18/08/2026
[ JENAYAH MURTAD DARI SUDUT HUKUM SYARAK & PERUNDANGAN ISLAM ]
Dalam nas Al-Quran menyebutkan, mereka yang mati dalam murtad, rosak binasalah amal usaha mereka yang baik di dunia dan di akhirat. Kerana murtad itu adalah kafir yang paling keji dari segala kekafiran. Dan yang paling berat nisbah hukumannya di dunia. Dan mereka yang mati dalam murtad itu kekal di dalam neraka sebagaimana orang yang kafir asli juga. Firman Allah Ta'ala :
﴿وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ﴾
— al-Baqarah: 217
Dan barang sesiapa di antara kalian (orang islam mukalaf) yang murtad, berpaling tadah dari agamanya (yakni agama Islam) lalu ia mati, sedang ia tetap kafir murtad, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya yang baik, di dunia dan juga akhirat, dan mereka itulah ahli neraka. Mereka kekal di dalam neraka selama-lamanya.
Seorang Islam yang telah murtad tidak harus terus dihukum bunuh, kecuali setelah dan selepas diminta bertaubat terlebih dahulu (oleh pemerintah yang sah) untuk mengetahui sebab-sebab ia menjadi murtad.
Jika seseorang itu murtad disebabkan salah faham mengenai/terkait agama Islam, maka hendaklah diberi penjelasan kepada mereka kedudukan yang sebenar, masalah-masalah yang berkaitan dengan agama Islam, sehingga mereka faham dan menyedari kesalahan dan kejahilannya dan semoga admin ceplos tersebut rujuk kembali menganut agama Islam yang bermanhaj ahli sunnah .
Dan jika seseorang tadi murtad disebabkan keingkarannya dan keras kepalanya macam si admin ceplos tu, so hendaklah juga diminta mereka bertaubat agar kembali kepada agama Islam.
Setelah orang yang murtad itu diminta bertaubat tetapi ia masih berdegil juga, tidak mahu bertaubat, maka wajiblah dibunuh. Ini adalah berhujah dan berdalilkan nas-nas berikut...
Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.A :
من بدل دينه فاقتلواه
Sesiapa yang menukar agamanya, yakni murtad, maka bunuhlah dia.
Riwayat Bukhari.
Hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud R.A
با يحل دم امرئ مسلم إلا لببإحدى ثلاث .
الثيب الزاني والنفس بالنفس والتارك لدينه المفارق للجماعة
Tidak halal menumpahkan darah seseorang Islam, kecuali dengan salah satu daripada tiga sebab ini.
★Orang yang pernah berkahwin lantas berzina (zina muhsan) maka direjam sampai KO tanpa belas kasihan .
★nyawa dibalas dengan nyawa, yakni membunuh dibalas dengan bunuh.
★Orang yang meninggalkan agamanya, yakni agama Islam, lagi yang memisahkan, dan memencilkan dirinya dari jamaah orang Islam (yakni si murtad yang s**a mencari folower serta mesra bercampur gaul dengan kaum liberal plural sesat yang menyesatkan umat)
Riwayat al-Bukhari wa al-Muslim.
Kedua-dua hadith ini terang lagi bersuluh iaitu jelas menegaskan, hukuman bunuh ke atas orang yang murtad wajib dikenakan kepada semua orang Islam yang murtad, sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda.
Jumhur fuqaha selain daripada al-Hanafiyah, telah IJMAK mengatakan, semua orang yang murtad itu wajib dibunuh. Sekalipun orang yang murtad tadi perempuan. Mereka (jumhur fuqaha) berhujah dan berdalilkan dengan hadis-hadis berikut.
a) Hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA:
أن امرأة يقال لها أم مروان ارتدت عن الإسلام فبلغ أمرها إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأمر أن تستتاب فإن تابت وإلا قتلت
Bahawa seorang perempuan yang bernama Ummu Marwan telah murtad, keluar daripada agama Islam. Kes ini telah disampaikan kepada Nabi SAW, maka baginda memerintahkan supaya ia bertaubat. Dan jika ia enggan, keras kepala untuk bertaubat, maka dibunuh saja akan dia.
Telah mengeluar akan ini hadith oleh Daruqtni dan Bayhaqi.
Hadith yang diriwayatkan daripada Mu'az bin Jabal RA :
أَنَّ النَّبِيِّ ﷺ لَما أَرْسَلَهُ إِلَى اليَمَنِ، قَالَ لَهُ : أَيُّا رَجُل ارْتَدَّ عَن عَنِ الْإِسْلَامِ فَادْعُهُ، فَإِنْ عَادَ ، وَإِلا فَاضْرب عنقَهُ ، وَأَيُّهَا امْرَأَةِ ارْتَدَّتْ عَنِ الإِسْلَامِ ،
فَادْعُهَا، فَإِنْ عَادَتْ، وَأَلا فَاضْرِبُ عَنْقَهَا.
(رواه الطبراني. قال الحافظ :
ابن حجر: وسنده حسن)
Bahawa Nabi SAW tatkala (pada ketika) mengutus sahabatnya Mu'az bin Jabal ke negeri Yaman menjadi gabenor dan hakim, baginda berpesan–bersabda kepadanya : mana-mana lelaki yang telah murtad, keluar daripada agama Islam, maka seru dan ajaklah dia kembali menganut masuk ke agama Islam. Dan jika dia enggan, keras kepala, tak mau menganut kembali semula agama Islam, maka pancunglah dan kerat lehernya (yakni bunuhlah dia)
Dan mana-mana perempuan yang telah murtad, keluar daripada agama Islam, maka seru dan ajaklah dia kembali masuk agama Islam. Dan jika dia enggan, keras kepala, tak mau kembali menganut agama Islam semula, maka pancunglah lehernya, (yakni bunuhlah dia)
Riwayat At-Tabarani, Al-Hafiz Ibn Hajar berkata, isnad hadis ini adalah hasan.
Kedua-dua hadis tersebut terang lagi bersuluh dengan tegas mengatakan, orang-orang Islam yang telah keluar dari agama islam yakni murtad yang s**a bercampur gaul dengan liberal sekular, makanwajib dibunuh tanpa perbezaan, sama ada mereka itu lelaki atau perempuan, tua atau muda.
Sungguh pun demikian, mereka tidak harus terus dihukum bunuh. Bahkan, pihak yang berkuasa, kerajaan atau wakil kerajaan, dilazimkan terlebih dahulu meminta & memujuk kepada mereka yang telah murtad itu tadi supaya bertaubat dengan mengucap dua kalimah syahadat dan masuk agama islam semula sebelum mereka dijatuhkan hukuman bunuh.
Dan hendaklah diberi peluang kepada mereka supaya bertaubat didalam masa tiga
hari. Jika mereka enggan, keras kepala tidak mau juga bertaubat dalam masa tiga hari tersebut tadi, maka barulah layak mereka itu dihukum bunuh dengan
dipancungkan kepala mereka.
Tidak harus membunuh seseorang yang telah murtad sebelum diberi tempoh kepada mereka itu selama tiga hari untuk bertaubat. Oleh itu, Sayyidina Umar r.a. telah menegur tindakan Abu Musa al-Asy'ari yang telah membunuh seorang yang murtad tanpa diminta terlebih dahulu untuk bertaubat. Katanya, "Kenapakah kamu tidak mengurungnya di dalam rumah selama tiga hari dan tiap-tiap hari kamu beri kepadanya makan roti? Mudah-mudahan dia bertaubat." Kemudian Sayyidina Umar berkata, "Ya Allah, sesungguhnya aku tidak hadir, yakni aku tiada ketika hukum bunuh itu dijalankan, dan aku tidak menyuruh membunuhnya, dan aku tidak redha pembunuhan itu." Riwayat Malik, Syafii dan Baihaqi. Cara orang-orang yang murtad itu bertaubat sama lah seperti orang-orang kafir asli juga, iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Apabila seseorang yang murtad tadi telah mengucap dua kalimah syahadah, maka kembalilah ia menjadi seorang Islam. Hukum bunuh. Jumhur fuqaha yang terdiri daripada Imam Maliki, Imam Syafii dan Imam Hanbali berpendapat, hukuman bunuh ke atas orang-orang Islam yang telah murtad tadi, lagi enggan bertaubat, wajib dikenakan kepada semua penjenayah murtad, sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda, tanpa perbezaan. Mereka berhujah dan mendalilkan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas dan Abdullah bin Mas'ud yang lepas, di mana dalam hadis-hadis tersebut dengan tegas mengatakan bahawa orang-orang yang murtad dan enggan untuk bertaubat setelah diberi tempoh selama tiga hari, wajib dibunuh. Tidak terkecuali sekalipun orang yang murtad tadi perempuan. Menurut riwayat al-Bayhaqi dan Daru Qutni, bahawa Saidina Abu Bakar telah meminta seorang perempuan yang bernama Umu Kirfah yang telah murtad supaya bertaubat. Tetapi perempuan itu enggan bertaubat, keras kepala, berdegil, tidak mahu bertaubat. Maka Saidina Abu Bakar membunuhnya.
Tamat : al-Kasturie ✒️
والله أعلم بالصواب
📌
UNTUK DANA PENTADBIRAN & OPERASI KELAS PENGAJIAN DI MADRASAH , MAYBANK : 5630 2882 5928