Didik Digital

Didik Digital

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Didik Digital, Education, Cyberjaya.

10/05/2026

Selamat Hari Ibu 😊🩷

Ibu,
doamu adalah pelindung,
kasihmu adalah kekuatan,
hadirmu adalah segalanya.

Terima kasih ibu atas segalanya.

 

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 👮🏻‍♂️👷🏽👩🏻‍🍳👩🏻‍⚕️👨🏼‍✈️👨🏼‍🚒

Pekerja Kesuma Bangsa” ialah tema Sambutan Hari Pekerja 2026 di Malaysia yang mengangkat martabat tenaga kerja sebagai tunjang utama pembangunan negara, kemajuan ekonomi, dan aset paling berharga.

 

13/04/2026

8 APRIL 2026 | KENYATAAN MEDIA
Sumber: Kementerian Pendidikan (KPM)

SEMUA CALON CEMERLANG 10A SPM 2025 YANG MEMOHON PROGRAM MATRIKULASI AKAN MENDAPAT TEMPAT

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menawarkan semua 6,717 calon yang memperolehi 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Program Matrikulasi bagi Sesi 2026/2027

 

03/04/2026

Kita telah memasuki Syawal ke-14 dan masih belum terlambat untuk merebut peluang berpuasa enam di bulan Syawal.

Nabi SAW bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.”

(HR. MUSLIM)

Mari kita memanfaatkan baki hari-hari di bulan Syawal dengan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT

 

01/04/2026

31 Mac 2026 | Selasa | Sesi Penyerahan Keputusan SPM 2025

Tahniah dan syabas daripada pihak Didik Digital kepada para pelajar atas pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025

Kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa kerana anda telah melakukan yang terbaik! Semoga sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

27/03/2026

Salam hari jumaat 😊
Mari berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

 

26/03/2026

Strok haba kini menjadi ancaman serius di Malaysia ketika cuaca panas, dengan puluhan kes penyakit berkaitan haba termasuk kematian telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Strok haba atau “heat stroke” berlaku apabila sistem tubuh badan gagal mengawal suhu secara normal, menyebabkan keadaan kesihatan menjadi berbahaya dalam tempoh singkat.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap tanda-tanda awal strok haba, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik yang lebih mudah terdedah kepada komplikasi.

-Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

 

25/03/2026

Kelebihan Puasa 6 Syawal ✨

1️⃣ Pahala sama dengan berpuasa setahun
2️⃣ Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal menyempurnakan puasa Ramadan
3️⃣ Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
4️⃣ Bukti keikhlasan amal soleh sepanjang bulan Ramadan
5️⃣ Bukti syukur kita kepada Allah SWT

“ Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.”

-Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

 

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 😊✨
Maaf Zahir & Batin 🙏🏻

“ Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga tercinta. “

 semuapay

18/03/2026

Selamat Bercuti Sekolah 😊🌙✨

Cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18 Mac 2026 (Rabu) untuk semua sekolah di seluruh negara.

Hati-hati ketika pulang ke kampung dan manfaatkan cuti Raya ini dengan sebaiknya bersama keluarga tersayang. ❤️

 semuapay

16/03/2026

Mari hayati keistimewaan malam Lailatul Qadar 🌙

1️⃣ Malam lebih baik daripada 1000 bulan (83 Tahun 3 Bulan)
2️⃣ Malaikat Jibril turun bersama para malaikat membawa rahmat dengan perintah Allah SWT
3️⃣ Orang yang menghidupkan malam ini akan diampuni
dosa-dosa Allah SWT
4️⃣ Mendapat keselamatan dan kebaikan semuanya tanpa sebarang kejahatan hingga terbitnya fajar

 semuapay

Want your school to be the top-listed School/college in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Cyberjaya
63000