08/05/2026
Nutrisi: Benang Utama dalam Tenunan Masa Depan Anak
Ramai orang ingat makan untuk dua orang tu maksudnya kena makan banyak.
Hakikatnya, diet modern kita hari ni dipenuhi dengan makanan berproses (processed food) dan gula. Biasanya makanan macam ni "kosong" dari segi bahan binaan untuk sel otak bayi yang kritikal.
Nutrisi sangat penting masa dalam fasa janin, tapi sangat malang tidak semua ibu hamil diberitahu secara terperinci mengenai hal ini.
------
Apabila bayi dalam rahim ibu, ibu bukan sahaja mengandung tetapi ibu sedang "menenun" struktur sel.
Setiap molekul DHA, Choline dan Iron yang ibu ambil adalah "benang" yang membentuk struktur saraf anak.
Apa ibu makan sekarang akan menentukan ruang kapasiti intelel dan emosi anak 10-20 tahun akan datang.
Ibu sebenarnya sedang membina "architecture" masa depan anak masa ini.
-----
Dalam biologi, sel membelah dan berkembang mengikut corak geometri yang tepat.
Jika nutrisi tidak mencukupi, "geometri" pembangunan ini terganggu.
Untuk mencapai potensi anak yang paling optimum, nutrisi mesti berkualiti tinggi, bukan sekadar "cukup makan".
------
Anak bukan kain putih yang pasif. Mereka adalah entiti yang memerlukan sistem sokongan yang lebih. Jangan lupa, alam ini ada order atau susunan.
Apabila ibu ayah menjaga pemakanan, kita sebenarnya sedang menghormati sunnahtullah (sains biologi) dalam menyusun sel-sel otak anak agar selari dengan susunan alam yang intelligent.
-----
Jadi, jangan kita biarkan diet modern merompan potensi anak kita.
Fokus kepada real food, good fats dan micro nutrients.
Kurangkan makanan dalam tin/plastik. Omega-3 adalah "pelincir" untuk tenunan saraf yang laju. Banyakkan makan sayuran hijau dan protein berkualiti.
Bila mengandung, ibu ayah kena sedar...
Kita bukan sekadar makan, tetapi kita sedang menyusun blueprint seorang khalifah 🙏🏻🧬