Crime Prevention Community Policing

Crime Prevention Community Policing

Share

Crime Prevention(Cyber Crime)

10/02/2024
09/02/2024

Sentiasa Cakna dan Bijak dalam segala tindakan.

Pesara, pekerja kilang rugi hampir RM1 juta terpedaya pelaburan tak wujud

SEGAMAT – Dua lelaki tempatan termasuk seorang pesara awam berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM1 juta setelah menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud.
ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima laporan masing-masing pada awal dan hujung bulan lalu daripada lelaki berusia 71 dan 51 tahun.

Menurutnya, kedua-dua mangsa tertipu dengan pelaburan dalam talian menerusi aplikasi Accerx.com yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.

“Mangsa pertama lelaki warga emas berusia 71 tahun memaklumkan dia melayari laman sosial pada awal Januari lalu dan tertarik dengan pelaburan menawarkan p**angan tinggi.

“Mangsa menekan pautan diberikan dan berurusan dengan suspek hanya melalui aplikasi WhatsApp sebelum membuat 20 kali transaksi pembayaran berjumlah RM498,200 ke beberapa akaun yang diarahkan suspek.

“Mangsa menyedari dia ditipu selepas tidak menerima p**angan sehingga kini dan diarahkan membuat pelbagai bayaran lain,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kedua lelaki berusia 51 tahun merupakan kakitangan sebuah kilang p**a memaklumkan melayari laman sosial Accerx.Com pada hujung bulan lalu dan tertarik dengan iklan pelaburan memberi p**angan lumayan.

“Modus operandi suspek juga sama, hanya berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp dan memberikan butiran diri serta dipaparkan jumlah keuntungan ditawarkan.

“Percaya akan mendapat keuntungan yang ditawarkan, mangsa telah membuat lebih lima transaksi pembayaran berjumlah RM421,104 ke beberapa akaun yang diarahkan suspek,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Lebih RM100 juta kerugian akibat jenayah siber di Sabah | Berita Harian 08/02/2024

Dengan jumlah angka kerugian yang semakin meningkat.Hal ini jelas menunjukkan bahawa Jenayah Siber ini juga merupakan penyumbang utama kepada kerugian terhadap individu dan organisasi dalam jangka masa panjang.

Amalkan langkah-langkah yang betul dan sering mengemaskini Kata Laluan supaya tidak berlaku aktiviti penggodaman dan sebagainya.

Sumber:BHONLINE

Lebih RM100 juta kerugian akibat jenayah siber di Sabah | Berita Harian KOTA KINABALU: Sabah merekodkan peningkatan kes jenayah siber, termasuk scam dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dengan sebanyak 4,686 kes membabitkan lebih RM100 juta kerugian dilaporkan sejak 2020 hingga September lalu.

Photos from CyberSecurity Malaysia's post 07/02/2024
06/02/2024

Persidangan Video dalam talian telah menjadi satu platform pendidikan jarak jauh,maka sentiasalah beringat supaya menggunakan perisian yang betul supaya Keselamatan Akaun dan Identiti terjaga.

Sumber:Cybersecurity Malaysia

06/02/2024

Kecurian data boleh berlaku dimana-mana platform digital, berikut adalah tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasi kecurian data yang membawa kesan negatif kepada individu.

Sumber:Cybersecurity Malaysia

05/02/2024

Telegram antara Platform yang sering digodam oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab,amalkan langkah-langkah untuk melindungi serta membaikpulih Akaun Telegram anda apabila digodam.

Sumber:Cybersecurity Malaysia

05/02/2024

Scammer akan menggunakan berbagai teknik bagi memastikan proses penipuan dalam talian berjalan dengan teratur.Demikian merupakan antara teknik dalam mendapatkan identiti mangsa untuk kegunaan jenayah dalam talian.

Sumber:Cybersecurity Malaysia.

04/02/2024

Pelaku/Suspek juga turut menggunakan modus operandi dengan menyamar sebagai kenalan dan sebagainya bagi mendapatkan kepercayaan daripada mangsa agar memudahkan proses "Scam" dilaksanakan.

Want your school to be the top-listed School/college in Cheras?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Cheras