RitZz.BakerLabs

RitZz.BakerLabs

Share

RitZz.One | The Baking Lab
-Selesaikan masalah baking-
"Ajar roti smpai jadi : ilmu dari pengalaman terus kepada anda"

23/04/2026

Doh Bantat & Tak Naik? Cara Pro Selamatkan Doh Kalau Yis Buat Hal

22/04/2026

Roti Kempis & Keras, kat mana Salah Eyh?

16/04/2026

Betulker window pane boleh lembutkan roti?

14/04/2026

CERITA YIS DAN AIR SUAM?
Setakat mana yg kita paham tentangnya.

Ramai orang beranggapan bahawa penggunaan air suam adalah wajib setiap kali ingin membancuh yis kerana bimbang yis tersebut akan mati jika terkena air sejuk. Sebenarnya, ini adalah antara mitos paling popular dalam dunia pembuatan roti. Hakikatnya, yis tidak mati di dalam air sejuk, ia cuma berada dalam keadaan pasif atau sedang 'tidur' sementara menunggu suhu yang lebih sesuai untuk aktif semula.

​Jika kita lihat perbezaan dalam gambar tersebut, air suam memang nampak lebih cepat berbuih kerana suhu yang sedikit panas membantu mempercepatkan proses metabolisme yis. Namun, ini tidak bermakna yis di dalam air sejuk itu sudah rosak. Ia tetap akan hidup dan menjalankan tugasnya, cuma ia memerlukan masa yang lebih lama untuk membuatkan doh anda berkembang. Jadi, jangan cepat panik dan terus membuang bancuhan jika anda tersalah menggunakan air sejuk.

​Menariknya, ramai baker profesional sebenarnya lebih gemar menggunakan suhu yang lebih rendah atau air sejuk dalam pembuatan roti tertentu. Walaupun air suam menang dari segi kelajuan, penapaian yang perlahan dalam suhu sejuk sebenarnya membantu menghasilkan profil rasa roti yang lebih mendalam, aroma yang lebih wangi, dan struktur gluten yang lebih stabil. Kelajuan bukanlah segalanya jika anda mementingkan kualiti hasil akhir roti tersebut.

​Perkara paling penting yang perlu anda jaga adalah jangan menggunakan air yang terlalu panas, terutamanya jika suhu mencecah 50 darjah Celsius ke atas. Suhu yang terlalu tinggi itulah yang sebenarnya akan membunuh yis serta-merta dan menyebabkan doh anda gagal berkembang langsung. Selagi anda tidak menggunakan air mendidih, yis anda biasanya berada dalam keadaan yang selamat.

​Anda sendiri bagaimana, adakah anda jenis yang wajib menggunakan air suam sebab ingin cepat siap, atau anda lebih s**a teknik penapaian perlahan untuk rasa yang lebih mantap? Cuba kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen.

14/04/2026

Betul ker, uli cara MALAS bole dapat hasil roti macam PRO?

12/04/2026

KENAPA GARAM KENA LETAK last, kalau nak doh Gebu.

09/02/2026

DONUT ANDA TAK MENJADI SEPERTI YANG DIIMPIKAN?

​Liat lepas beberapa jam? Berminyak? White ring tak naik? Tekstur kasar?

​Sebagai chef yang dah 17 tahun dalam industry, saya nak bawa korang tengok donut dari sudut Dough Engineering. Dalam kelas ni, saya bukan setakat bagi resepi, tapi saya ajar "ilmu mahal":

​🔹 Kneading Masterclass: Kenal fasa "Silk Stage" hanya dengan tengok pantulan cahaya pada doh.

🔹 Rahsia Tepung: Saya ajar korang blend protein sendiri untuk tekstur premium.

🔹 Temperature Hack: Teknik goreng supaya donut tak serap minyak.

​Apa yang korang dapat?

​Video Lifetime Access (Boleh ulang sampai faham)
​PDF Nota Teknikal
​Exclusive Support Group & Direct Coaching
​Nak hasil kualiti Culinary School dengan harga mampu milik?

​Dapatkan harga PROMO RM65 hari ini sebelum kuota 100 orang penuh!
👇👇

https://chefritzbakinglab.com/?page_id=9
https://chefritzbakinglab.com/?page_id=9
https://chefritzbakinglab.com/?page_id=9

11/08/2025

Tips Lemon Segar Sampai Sebulan!

Pernah tak beli lemon banyak-banyak tapi tak sempat guna semua? Akhirnya kulit berkedut, kecut & kering

Kenapa simpan dalam plastik tak tahan lama?

• Udara terperangkap → cepat lembap → mudah kulat.
• Kulit kehilangan lembapan → isi kecut & jus berkurang.

Cara yang lebih berkesan – Simpan dalam balang air:

• Kulit kekal tegang & berkilat.
• Kurang oksigen → proses penuaan buah lebih perlahan.
• Suhu & kelembapan stabil → elak isi kering.

Langkah ringkas:
1️⃣ Pilih lemon segar (kulit licin, berat di tangan)
2️⃣ Cuci & keringkan
3️⃣ Masukkan dalam balang kaca
4️⃣ Isi air sejuk sampai tenggelam
5️⃣ Tutup rapat & simpan dalam peti sejuk
6️⃣ Tukar air setiap 2–3 hari

📍 Tip Chef RitZz: Jangan guna teknik ni untuk lemon yang dah dipotong. Potong → simpan kedap udara atau perah jus & bekukan.

💬 Korang team plastik atau team balang air? Drop komen kat bawah 👇

— Chef RitZz —
Masak Dengan Jiwa, Hidang Dengan Gaya

10/08/2025

Resepi Char Wok Hor Fun Seafood
Paling Mudah & Sedap

kuah pekat berurat telur, seafood segar & garlic oil wangi padu!

Bahan Hor Fun:

• 300g kuey teow (hor fun)
• 2 ekor udang besar (potong muncung & kaki)
• 4 keping sotong
• 2 biji scallop bersama cengkerang
• 1 genggam sawi hijau / bok choy
• 3 ulas bawang putih (cincang)
• 1 biji telur (dipukul)
• 2 sudu minyak masak

Kuah Pekat Telur:

• 500ml stok ayam/udang
• 1 sudu besar kicap cair
• ½ sudu besar sos tiram
• ½ sudu besar kicap pekat
• 1 sudu besar tepung jagung (larutkan dgn air)
• 1 biji telur (terus pecahkan dalam kuah)
• Garam, lada sulah secukup rasa

Garlic Oil Power (Tak Perlu Tapis):

• 5 ulas bawang putih, cincang halus
• 5 sudu minyak masak

Tip elak hangit: Masak bawang putih atas api sederhana hingga nampak warna light golden, terus matikan api — bawang akan sambung masak dalam minyak panas. Simpan sekali bawang & minyak sebagai topping.

---

Cara Memasak:

1. Wok hei – Panaskan kuali hingga berasap, masuk minyak & hor fun, goreng cepat hingga ada bau ‘wok hei’. Angkat.

2. Kuah – Panaskan stok, masukkan sos, sotong, scallop & udang. Masak hingga hampir masak.

3. Masukkan sayur, tuang larutan tepung jagung, kacau hingga pekat.

4. Pecahkan telur terus dalam kuah sambil kacau perlahan supaya nampak urat telur cantik.

5. Tuang kuah panas ke atas hor fun.

6. Siram garlic oil + bawang putih rangup sebelum hidang.

---

10/08/2025

Soalan penting untuk geng dapur!
Kalau masak kari… daun kari tu masuk awal-awal masa tumis bawang ke…
atau last-last masa dah nak angkat, macam bagi salam penutup? 😏🍛

Ada yang s**a masuk awal – “biar aroma dia sebati sampai jiran pun terhidu.”
Ada yang masuk last – “baru la wangi dia fresh, macam perfume kari.” 🤭

Korang team mana?
👇 Komen AWAL atau LAST, kita kira undi!

10/08/2025

Kenali Perbezaan Jenis Daun Kari
Ramai tak tahu, daun kari ada 3 jenis utama dengan tahap aroma berbeza. Memilih jenis yang betul akan beri impak besar pada rasa masakan!

Urat Merah – Paling Wangi ⭐⭐⭐⭐⭐
Aroma: Paling kuat & harum
Sesuai untuk: Gulai pekat, kari daging, masakan rempah berat

Tip Chef: Jika nak aroma kekal lama, masukkan awal semasa tumis rempah.

---

Daun Kecil – Wangi ⭐⭐⭐⭐☆
Aroma: Wangi sederhana
Sesuai untuk: Masak lemak, sambal, kari ayam

Tip Chef: Sedap juga digoreng rangup sebagai hiasan lauk.

---

Daun Besar – Kurang Wangi ⭐⭐⭐☆☆
Aroma: Ringan & lembut
Sesuai untuk: Kari ikan, sup, atau masakan yang aromanya tak terlalu pekat

Tip Chef: Elok masukkan pada penghujung masakan untuk elak hilang aroma.

---

Tip Tambahan Chef RitZz:

👉 Simpan daun kari dalam freezer untuk tahan lama tanpa hilang aroma. Bungkus dalam kertas & masukkan dalam bekas kedap udara.

---

Kalau korang pernah guna ketiga-tiga jenis ni, komen jenis mana yang jadi ‘favourite’ korang! 👇

Want your school to be the top-listed School/college in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Cyberjaya