14/09/2026
HARI KARNIVAL KITA 2026 πͺ
SK Convent 1 Butterworth | 12 September 2026 | Sabtu
Alhamdulillah, Karnival KITA Keusahawanan 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan bermakna! πβ¨
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Kumaran Krishnan atas kesudian hadir dan seterusnya merasmikan Karnival KITA Keusahawanan 2026. Kehadiran dan sokongan YB amat bermakna dalam menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, barisan pentadbir serta seluruh warga guru dan staf SK Convent 1 Butterworth yang telah bertungkus-lumus memberikan komitmen, tenaga dan kerjasama sepanjang perancangan sehingga selesai programπ
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang turut hadir memeriahkan karnival serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah dan anak-anak. β€οΈ
Karnival ini bukan sekadar ruang untuk berseronok, tetapi turut memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba, mencipta dan belajar melalui pengalaman sebenar. Melalui pelbagai zon yang disediakan β Zon Karakter, Zon Inovasi, Zon Tanggungjawab dan Zon Aspirasi β murid dapat mengembangkan kreativiti, semangat keusahawanan, kerja berpasukan, kesedaran terhadap kelestarian serta keberanian untuk mengimpikan masa hadapan mereka.
Semoga segala pengalaman yang diperoleh sepanjang Karnival KITA Keusahawanan 2026 menjadi kenangan yang indah serta memberi inspirasi kepada murid untuk terus berani bermimpi, berani mencuba dan berani mencipta masa depan mereka sendiri.