Kata-Kata Hikmah

Kata-Kata Hikmah Untuk kita amal dan sampaikan...

11/06/2015

APAKAH ANDA ORANG YANG SIBUK ???
Ada seorang ulama, berguru kepada seorang ulama.
Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain, gurunya
berpesan :
"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"
Dan muridnya pun melakukan. Dia
membaca Al Qur’an 3 juz sehari.
Kemudian dia menambah lagi hingga 10 juz sehari.
Dan urusannya semakin mudah.
Allah yang mengurus semua urusannya.
Waktu ⌚ pun semakin berkah.
Apa yang dimaksud dengan berkahnya waktu? Bila kita dapat melakukan banyak hal dalam waktu yang sedikit.
Itulah berkah Al Qur’an .
Sahabat,
Banyakkanlah membaca Al Quran. Jangan terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk. sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu⌚ kita, tapi Allah.
Secara teorinya, kita rasa bila kita banyak menghabiskan waktu membaca al Quran, bermakna kita terpaksa mengurangi kegiatan2 kita yang lain. Hakikatnya, ia bukan seperti yang kita fikirkan. Sebenarnya, lagi banyak kita baca al Quran, Allah akan membuatkan waktu kita menjadi berkah. 24jam yang kita miliki seolah-oleh terasa panjang. Paling utama, berkat al Quran yang kita baca ini....pintu2 kebaikan akan dibuka...memberikan kita kesempatan untuk beramal soleh yang berikutnya...tanpa mengganggu kegiatan harian kita yang lain.
Sahabat,
Jagalah hak Allah maka Allah akan menjaga hak2mu.
Barangsiapa yg bangun di pagi hari dan hanya dunia yg difikirkannya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat HAK ALLAH dalam dirinya, maka ALLAH akan menanamkan 4 jenis penyakit padanya:
1. Kebingungan yang tiada putus-putusnya.
2. Kesibukan yang tidak pernah ada penghujung.
3. Keperluan yang tidak pernah puas.
4. Khayalan yang tidak ada akhirnya.
[Hadits Riwayat Muslim]
~Hiduplah di dunia ini hanya dengan kenikmatan mencari redha Allah~

C&P
Abu Nailah

26/05/2015

APA TERJADI PADA TARIKH 15 MEI?

Berikut adalah beberapa fakta berkenaan tarikh 15 Mei.

1. 15 Mei 1948 juga dikenali sebagai peristiwa Nakbah, dalam bahasa arab bermaksud "Malapetaka", merujuk kepada peristiwa pengisytiharan negara haram Israel dan disambut sebagai hari kemerdekaan Israel setelah berjaya merampas tanah air penduduk Palestin.
2. Dalam peristiwa itu, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir keluar meninggalkan kampung halaman, harta benda, perniagaan dan terpaksa melarikan diri ke Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
3. Sebahagian rakyat Palestin masih kekal mendiami tanah haram Israel dan tertakluk kepada peraturan Israel. Namun terdapat lebih 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh bangsa yahudi ke atas penduduk bukan berbangsa yahudi.
4. Data pada tahun 2012 mencatatkan terdapat sekurang-kurangnya 4.4 juta pelarian Palestin berdaftar dengan PBB yang juga merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejak bumi tanah air mereka.
5. Penduduk Palestin tidak hanya dihalau. Ada yang dibunuh di perkampungan masing-masing seperti yang berlaku di Deir Yassin dan Tantura.
6. Sudahlah dihalau dari tanah air, peristiwa di kem pelarian Sabra & Shatila membuktikan betapa kejamnya rejim Zionis sehingga sanggup membunuh, menyembelih dan menghapuskan etnik Palestin tanpa sedikit pun rasa bersalah.
7. Pelarian Palestin tertakluk kepada undang-undang antarabangsa yang membenarkan mereka untuk kembali ke tanah air mereka. Sehingga kini hak tersebut tidak dihiraukan oleh Israel.

Pada tahun ini, ummat Islam memperingati Peristiwa Nakbah pada 15 Mei dan menyambut Isra' Mikraj pada 16 Mei.

Maaf dah lepas 16 mei tu
Sumber dari pts.com.my

Doa Yang Makbul Ketika KesusahanRasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ ل...
20/03/2015

Doa Yang Makbul Ketika Kesusahan

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

“Sesiapa yang ingin agar Allah memperkenankan doanya di saat-saat kesempitan dan kesusahan, maka hendaklah dia memperbanyakkan berdoa di saat-saat dia senang”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi no 3382, dihasankan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah)

Sumber: 1aqidah.net

Renungkan dan fahami
19/09/2014

Renungkan dan fahami

Doa DHUHA
19/08/2014

Doa DHUHA

Untuk perkongsian dan pengetahuan semua
19/08/2014

Untuk perkongsian dan pengetahuan semua

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Syawal kepada semua umat islam
04/08/2014

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Syawal kepada semua umat islam

Hasbunallahu wa ni`mal Wakil'Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada ...
11/07/2014

Hasbunallahu wa ni`mal Wakil'

Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Sumber: http://www.islam.gov.my/panduan-qunut-nazilah-0

Mohon baca walau sekali. Sapa yang arif boleh tolong dirumikan ayat tersebut. Dikhuatiri tersalah sebutannya

01/07/2014

Sifat Sedekah & Pemaaf

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.

Huraian:

Umat Islam digalakkan memberi sedekah kepada orang yang memerlukannya.
Orang-orang Islam janganlah merasa sayang kepada harta bendanya untuk membelanjakannya kepada perkara-perkara kebaikan kerana setiap pemberian akan diganti oleh Allah Taala.
Sifat merendah diri tidak akan menjatuhkan martabat seseorang kerana Allah memberi jaminan akan mengangkatkan darjat orang yang bersifat demikian.
Sedekah tidak mengurangkan harta kerana Allah sentiasa menambah keberkatannya yang menambah suburnya harta ini, atau ganjaran yang dijanjikan Allah di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda.
Orang yang bersifat pemaaf dan berbudi bicara akan disanjung dan dihormati di dunia dan dijanjikan ganjaran yang besar di akhirat, begitu juga orang yang bertawaduk kerana Allah akan mendapat kedudukan di hati manusia dan ganjaran yang besar di sisi Allah.

30/06/2014

Berpuasa :
Sabda Rasulullah:
Maksudnya: “Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya, satu kebaikan seumpama sepuluh, hingga 700 kali ganda. Allah berfirman (dalam hadis qudsi): Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untuk Aku dan Akulah yang akan memberikan ganjarannya. Dia meninggalkan syahwatnya, makanannya kerana Aku. Bagi orang-orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah.” [HR: Muslim dari Abu Hurairah ]

Sabda Rasulullah :
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ihtisab (mengharapkan pahala) maka diampun-kan baginya dosa-dosa yang lepas”. [HR: Al-Bukhari dan Muslim].

26/06/2014

Assalamualaikum

Abu Hurairah Ra. berkata, Rasulullah Saw bersabda :

“Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan 3 perkara :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Address

DAMANSARA DAMAI
Damansara Damai

Telephone

+6011-28006258

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kata-Kata Hikmah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category