAH DIRAI DALAM SUASANA PENUH KESYUKURAN

Dungun, 3 Ogos 2026 – Warga Asrama Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun telah berkumpul dalam Majlis Sambutan Hari Lahir Peringkat Asrama yang berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna di Dewan Makan Asrama.

Majlis dimulakan pada jam 8.00 malam dengan Solat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Doa Selamat sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan buat semua warga asrama. Selepas menunaikan Solat Isyak secara berjemaah, para pelajar bergerak ke Dewan Makan bagi meneruskan acara sambutan.

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid yang menzahirkan penghargaan kepada pihak pengurusan asrama atas penganjuran program yang mampu mengeratkan ukhuwah dalam kalangan penghuni asrama. Seterusnya, Pengetua SMIDI Dungun turut menyampaikan ucapan, menekankan kepentingan membina hubungan yang harmoni, saling menghormati serta mensyukuri nikmat usia yang dikurniakan Allah SWT.

Kemuncak program menyaksikan warga asrama menikmati jamuan makan malam bersama dalam suasana penuh ceria. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang telah dianjurkan, sekali gus menambahkan kemeriahan sambutan.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja meraikan ulang tahun kelahiran para pelajar, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan ukhwah, menyemai nilai kasih sayang dan mewujudkan kenangan indah yang akan terus terpahat dalam ingatan seluruh warga Asrama SMIDI Dungun. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.

“MUJAHADAH, ISTIQAMAH”
“SMIDI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2030”

Dungun, 3 Ogos 2026 – Panitia Syariah Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun dengan kerjasama Persatuan Mahasi...
03/08/2026

Dungun, 3 Ogos 2026 – Panitia Syariah Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Kem Solat: Solat Ikut Sunnah Nabi bertempat di Dewan SMIDI Dungun.

Program yang berlangsung bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang itu telah melibatkan penyertaan semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kem ini bertujuan memperkukuh kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap tatacara pelaksanaan solat yang menepati sunnah Rasulullah SAW, di samping membentuk sahsiah muslim yang cemerlang.

Sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian berbentuk teori dan praktikal, termasuk penerangan berkaitan rukun, sunat serta kesilapan-kesilapan lazim dalam solat. Bimbingan secara langsung daripada para fasilitator PMKI UniSZA turut memberi peluang kepada pelajar memperbaiki amalan solat mereka mengikut panduan yang sahih.

Diharapkan program seumpama ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja memahami kepentingan solat sebagai tiang agama, malah mampu mengamalkannya dengan sempurna dalam kehidupan seharian. Kerjasama erat antara SMIDI Dungun dan UniSZA juga diharapkan akan terus diperkasakan melalui penganjuran program-program ilmiah dan kerohanian pada masa akan datang.

“MUJAHADAH, ISTIQAMAH”
“SMIDI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2030”

📌 CERAMAH MOTIVASI: KAWAN ATAU LAWAN?Pada 2 Ogos 2026 (Ahad), Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sekolah Menengah Islam...
02/08/2026

📌 CERAMAH MOTIVASI: KAWAN ATAU LAWAN?

Pada 2 Ogos 2026 (Ahad), Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun telah menganjurkan ceramah bertajuk "Kawan atau Lawan?" yang berlangsung di Surau SMIDI Dungun.

Ceramah telah disampaikan oleh Cg. Fakhrurazi Ikmal bin Ab. Ghafar, Kaunselor SMIDI Dungun, dengan memberi penekanan kepada kepentingan memilih sahabat yang baik, adab dalam persahabatan, cara menyelesaikan konflik secara matang serta membina hubungan yang berlandaskan nilai-nilai Islam.

Selain mengupas panduan daripada al-Quran, hadis dan sudut psikologi, para pelajar turut didedahkan tentang kesan positif persahabatan yang sihat terhadap kesejahteraan emosi, pembentukan sahsiah dan kecemerlangan diri. Program diakhiri dengan aktiviti refleksi melalui penulisan surat penghargaan kepada sahabat sebagai usaha menyemai budaya saling menghargai dan memaafkan.


30 Julai 2026 | Kuala TerengganuTahniah diucapkan kepada wakil Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun atas pen...
30/07/2026

30 Julai 2026 | Kuala Terengganu

Tahniah diucapkan kepada wakil Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun atas penyertaan cemerlang dalam Pertandingan Khat (Kategori Sekolah Menengah) sempena Karnival Buku dan Semarak Jawi 2026 yang telah berlangsung di Makmal Bahasa 1, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) pada 30 Julai 2026 (Khamis).

Pertandingan yang menghimpunkan 30 orang peserta dari seluruh negeri ini menyaksikan wakil SMIDI Dungun berjaya meraih tempat keempat sekali gus menerima hadiah saguhati. Pencapaian tersebut merupakan satu kejayaan yang membanggakan memandangkan persaingan yang amat sengit daripada peserta-peserta lain.

Penyertaan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengasah bakat seni khat dalam kalangan pelajar, malah turut menyemarakkan kecintaan terhadap tulisan Jawi sebagai warisan Islam dan budaya Melayu yang perlu terus dipelihara.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru pembimbing, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan sokongan sepanjang persediaan pertandingan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus meningkatkan kemahiran dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas kepada wakil SMIDI Dungun! Teruskan melakar kecemerlangan dalam memartabatkan seni khat dan tulisan Jawi.

“MUJAHADAH, ISTIQAMAH”
“SMIDI SEKOLAH TERBILANG MENJELANG 2030”

Address

Dungun
23400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098223222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun:

Shortcuts

Share

Category