Sekolah Rendah Islam Awfa Cyberjaya

Sekolah Rendah Islam Awfa Cyberjaya

Share

The First Integrated Islamic School With Mandarin Language and Culture
第一所拥华语与回教文化综合学校

Photos from Sekolah Rendah Islam Awfa Cyberjaya's post 22/03/2026

Penyampaian hadiah Program AMCE – AWFA Talent ✨
Menonjolkan bakat hebat pelajar dalam penulisan kaligrafi Cina dan kemahiran bercerita dalam Bahasa Mandarin.

Tahniah kepada semua peserta! Teruskan mengasah bakat dan berani mencuba perkara baharu 💪🌟
Setiap usaha adalah langkah menuju kejayaan!

Photos from Sekolah Rendah Islam Awfa Cyberjaya's post 21/03/2026

MUTABAAH AMAL CHALLENGE 2026

Setiap amalan kecil yang dilakukan dengan istiqamah akan menjadi besar di sisi Allah ✨
Tahniah kepada penerima hadiah Mutabaah Amal! Teruskan melangkah, kerana usaha hari ini adalah bekalan untuk akhirat nanti 🤲💫”

20/03/2026

🌙✨SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI✨🌙

Salam Aidilfitri buat semua anak-anak murid, ibu bapa dan warga SRI AWFA yang dikasihi.

Di kesempatan ini, kami barisan guru ingin memohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan, tutur kata dan perbuatan sepanjang kami mendidik. Semoga segala ilmu yang dicurahkan menjadi manfaat dan keberkatan buat semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin 🌸

20/03/2026

✨ Tanda kemenangan kita ✨

Bergema takbir dari guru-guru SRI AWFA Cyberjaya, menyemarakkan suasana Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.

🌙 Tanda kemenangan kita, setelah sebulan berjuang menahan diri 🌙
Semoga setiap lafaz takbir membawa keberkatan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin 🤍

Photos from Sekolah Rendah Islam Awfa Cyberjaya's post 20/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah, selesai juga khatam Al-Quran 🤍

Perjalanan yang bukan selalu mudah, tapi penuh dengan ketenangan dan pengajaran. Dari awal sampai akhir, banyak yang Allah ajar tanpa kita sedar.

Semoga apa yang dibaca bukan sekadar di bibir, tapi sampai ke hati dan diamalkan dalam kehidupan.

Khatam hari ini, semoga istiqamah untuk hari-hari seterusnya ✨📖

Photos from Sekolah Rendah Islam Awfa Cyberjaya's post 20/03/2026

GAMBAR KELAS TAHUN 2026

Alhamdulillah, selesai sudah program penutup Ihya’ Ramadan & khatam Al-Quran bersama anak-anak 🤍📖

Momen yang simple tapi penuh makna mereka belajar, membaca dan sama-sama menghabiskan kalam Allah. Semoga apa yang dipelajari sepanjang Ramadan ini kekal dalam hati mereka.

Semoga jadi asbab mereka membesar dengan cinta kepada Al-Quran dan terus istiqamah, insyaAllah ✨

Photos from Sekolah Rendah Islam Awfa Cyberjaya's post 20/03/2026

TOP 10 CABARAN MUTABAAH AMAL

Tahniah kepada semua pemenang mutabaah amal yang dapat mengumpul mutabaah amal tertinggi. Semoga amalan yang ditanda akan terus diamalkan walaupun selepas bulan Ramadan.

Senarai Pemenang:

PEMENANG MUTABAAH AMAL 2026

1. Izz Zharief (5H) : 221
2. Iman Soumaya (4A) :199
3. Ahmad Dayyan (6D) : 198
4. Hanan (4A) : 184
5. Adellea Nerrissa (5H) : 170
6. Arwa (1L) : 157
7. Ahmad Fateh (4A) : 150
8. A'iesyah (3D) : 148
9. Nur Falisha Adreena (3D) : 143
10. Wan Nurul Iman Azzahra (3D) : 140

Photos from SEKOLAH RENDAH ISLAM AWFA, SEREMBAN 2's post 10/03/2026

MAJLIS IFTAR JAMAIE SRI AWFA - MACMA 1447H

10/03/2026

MAJLIS IFTAR JAMAIE SRI AWFA - MACMA 1447H

01/03/2026

🌙✨ 6 HARI LAGI MENUJU KEPADA IFTAR JAMA'IE SRI AWFA - MACMA 2026!

Assalamualaikum wbt,

Hari yang dinanti semakin hampir, tinggal 6 hari lagi.

Program Iftar Jamaie dan "Fund Raising" Anjuran bersama diantara Sekolah Rendah Islam AWFA dengan MACMA Negeri Sembilan
🤍
Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam majlis penuh keberkatan ini!

💜 JEMPUTAN ISTIMEWA KE MAJLIS IFTAR JAMA'IE 2026 💜

📅 Sabtu, 7 Mac 2026
⏰ 5.00 petang – 8.30 malam
📍 Kompleks As Saadah, Rahang

🕌 Tentatif Program:
🕕 5:00 ptg : Ketibaan tetamu
🕡 5:15 ptg - 7.00 ptg : Majlis Khatam Al-Quran, Persembahan murid SRI AWFA, Sesi Bual Bicara & Pemberian Zakat Kepada Ahli MACMA NS
🕖 7:00 mlm : Persediaan Untuk Iftar
🕢 7:28 mlm : Iftar Jamaie & Solat Maghrib
🕣 8:30 mlm : Bersurai

(Pilihan : Solat isyak dan terawikh di Kompleks As Saadah)

✨ Tinggal 6 hari sahaja lagi!

Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai untuk memeriah majlis ini dan meraihkan keberkatan Ramadan.

🌟 “Islam Agama Ku : Menikmati Ramadan Sebagai Seorang Mualaf” 🌟





28/02/2026

Bagaimana puasa melahirkan TAQWA?

1️⃣ Muraqabah (rasa diawasi Allah)

Ketika berpuasa:
• tiada siapa nampak jika kita minum
• tetapi kita tetap menahan diri

👉 Ini melatih ikhlas & sedar Allah sentiasa melihat

Inilah inti Taqwa :

“Aku tidak buat dosa walau tiada manusia melihat.”

2️⃣ Kawalan nafsu (tazkiyah al-nafs)

Puasa melatih:
• tahan makan
• tahan syahwat
• tahan marah
• jaga lidah

Jika nafsu dapat dikawal selama Ramadhan,
👉 sepatutnya lebih mudah dikawal selepas Ramadhan.

3️⃣ Disiplin ketaatan total

Puasa unik kerana:
• mula ikut waktu (Subuh)
• berhenti ikut waktu (Maghrib)
• patuh walau perkara halal (makan/minum)

👉 Ia mendidik ketaatan mutlak kepada arahan Allah

Inilah sifat orang bertaqwa:

“Sami‘na wa ata‘na (kami dengar dan kami taat)”

4️⃣ Lahir empati & akhlak mulia

Bila lapar:
• kita faham derita fakir
• mudah bersedekah
• lembut hati

Taqwa bukan hanya hubungan dengan Allah,
tetapi juga hubungan baik sesama manusia.

5️⃣ Meninggalkan dosa, bukan sekadar makan

Nabi ﷺ bersabda:

“Sesiapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan keji, Allah tidak berhajat pada lapar dan dahaganya.”

👉 Ini bukti:
Taqwa = perubahan akhlak, bukan ritual fizikal.

Wallahu’alam

Catatan : Ustaz Shahrin

24/02/2026

ARTIKEL TENTANG KONSEP PENDIDIKAN YANG DITAWARKAN DI SRI AWFA

Untuk sesi 2027, pendaftaran murid baru telah dibuka

Want your school to be the top-listed School/college in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


4807-3A-20, CBD PERDANA, CBD 2, Persiaran Flora, Cyber 12
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00