Transisi Tahun 1

Transisi Tahun 1

Share

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2

24/03/2024

Pengenalan barisan pentadbir dan para guru tahun 1 sesi 2024/2024

Photos from Transisi Tahun 1's post 18/02/2022

Uniform murid Tahun 1

18/02/2022

Pengenalan barisan pentadbir SKBTHO2

28/02/2021

π•Šπ”Όπ•ƒπ”Έπ•„π”Έπ•‹ 𝕂𝔼𝕄𝔹𝔸𝕃𝕀 𝕂𝔼 π•Šπ”Όπ•‚π•†π•ƒπ”Έβ„

Photos from Transisi Tahun 1's post 28/02/2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Cikgu kongsikan beberapa panduan untuk kelancaran pembukaan sekolah bagi Murid Tahun 1 esok.

Pastikan murid di dalam keadaan sihat dan tidak bergela..Apa maksud bergejala cikgu?
Maksudnya, murid-murid tidak mengalami demam, batuk, selesema dan sakit tekak. Jangan lupa, bawa bekalan air yang mencukupi.

Selain itu, cikgu sertakan di sini contoh untuk tag nama murid-murid esok. Ibu bapa juga boleh catatkan atau maklumkan kepada guru kumpulan sekiranya anak-anak mempunyai sebarang masalah kesihatan seperti lelah @ athma, eczema, alahan atau sebagainya sekiranya ada.

Terus bersemangat ke sekolah yea. Cikgu berharap cikgu dapat jumpa anak-anak murid yang periang, bersemangat dan hebat.. Jangan menangis tau😊. Cikgu-cikgu di sekolah akan sentiasa ada untuk membantu murid-murid. Paling penting, jangan takut untuk meminta izin ke tandas. Oh yea, ibubapa juga boleh sediakan seluar gantian (spare) sebagai persediaan bagi sebarang kemungkinan yang tidak terjangka😊

Finally, School time is here! ❀

25/02/2021

Sudah bersedia untuk kembali ke sekolah?

Guru-guru kini sedang membuat persiapan untuk menyambut kehadiran semua murid ke sekolah pada minggu hadapan. Murid-murid hendaklah sentiasa menjaga kesihatan, tidur awal dan rehat secukupnya supaya tampil bersemangat dan ceria apabila ke sekolah nanti.

Program Transisi Tahun 1 akan diteruskan sehingga 25/3/2021 di dalam suasana yang
berbeza dan di dalam norma baharu. Pastikan patuh SOP. Jaga jarak, pakai pelitup muka dan cuci tangan. Amalkan 3W, Elakkan 3S.

Say Hello To School! πŸ€—πŸ˜Š

09/02/2021

Pendidikan Moral Transisi Tahun 1
Tema : Saya sihat, Saya selamat

Good Job! Keep up the good workπŸ’ͺ😊
Stay Safe, Stay healthy, Stay at home.

Photos from Transisi Tahun 1's post 09/02/2021

Jom belajar huruf hijaiyyah.

Latihan dan pembelajaran untuk subjek Pendidikan Agama Islam. Selain menonton video berkaitan tema minggu ini, murid mempelajari serta mengenali huruf hijaiyyah.

Seronok tak menonton video Hafiz yang comot? Seronokkan.. jadi sama-sama kita menjaga kebersihan diri, amalkan doa belajar yang telah dipelajari & dan sentiasa amalkan adab masuk dan keluar tandas.
Selamat beramal😊

Photos from Transisi Tahun 1's post 06/02/2021

Pendidikan seni Tahun 1

Sambil murid-murid belajar berkaitan tema Kita jaga kita minggu ini, cikgu selitkan juga aktiviti mewarna untuk murid-murid semua.

Tujuan supaya murid dapat merangsang kreativiti & mengenal warna. Selain itu murid juga dapat bertenang dan fokus, melatih cara mencengkam pensel warna dengan betul, mengawal pergerakan tangan ketika mewarna, malah murid juga dapat menyelaras mata dan pergerakan tangan dan yang paling penting murid dapat meningkatkan tumpuan ketika mewarna.

Seronokkan dapat mewarna? Jadi masa yang ada, cuba murid-murid berlatih mewarna di rumah supaya tidak terkeluar garisan dan dapat mewarna dengan kemas. Siapa tahu murid-murid juga boleh memenangi pertandingan mewarna suatu hari nanti 😊🎨🎨

Let's get C.R.E.A.T.I.V.E !!

Want your school to be the top-listed School/college in Cheras?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TUN HUSSEIN ONN 2
Cheras
43200