Masakan resepi lokal pilihan anda

Masakan resepi lokal pilihan anda

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Masakan resepi lokal pilihan anda, Cooking school, Kuala Lumpur, Cheras.

Photos from Masakan resepi lokal pilihan anda's post 13/08/2024

VARUVAL UDANG ( UDANG MASAK KARI KERING ) SELERA ALA2 KEDAI MAMAK..

Bahan-bahan :

1 1/2 Sudu kari udang/ikan
1 Sudu serbuk cili ( kalau s**a pedas bagi extra )
1 Sudu serbuk kunyit
1/2 Sudu perencah sup
1/2 Sudu Jintan Manis
1/2 Sudu biji sawi
4 Sekawan ( bunga lawang, kayu manis,cengkih dan buah pelaga )
1 Sudu sos tiram
1@2 tangkai daun kari
1 Biji bawang Bombay
5 Ulas bawang putih
2 Inci halia
1 genggam cili kering ( nak pedas pilih cili yang kecil dan bergulung-gulung tu )
500 Gram Udang

Cara-cara memasak :

Tumbukkan bawang putih dan halia, dan lumurkan bahan yang telah ditumbuk terus kedalam udang. Masukkan separuh serbuk kari, serbuk cili dan serbuk jintan ( separuh sudu lagi akan kita gunakan untuk bahan tumisan ) berserta satu sudu sos tiram. Gaul rata semua bahan-bahan dan tinggalkan sekejap bagi semua rasa meresap kedalam jiwa udang tersebut. Dalam masak itu, kita panaskan kuali dan minyak, setelah panas kita gorengkan udang yer ( lebihan perapan halia dan bawang putih masukkan juga ). Bila udang sudah 70% masak warna merah keemasan boleh angkat ya, angkat sekali bahan perapan yang kita masukkan tu ( bahan penyedap utama tu ).

Selepas itu panaskan kuali dan minyak, kita tumis mengunakan minyak gorengan tadi dengan masukkan daun kari tumis hingga naik bau. Lepastu masukkan cili kering ( basuh yer ) dan masukkan 4 sekawan, tumiskan sekali lebihan serbuk cili, serbuk kari dan serbuk jintan manis sekali dengan bawang bombay ya. Tumis sampai sebati dan letakkan sedikit air. Bila sudah rata, masukkan biji sawi tu ya dan tumis dalam 2@3 minit macam tu. Lepas itu masukkan lebihan tumisan perapan bawang putih dan halia tadi dan gaul ratakan.

Bila semua sudah sekata, akhir sekali masukkan udang yang kita goreng tadi dan gaul ratakan.
Jom kita hidangkan guys!!

Kalau perlukan panduan boleh layari youtube channel saya seperti link yang disertakan. Thank you guys!!

Tolong share dan like ya.

https://youtu.be/BYrW-JkMATs?si=D6jBj46jAqKvfaq7

Want your school to be the top-listed School/college in Cheras?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Culinary Team

Attire

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur
Cheras
43200