Majlis Perwakilan Pelajar UPTM KL

Majlis Perwakilan Pelajar UPTM KL

Share

Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 24/25
"SUARAKAN IDEA, REALISASIKAN IMPIAN"

28/05/2026

Alhamdulillah, program mobiliti bersama Universitas Gunung Leuser (UGL), Aceh Tenggara 🇮🇩 telah berjaya dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif pengantarabangsaan dan pengukuhan hubungan strategik antara institusi.

Program ini memberi fokus kepada pertukaran ilmu, perkongsian pengalaman akademik, serta pengukuhan jaringan kerjasama antara pelajar dan universiti dari Malaysia dan Indonesia 🤝

Sepanjang program, pelbagai sesi libat urus, perbincangan ilmiah dan aktiviti bersama telah membuka ruang pembelajaran yang lebih luas serta memperkaya perspektif peserta dalam bidang pendidikan dan kepimpinan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universitas Gunung Leuser atas sambutan yang sangat baik, serta kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

Semoga hubungan kerjasama ini terus berkembang dan memberi manfaat berpanjangan kepada kedua-dua institusi 🤲🏻✨

12/05/2026

New Intake [0326] Kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan selamat datang kepada semua Selamat Datang kepada kamu semua❤️💙🤍

08/05/2026

Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) baru-baru ini melakar pencapaian gemilang apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Utama Pendidikan Profesional & Sains Sosial di majlis BiSA Awards anjuran Sinar Harian pada 6 Mei 2026. Disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, YB Steven Sim Chee Kong, anugerah tersebut telah diterima oleh Naib Canselor UPTM, Prof. Dr. Sharifah Syahirah Sy Shiekh, sebagai pengiktirafan terhadap kualiti akademik universiti serta komitmen berterusan mereka dalam memperkasakan bakat masa depan negara setanding dengan jenama besar lain seperti Mydin dan Christy Ng.

07/05/2026

🔊 FINAL EXAMINATION RESULT 1225 SESSION ❗️

🔗 https://mycms.kptm.edu.my:8000/login
🗓 Wednesday | 7 May 2026
⏰ 6.00 pm onwards

Wishing everyone the best of luck and congratulations for the results obtained ☺️ Stay positive, and keep up the better hardwork for the upcoming examination! Thankyou.

Photos from Majlis Perwakilan Pelajar UPTM KL 's post 30/04/2026

GEMALA RIA 2026🎊

Majlis Perwakilan Pelajar UPTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar yang telah memeriahkan GEMALA RIA 2026 pada 7 April yang lalu. Program ini berlangsung dengan lancar, meriah dan menerima sambutan yang luar biasa.

Pelbagai persembahan menarik telah ditampilkan oleh pelajar, disusuli dengan penyerahan hadiah kepada pemenang 3 contest raya iaitu Gemala OOTD, Transition Raya dan Lagu Raya. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kreativiti dan semangat penyertaan yang ditunjukkan.

Selain itu, para pelajar turut menikmati pelbagai juadah istimewa secara buffet seperti kambing golek, sate, rendang, lemang, ketupat, kuih-muih dan banyak lagi. Semoga ukhuwah dan semangat kebersamaan ini terus kekal dalam keluarga besar UPTM.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address

Universiti Poly-Tech Malaysia, Kuala Lumpur, Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 09:00 - 16:30