Assalamualaikum . Alhamdulillah tibanya tahun 2017 , maka bangkitlah badan pengawas dengan memegang satu visi iaitu pengawas luaran cemerlang dalam terbilang berdasarkan pimpinan alfateh dan misi iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang berdisiplin melalui kepimpinan telus dan dedikasi dengan semangat 'kami pengawas' . Insyaallah :)
Badan Pengawas SAM Hulu Langat
Selamat Datang ke Page Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.
AMALAN-AMALAN SUNNAH PADA HARI RAYA 'EIDUL ADHA DAN ADAB-ADABNYA.
1) Bertakbir secara menyaringkan suara bermula dari Subuh 9 Zulhijjah dan berakhir sehingga tenggelam matahari pada Hari Tasyriq yang terakhir.
2) Mandi sebelum pergi mendirikan Solat Sunat Hari Raya.
3) Memakai pakaian yang paling baik dan berwangi-wangian.
4) Makan selepas balik mendirikan Solat Sunat Hari Raya. Seelok-eloknya makan masakan daripada daging korban jika ada menyertai ibadah Korban.
5) Pergi ke tempat solat melalui jalan lain dan pulang melalui jalan yang lain.
6) Mendirikan Solat Sunat Hari Raya di musolla (tempat solat) di kawasan lapang. Namun, boleh juga didirikan solat di masjid.
7) Membawa kaum wanita dan kanak-kanak ke tempat solat tanpa dikecualikan wanita yang sedang haid.
8) Menunaikan Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbah selepas menunaikan solat.
9) Saling mengucapkan tahniah pada Hari Raya sepertimana yang diungkapkan oleh para Sahabat Nabi Radhiyallahu 'Anhum :
تقبل الله منا ومنك
Taqabbalallahu minna wa minka.
(Semoga Allah menerima amal kami dan kalian semua).
BACA, AMAL DAN SEBARKAN.
Semoga bermanfaat untuk semua.
cr- dr. aam
10/08/2015
semoga berjaya kami ucapkan kpd pasukan debat SAM Hulu Langat utk pentas akhir debat uia esok!
salah seorang daripada pasukan debat merupakan wakil pengawas iaitu saudara amirul izwan (tingkatan 2)
cr: Wan Azizul Hakim
31/07/2015
Laman web rasmi Surau Al-Ittihad ,Surau SAM Hulu Langat Skk baru shj dilancarkan.semoga dpt dimanfaatkan sebaiknya.
http://alittihadsamten.blogspot.com/
15/07/2015
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Kami Warga SAM Hulu Langat.
segala salah dan silap harap dimaafi :)
~KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR~
~Takabballahu minna wa minkum~
12/07/2015
AlhamdulilLah iftar pengawas telah berjaya dilangsungkan. Terima kasih kpd semua pengawas yg hadir .Terima kasih juga diucapkan kpd unit kebajikan diatas pengendalian iftar pd tahun ini.Tidak lupa juga kpd guru pengawas,Pn. Haslina atas kesempatan utk hadir walaupun hanya seketika. Semoga aktiviti iftar ini dpt diteruskan pd tahun hadapan insyaAllah.
Majlis Iftar Perdana sempena Ihya' Ramadhan 1436H/2015 bersama KPPM akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
Tarikh: 6 Julai ( Isnin )
Masa : 5.30 petang
Tempat : Surau Al Ittihad SAM Hulu Langat
Dijemput kepada semua warga SAM Hulu Langat dan para ibubapa untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis ini.
16/05/2015
Program ini telah dijalankan bersama Barisan Kepimpinan sekolah pada 30 April - 1 Mei 2015. Anjuran alumni 2010.Sekalung tahniah buat semua peserta dan jutaan terima kasih buat para fasilitator atas ilmu yang diberi ! :)
credit : D2DB Dare To Be Different
Keputusan SMA telah pun diumumkan semalam di dewan Az-Zamakhsyari. .Alhamdulillah pencapaian utk sma 2014 samten 100% lulus. seramai 32 mumtaz dan 50 jayyid jiddan. Seramai 7 org wakil dari badan pengawas memperoleh mumtaz.
Mabruk!
Alhamdulillah mesyuarat agung bagi sesi 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 13/1/2015.Agenda utama mesyuarat adalah membincangkan hal ehwal pengawas dan sesi taaruf para ajk tertinggi pengawas pada tahun ini.
Assalamualaikum w.bt .
Alhamdulillah , cuti sekolah menjelang lagi .
Manfaatkan cuti sekolah dengan perkara2 yang berfaedah .
Jaga keselamatan diri dan akidah.
Buat pelajar tingkatan 5 yang baru sahaja menamatkan zaman persekolahan, semoga ilmu yang dipelajari sepanjang berada di sekolah ini dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.
Selamat Bercuti!
Salamullahu Alaikum w.b.t ~
Teruskan berusaha bgai yang sedang menjalani UP1 dan selamat berjaya bagi yang bakal menghadapinya .
Sedikit peringatan buat seluruh warga SAM Hulu Langat , keadaan cuaca yang kurang baik sekarang mungkin akan memudaratkan , jadi ambillah langkah2 selamat seperti mengenakan topeng muka , kurangkan aktiviti luar dan lain2 ~
Click here to claim your Sponsored Listing.