SMK Seri Bintang Selatan Rasmi

SMK Seri Bintang Selatan Rasmi

Share

Facebook Rasmi SMK SERI BINTANG SELATAN. (2026)

Photos from SMK Seri Bintang Selatan Rasmi's post 25/04/2026

Tahniah Cikgu Luqman Hazim! 🥇✨

Syabas diucapkan kepada Cikgu Luqman Hazim bin Mohd Hilmi atas kejayaan luar biasa merangkul Pingat Emas (Gold Award) di Terengganu International Science Fair (TISF) 2026 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kejayaan menerusi projek "Melodi Warisan Kata (Peribahasa)" ini ialah hasil usaha gigih beliau bersama bimbingan mentor hebat, Puan Nurhaiza binti Che Mat. Satu pencapaian yang membanggakan buat seluruh warga SMK Seri Bintang Selatan! Semoga terus cemerlang dalam memartabatkan inovasi dan pendidikan negara. 🚀👏


Photos from SMK Seri Bintang Selatan Rasmi's post 18/04/2026

🎉 TAHNIAH & SYABAS WIRA INOVASI SBS! 🥈🔬
Seluruh warga SMK Seri Bintang Selatan amat berbangga dengan pencapaian cemerlang pasukan inovasi sains sekolah kita!

Sekalung tahniah diucapkan atas kejayaan yang telah dilakar dalam pertandingan berikut:

📌 Kejohanan: Putra Science Innovation Challenge
📅 Tarikh: 15-16 April 2026
📍 Tempat: Universiti Putra Malaysia (UPM)
🏆 Pencapaian: Pingat Perak 🥈
💡 Tajuk Projek: THERMOGROW : Challenge In Re-innovation Green House

Satu pencapaian yang sangat hebat! Memenangi pingat perak dalam cabaran inovasi berprestij di peringkat universiti membuktikan daya pemikiran kreatif dan bakat luar biasa pelajar kita. Tahniah diucapkan kepada barisan inovator muda ini:

👨‍🔬 KHAIRUNNAS IZZAT BIN KAMARULAZMAN
👨‍🔬 MUHAMMAD NOAH MIKAEL MEERZA BIN MOHD FITRI
👨‍🔬 MUHAMMAD ILHAN IZZARIL BIN RAMZI
Syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing yang hebat atas segala tunjuk ajar dan sokongan:

👩‍🏫 PUAN NORMALA BINTI OMAR

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong dari belakang. Semoga kejayaan ini menyuntik semangat buat semua pelajar untuk terus meneroka ilmu sains dan menghasilkan inovasi yang bermanfaat pada masa hadapan. Teruskan kecemerlangan! 🚀🌱


Photos from SMK Seri Bintang Selatan Rasmi's post 18/04/2026

TAHNIAH & SYABAS!

Warga SMK Seri Bintang Selatan dengan penuh bangga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para murid atas pencapaian cemerlang dalam

🏆 KEJOHANAN CATUR MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH PUDU 2026 (31 MAC -16 APRIL 2026)🏆

♟ KATEGORI BERPASUKAN LELAKI U18
Tempat ke -2
1. Yap Zun Yin
2. Chin Jia Jie
3. Zaviv Nur bin Mohamed Zaki
4. Ian Cheong Zi Sheng

♟ KATEGORI BERPASUKAN PEREMPUAN U18
Tempat ke -2
1.Clariss Ho Jia En
2.Cleo Ho Wan Xuan
3.Lutfiyah Zahra Binti Mohd Farhan
4. Hng Wei Rou

♟ KATEGORI INDIVIDU BAWAH 18 TAHUN TOP 12 (PEREMPUAN)
TEMPAT PERTAMA
• Mun Hoy Yan
TEMPAT KE-12
• Yong Yee Ying

♟ KATEGORI INDIVIDU BAWAH 18 TAHUN TOP 12 (LELAKI)
TEMPAT KE -2
Tan Kian Seng
TEMPAT KE-6
Chin Jia Jie
TEMPAT KE -9
Sim Tian Jie

♟ KATEGORI INDIVIDU BAWAH 15 TAHUN TOP 12 (PEREMPUAN)
TEMPAT KE -5
Hng Wei Rou
TEMPAT KE -8
Clariss Ho Jia En

💐 Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Noorasyikin Cikgu Siti Nur Fatin, dan Cikgu Norshahira Adlina, selaku guru penasihat yang berperanan mengembangkan bakat mereka dalam sukan catur.

💐Tidak dilupakan PK KOKO SMK SBS Puan Ummi Kalthum bin Mohd Rais atas bimbingan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang kejohanan berlangsung.

🌟 Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah! 🌟


Photos from SMK Seri Bintang Selatan Rasmi's post 18/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Badminton SBS atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan MSSD Pudu 2026 dengan kejayaan merangkul 5 pingat emas, 6 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Perseorangan Lelaki 18
1 Emas 🥇
1 Perak 🥈

Beregu Lelaki 18
1 Emas 🥇
1 Perak 🥈

Perseorangan Perempuan 18
1 Emas 🥇

Beregu Perempuan 18
1 Gangsa 🥉

Perseorangan Lelaki 15
1 Emas 🥇
1 Perak 🥈

Beregu Lelaki 15
1 Emas 🥇
1 Perak 🥈

Perseorangan Perempuan 15
1 Perak 🥈

Beregu Perempaun 15
1 Perak 🥈

Prestasi ini mencerminkan semangat juang yang tinggi, disiplin yang utuh serta komitmen berterusan dalam mengharumkan nama sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada peringkat yang lebih tinggi. Syabas dan teruskan usaha! 🏸✨

Photos from SMK Seri Bintang Selatan Rasmi's post 18/04/2026

🏃‍♀️💨 TAHNIAH & SYABAS ATAS PENCAPAIAN MERENTAS DESA! 🏅
Seluruh warga SMK Seri Bintang Selatan ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlet kebanggaan kita, NUR LAILATUL IZZA BINTI JUNAEDI, atas semangat juang dan ketahanan fizikal yang luar biasa!

Beliau telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam kejohanan berikut:

📌 Kejohanan Merentas Desa MSSWPKL 2026
📅 Tarikh: 8 April 2026
📍 Tempat: Taman Metropolitan, Kepong
🏆 Pencapaian: Tempat Ke-13 (Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun - P18)

Bukan mudah untuk menamatkan larian dan bersaing dengan pelari-pelari hebat dari seluruh Kuala Lumpur, tetapi keazaman, stamina, dan usaha keras yang ditunjukkan oleh Nur Lailatul Izza membuktikan kelayakan beliau berada di kelompok hadapan! 💪✨
Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada guru pengiring, jurulatih, serta ibu bapa atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi.
Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang. Teruskan larian pantasmu! 👟🔥

Photos from SMK Seri Bintang Selatan Rasmi's post 16/04/2026

🌟 MAJLIS ANUGERAH DIGITAL UTILIZATION AWARD (DUTA) 2026.

🎉 TAHNIAH & SYABAS KEPADA WIRA-WIRA DIGITAL KITA! 🎉

Satu pencapaian yang amat membanggakan! Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada para pelajar kita yang telah melakar kejayaan luar biasa di Majlis Anugerah Digital Utilization Award (DUTA) 2026 dan Karnival Pendidikan Digital 2025 Peringkat WP Kuala Lumpur. 🏆✨

Dedikasi, usaha gigih, dan bakat anda dalam bidang teknologi dan kejuruteraan sememangnya satu inspirasi buat semua. Berikut merupakan senarai pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah:

🌟 MAJLIS ANUGERAH DIGITAL UTILIZATION AWARD (DUTA) 2026
🥈 Drone Edu Challenge Menengah Atas (Naib Johan)
• Navaashen Sugumaran (5C - 2025)
• Lucas Roy Moorthy (5C - 2025)
🥉 Drone Edu Challenge Menengah Atas (Tempat Ketiga)
• Fitri Maisarah binti Mohd Faizal (5B - 2025)
• Siti Nuraishah binti Mohd Fadzil (5C - 2025)
🥈 Drone Edu Challenge Menengah Rendah (Naib Johan)
• Ong Ee Shanye (4B)
• Woo Mann Zun (4C)

👑 Anugerah Khas: Ikon Murid Digital Bidang Kejuruteraan
• Khairunnas Izzat bin Kamarulazman (5B)
🌟 KARNIVAL PENDIDIKAN DIGITAL 2025
🥇 Pertandingan Drone Soccer (Johan)
• Khairunnas Izzat bin Kamarulazman (5B)
• Muhammad Noah Mikael Meerza Bin Mohd Fitri (5A)
• Muhammad Ilhan Izzaril bin Ramzi (5K)
🥉 Pertandingan Mikrobotik (Tempat Ketiga)
• Adib bin Ahmadi (5D)
• Krishram Muruga Ananthan (5C)

Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru pembimbing.
✨ Puan Normala binti Omar
✨ Puan Naqieyahnur binti Jaffar
✨ Encik Muhammad Fadhil Firdaus bin Roslan

Mereka tidak jemu memberi tunjuk ajar serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu. Kejayaan ini milik kita bersama!

Teruskan kecemerlangan ini dan semoga menjadi pemangkin semangat buat pelajar-pelajar lain untuk terus meneroka dunia teknologi digital. Terbang tinggi bak dron di angkasa! 🚀💻

Photos from SMK Seri Bintang Selatan Rasmi's post 12/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah selesai menganjurkan kejohanan olahraga dengan penuh jayanya🎊🎊🎊🎊🎊🎊

🏃‍♂️ KEJOHANAN OLAHRAGA SMK SERI BINTANG SELATAN 🏃‍♀️

📅 Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

📍 Tempat: Stadium MPAJ, Ampang, Kuala Lumpur

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh
Encik Muhamad Tarmizi bin Muhammad Nor
(Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Kejohanan turut dihadiri oleh:
Encik Mohd Shukri bin Othman
(Yang Dipertua PIBG SMK Seri Bintang Selatan)

Sebanyak 5 rumah sukan akan bertanding bagi merebut kejuaraan, iaitu:
💚 Emerald
❤️ Ruby
💛 Topaz
💜 Amethyst
💙 Sapphire

🌟Jualan makanan yang sedap-sedap😋
🌟Persembahan Cheerleading👭
Menambahkan kemeriahan sepanjang kejohanan 😀👏

Tahniah kepada rumah sukan Emerald menjuarai keseluruhan kejohanan 🎊🏆
Tahniah juga kepada semua guru dan murid yang bertanding serta memberikan sepenuh komitmen yang padu💥🏆

Terima kasih semua warga sekolah, ibu bapa dan penjaga yang hadir bagi memeriahkan kejohanan ini serta memberi sokongan kepada para atlet.

“Majulah Sukan Untuk Sekolah”
Sekian, terima kasih.


Photos from SMK Seri Bintang Selatan Rasmi's post 04/04/2026

🏵PROGRAM RIMUP SMKSBS 2026🏵

SALAM LEBARAN , SALAM KONGSI RAYA TAHUN BARU CINA🎊✨🎊

Dam Dam Dum bunyi mercun🎇🎆
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah menganjurkan:

🎉 Majlis Sambutan RIMUP Tahun Baru Cina & Aidilfitri 2026 🎉

📅 Tarikh: 3 April 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Dataran Bestari & Laman Ilmu SMK Seri Bintang Selatan

😃 Aktiviti Menarik:
🔸 Kuiz Raya
🔸 Persembahan Tarian Tradisional Cina & Melayu
🔸 Persembahan Nyanyian oleh murid dan guru
🔸 Ucapan Hari Raya
🔸 Pertandingan Pakaian Tercantik (Kategori Murid & Guru) WOW!!
🔸 Juadah potluck
🔸Sesi bergambar dan bersalaman memohon kemaafan

🎯 Objektif Program:

🏮Menyemarakkan semangat perpaduan antara kaum Melayu, India dan Cina
🏮Memperkenalkan budaya tradisi masyarakat Melayu dan Cina dalam meraikan perayaan
🏮Merapatkan silaturrahim antara murid, guru, Ahli PIBG,para tetamu dan seluruj warga SBS

Semua warga sekolah dijemput hadir dengan berbaju raya indah berseri berwarna-warni 🎊

Bersama kita raikan kepelbagaian dalam suasana harmoni.

03/04/2026

(31.3.2026)
KEPUTUSAN SPM 2025 | SYABAS DAN TAHNIAH!

Pengumuman Keputusan SPM 2025 membawa debaran dan kegembiraan kepada semua warga SMK SBS✨

Alhamdulillah pencapaian membanggakan SMK Seri Bintang Selatan SPM 2025:

GPS Sekolah 2025: 4.11
Layak Mendapat Sijil LMS : 98.17%

Pencapaian Bilangan A:
Semua A: 9 orang
9A: 1 orang
8A: 1 orang
7A: 4 orang
6A: 4 orang
5A: 17 orang

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon SPM 2025 atas usaha gigih, doa yang tidak putus serta pengorbanan sepanjang perjuangan ini. Kejayaan ini juga merupakan hasil dedikasi para guru dengan sokongan padu daripada ibu bapa dan PIBG SMKSBS

Teruskan langkah maju ke peringkat lebih tinggi. Semoga kejayaan lebih gemilang menanti mereka yang tidak pernah berhenti berusaha.

Photos from SMK Seri Bintang Selatan Rasmi's post 01/04/2026

🚫 SAY NO TO DRUGS! JOM KE PAMERAN MINGGU PPDa 🚫
Hello warga sekolah! 👋 Hari ini telah berlangsung Pameran Minggu PPDa yang penuh dengan informasi dan aktiviti bermanfaat khusus untuk adik-adik Tingkatan 1, 2, dan 3!

Mari kita tingkatkan kesedaran tentang bahaya d*dah dan belajar bagaimana untuk mengekalkan gaya hidup sihat setiap hari. 💪✨

🗓 Butiran Program:
Tarikh: 1 April 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 Pagi - 12.00 tengah hari

Pihak sekolah (UBK) telah menjemput beberapa agensi hebat yang turut serta membantu memberi pendedahan kepada murid-murid. Mereka ialah..

📌Unit Temb*kau (Agensi) 🚭
📌Rumah Sahabat 🏠
📌Klinik Kesihatan Cheras 🏥
📌AADK 🚫

🌟 Apa Yang Menarik?
Ilmu Pengetahuan: Ketahui bahaya d*dah dan hukuman yang menanti penagih.

Aktiviti Sihat: Pelbagai aktiviti menarik disediakan oleh Klinik Kesihatan untuk gaya hidup yang lebih bermutu.

Program ini adalah untuk melengkapkan diri murid dengan pengetahuan dan kemahiran demi masa depan yang lebih cerah tanpa dadah! 🛡

Want your school to be the top-listed School/college?

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00