19/08/2025
Program i-KEMBALI Perkenal Semula Pemulihan Jiwa Alam Semula Jadi
KUALA PILAH, 19 Ogos – Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali hari ini memperkenalkan semula Program i-KEMBALI – Pemulihan Jiwa Alam Semula Jadi bertemakan “Back To Nature” dan “Nature Skills, Training & Care Centre” di Payo Campsite, Kampung Paya Rengoh, Johol, Negeri Sembilan.
Majlis yang berlangsung pada jam 2.30 petang itu dirasmikan oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), YBhg. TKJP Ahmad Faudzi Bin Awang.
Program i-KEMBALI yang bermula sejak 2019 dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), HRD Corp dan PLPP, sebagai usaha pemulihan holistik dan pembangunan kerjaya bagi golongan marginal. Sasaran program termasuk bekas prospek OBB, PBSL, ODP, ODS, OKU, gelandangan, penagih dadah serta individu kurang siuman.
Objektif utama i-KEMBALI:
• Mengubah golongan marginal menjadi aset produktif negara
• Memberi latihan kemahiran dalam bidang pertanian, perladangan, pembinaan dan perkhidmatan
• Melaksanakan rawatan intelek serta pemulihan akhlak
• Membina jati diri melalui detoks, visualisasi, meditasi, cabaran zon selesa dan advokasi industri
Dengan pendekatan berteraskan alam semula jadi, i-KEMBALI bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk memulihkan diri, tetapi juga membuka peluang kepada mereka untuk kembali menyumbang kepada masyarakat secara bermakna.
09/07/2024
28/07/2022
27/07/2022
19/05/2022
19/04/2022
14/04/2022
26/12/2021