Kelab Paramotor Walis

Call Website Contact the school

Kelab Paramotor Walis This page is about Walis Paramotor Club , a very active paramotor enthusiast in Malaysia.

02/08/2026

Parawalis Trike..

Parawalis Trike: Rekaan Tempatan Bertaraf TinggDireka dan dibina sepenuhnya di dalam negara di bawah seliaan rapi Mujipr...
02/08/2026

Parawalis Trike: Rekaan Tempatan Bertaraf Tingg
Direka dan dibina sepenuhnya di dalam negara di bawah seliaan rapi Mujipro.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin Rotax 503 (Spesifikasi: 2-lejang, 2-silinder sejukan udara, 496.7cc, menjana sekitar 50 kuasa kuda) yang dipadankan dengan kipas karbon tiga bilah. Gabungan ini menghasilkan daya tujahan yang luar biasa, membolehkannya membawa jumlah berat keseluruhan (AUW) sehingga 250kg dengan cukup mudah.

Untuk aspek keselamatan tambahan, struktur utamanya dibina menggunakan keluli tahan karat bersama sisipan kabel keluli. Bahagian luarnya p**a disempurnakan dengan kemasan 'carbon honeycomb' untuk menaikkan lagi seri dan kecantikan trike ini.

Trike ini terbukti sangat stabil ketika bergolek di atas tanah dan memberikan keyakinan penuh apabila terbang di ruang udara.

Tahniah dan terbaik untuk Perkasa.

Selamat hujung minggu dari Parawalis!Sesi terbang hujung minggu ni meriah dengan kehadiran Osman, Mujipro, Wakmas, Adtop...
02/08/2026

Selamat hujung minggu dari Parawalis!
Sesi terbang hujung minggu ni meriah dengan kehadiran Osman, Mujipro, Wakmas, Adtop, Mtop, Awiie dan Sauleon.

Sayang sikit hari ni trike Osman tayar pancit, jadi dia tak dapat nak terbang. Tak apalah Osman, next time!!Yang lain semua teruskan misi terbang megah menghiasi ruang udara Cyberjaya.

Berita baik untuk semua, jalan masuk sekarang dah jauh lebih elok. Dah ada laluan jalan yang cantik dan mudah untuk kita terus masuk ke LZ . Kereta pun senang nak lalu.

Paling istimewa hari ni semestinya Haji Adtop kita yang baru balik menunaikan haji. Datang dengan semangat dan aura baru, dia punya footlaunch memang biasa flawless!!dan mantap habis!

Jumpa lagi di sesi terbang yang akan datang!

31/05/2026

Tok Mujib stretching the Rotax further over the PI airspace. .

25/05/2026
25/05/2026
Thanks for being a top engager and making it on to my weekly engagement list! 🎉Asri Musa
15/12/2025

Thanks for being a top engager and making it on to my weekly engagement list! 🎉

Asri Musa

Para rajawalis yg sempat mempamerkan susuk tubuh masing2 dengan pemakaian pakaian kesultanan melayu dahulu kala., Hebat ...
10/12/2025

Para rajawalis yg sempat mempamerkan susuk tubuh masing2 dengan pemakaian pakaian kesultanan melayu dahulu kala., Hebat masing2 sebagai pilot2 purba

Tahun 2025 hampir melabuhkan tirai, dan Walis tak nak lepaskan peluang untuk buat sesuatu yang lain dari biasa. Idea spo...
09/11/2025

Tahun 2025 hampir melabuhkan tirai, dan Walis tak nak lepaskan peluang untuk buat sesuatu yang lain dari biasa. Idea spontan muncul: terbang ala superhero!

Dengan kuasa online shopping dan spay later, semua costume sampai rumah dalam masa yang cukup untuk kami rasa macam Adiwira Malaya. Dari Iron Mangkuk sampai Spenderman, semua nampak gagah, siap sedia menyelamatkan dunia… atau sekurang-kurangnya kawasan terbang kami. 😎

Tapi macam biasa, tak ada superhero boleh kawal cuaca Angin tak menentu, awan mendung macam nak menangis, jadinya misi superhero kami berakhir lebih awal daripada dijangka. Tapi jangan risau, hero sebenar tetap perlukan tenaga—jadi kami mendarat dengan selamat dan terus serbu nasi lemak panas dengan kopi O kaw-kaw. Memang sedap, macam dapat ‘power-up’ untuk hari itu.

Sebelum balik kami abadikan kenangan dengan kuasa Samsung Android phone. Ada yang nampak macho, ada yang macam penguin tapi semua moments priceless.

Moral of the story? Kadang-kadang, superhero pun perlukan sarapan. Dan kadang-kadang, misi yang gagal pun boleh jadi cerita lawak yang best untuk dikenang.

🎙️🚀 *Temubual Eksklusif: “Kambo — Juruterbang Paramotor Pertama Tembus ke Angkasa!”* 🚀🎙️Razak (Wartawan):  Kambo! Macam ...
05/11/2025

🎙️🚀 *Temubual Eksklusif: “Kambo — Juruterbang Paramotor Pertama Tembus ke Angkasa!”* 🚀🎙️

Razak (Wartawan): Kambo! Macam mana rasa jadi juruterbang paramotor pertama Malaysia yang sampai ke angkasa?
Kambo: Fuh bro… tak terkata, mula-mula ingat angin kuat je, tiba-tiba naik tak turun-turun. Sekali tengok bawah — SSP dah jadi semut! 😵‍💫🌍

Razak: Bezanya terbang paramotor dengan kapal angkasa?
Kambo: Jauh beza, bro! Paramotor — tarik, lari, enjin batuk-batuk sikit. Kapal angkasa — tekan butang je terus gegar macam blender campur ais batu! 🤣
Paramotor 48km/j... roket ni 28,000km/j! Nasi lemak saya pun tak sempat suap, terus terapung sebelah helmet! 🍛🚀

Razak: Eh, kau bawa nasi lemak ke angkasa?
Kambo: Mesti lah! Juruterbang sejati mana boleh fly perut kosong. Siap buat kopi O lagi. Tapi bila buka cawan… kopi melayang kena mata! Baru faham kenapa astronaut minum guna straw! ☕👁️💫

Razak: Misi sebenar kau kat atas tu apa?
Kambo: Sebenarnya nak cari *landing zone* baru, bro. Kat bumi banyak sangat peraturan. Kat atas ni, takde siapa nak periksa helmet atau lesen. Saya nak buka *Padang Terbang Angkasa Walis Station One!* 😎🛰️

Razak: Apa kau belajar dari pengalaman ni?
Kambo: Saya belajar bahawa terbang bukan sekadar enjin dan sayap — tapi semangat bebas, keberanian nak lepas landasan, dan kesabaran tunggu cuaca… walaupun cuacanya ribut matahari! ☀️⚡

Razak: Pesanan untuk juruterbang generasi baru?
Kambo: Fly dengan bijak, jangan cepat give up. Kalau peraturan kat bumi makin ketat… fly lebih tinggi. Kat angkasa takde P@LIS, C@AM, takde NOTAM! 😂

Razak: Kata-kata terakhir?
Kambo: Kepada semua otai yang dah jual mesin — jangan risau, saya dah reserve parking kat orbit. Datang la, tapi jangan lupa sambal lebih! 🌌🍳

Address

Cyberjaya

Opening Hours

Saturday 07:00 - 12:00
Sunday 07:00 - 12:00

Telephone

+60178823686

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Paramotor Walis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelab Paramotor Walis:

Shortcuts

Share