Rumah Al-Quran Al-Marhumah Faridah Idris

Rumah Al-Quran Al-Marhumah Faridah Idris RAAFI' (رافع)
Pusat pengajian Al-Quran untuk semua peringkat umur.

Menyantuni jiwa, mendidik hati — Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati.
📖 Al-Quran | Fardu Ain
🤝 Kelas individu & berkumpulan | Lelaki & perempuan

✨ Alhamdulillah, selesai sudah IRTAQ 2.0 ✨Program Tadarus Al-Quran & Majlis Khatam yang telah berlangsung sepanjang bula...
31/03/2026

✨ Alhamdulillah, selesai sudah IRTAQ 2.0 ✨

Program Tadarus Al-Quran & Majlis Khatam yang telah berlangsung sepanjang bulan Ramadhan lalu berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan 🤍📖

Terima kasih kepada semua peserta yang istiqamah menghadiri sesi dari awal hingga khatam. Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi asbab ketenangan hati dan ganjaran berpanjangan 🌙

💫 Moga semangat mencintai Al-Quran tidak terhenti di bulan Ramadhan sahaja, bahkan terus subur dalam kehidupan seharian.

“Sehingga Al-Quran terpahat di hati”












🚨 Masih rasa bacaan Al-Quran tak lancar?Jangan risau… anda tak keseorangan.✨ Sekarang masa untuk berubah!Belajar secara ...
28/03/2026

🚨 Masih rasa bacaan Al-Quran tak lancar?

Jangan risau… anda tak keseorangan.

✨ Sekarang masa untuk berubah!
Belajar secara talaqqi (berdepan guru) supaya bacaan lebih tepat & yakin.

🔥 Kelas Talaqqi Al-Quran Bermodul
Khas untuk dewasa yang nak:
✔ Perbaiki bacaan dari asas
✔ Faham tajwid step-by-step
✔ Belajar dalam suasana santai & tersusun

🗓 Ahad & Khamis
⏰ 8:00 – 9:30 malam
📅 Bermula April 2026
👤 18 tahun ke atas
💰 RM60 sahaja sebulan (8 sesi!)

💡 Tak perlu malu walaupun baru nak mula
Yang penting, usaha untuk lebih dekat dengan Al-Quran 🤍

⚠️ Tempat TERHAD!
📲 WhatsApp sekarang: 010-9787650

🌙 “Sehingga Al-Quran terpahat di hati”






✨ Salam Aidilfitri dari RAAFI’ ✨Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami dari Rumah Al-Quran RAAFI’ ingin mengucapk...
26/03/2026

✨ Salam Aidilfitri dari RAAFI’ ✨
Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami dari Rumah Al-Quran RAAFI’ ingin mengucapkan:
🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri
💚 Maaf Zahir & Batin
Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, ketenangan jiwa serta mengeratkan silaturrahim sesama kita.
📖 Moga Al-Quran terus terpahat di hati, menjadi panduan dalam setiap langkah kehidupan.
“Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati”
Ikhlas daripada,
RAAFI’ – Rumah Al-Quran Al-Marhumah Faridah Idris













Alhamdulillah, selesai dengan jayanya! 🌟Program MUTAWATIR 5.0: Muzakarah Tajwid Wa Tahsin Az-Zikr sempena cuti Nuzul Al-...
09/03/2026

Alhamdulillah, selesai dengan jayanya! 🌟

Program MUTAWATIR 5.0: Muzakarah Tajwid Wa Tahsin Az-Zikr sempena cuti Nuzul Al-Quran yang berlangsung pada 8 Mac 2026 (Ahad) di Rumah Al-Quran Al-Marhumah Faridah Idris (RAAFI')

🤲 Terima kasih kepada semua peserta, penceramah, serta tenaga kerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala ilmu yang dikongsi menjadi amal jariah yang berpanjangan.

📚 Teruskan perjuangan mempelajari dan memperindah bacaan Al-Quran!

"Sehingga al-Quran terpahat di hati."

Alhamdulillah 🤲Program IRTAQ 2.0 : Imarah Ramadhan – Tadarus Al-Quran anjuran RAAFI' telah berlangsung selama 15 hari de...
07/03/2026

Alhamdulillah 🤲
Program IRTAQ 2.0 : Imarah Ramadhan – Tadarus Al-Quran anjuran RAAFI' telah berlangsung selama 15 hari dengan penuh keberkatan dan istiqamah para peserta.

Program tadarus ini akan terus berjalan sehingga tamat Ramadhan, sebagai usaha untuk mengimarahkan bulan yang mulia ini serta mendekatkan diri dengan Al-Quran.

Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi cahaya, ketenangan dan pahala yang berterusan buat semua yang terlibat.

Mudah-mudahan Al-Quran sentiasa terpahat di hati dan menjadi panduan dalam kehidupan. ✨📖










Salam Nuzul Al-Quran✨"Lapangkan masa untuk baca Al-Quran, bukan baca Al-Quran bila masa lapang".~Khadim Al-Quran 🌹
07/03/2026

Salam Nuzul Al-Quran✨

"Lapangkan masa untuk baca Al-Quran, bukan baca Al-Quran bila masa lapang".

~Khadim Al-Quran 🌹

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha MuliaSultan Mizan Zainal AbidinSultan Terengga...
04/03/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia

Sultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Darul Iman

Sempena Hari Ulang Tahun Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan kesejahteraan yang berpanjangan serta terus memayungi Negeri Terengganu Darul Iman dengan pemerintahan yang adil lagi diberkati.

Daulat Tuanku!

Sembah takzim daripada kami.







🔊Asy-Syafee' Learning Centre bakal menganjurkan satu program iaitu [ *MUTAWATIR 5.0* ~ Muzakarah Tajwid Wa Tahsin Az-Zik...
04/03/2026

🔊Asy-Syafee' Learning Centre bakal menganjurkan satu program iaitu [ *MUTAWATIR 5.0* ~ Muzakarah Tajwid Wa Tahsin Az-Zikr ]

📌 Penurunan Al-Quran merupakan suatu peristiwa yang sepatutnya dihayati oleh umat Islam. Tidak banyak diceritakan tentang bagaimanakah penurunan Al-Quran di peringkat akhir.

Peristiwa ini disusuli dengan penulisan & penyalinan Al-Quran di dalam mushaf yang kemudiannya dilengkapkan dengan pelbagai tanda sebagai alat bantu bacaan.
Justeru, seminar ini sesuai untuk para penuntut ilmu untuk mengulangkaji semula antara peristiwa terbesar yang berlaku dalam sejarah Islam.

Butiran program adalah seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh : 08 Mac 2026 (Ahad - cuti Nuzul Al-Quran).
🕗Masa : 8:30 pagi hingga 11:00 pagi.
🏠 Tempat : Rumah Al-Quran Al-Marhumah Faridah Idris (RAAFI'), BAROH KATONG, RAWAI.
📍https://maps.app.goo.gl/sP7merx7GVLQq5sw6
🗣️Pembentang : Ustaz Aizuddin

✅ Modul
✅ Sijil penyertaan

📱Sesiapa yang berminat, boleh hubungi nombor di talian 010-9787650.

👥Penyertaan TERHAD kepada *20 orang sahaja* dengan yuran yang berpatutan iaitu sebanyak *RM20 sahaja*‼️



















🌙✨ RAMADHAN KAREEM 1447H ✨🌙Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan.Selamat menya...
18/02/2026

🌙✨ RAMADHAN KAREEM 1447H ✨🌙

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak 1447H daripada RAAFI’. Semoga setiap amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT, dilipatgandakan pahala, serta Ramadhan kali ini membawa rahmat, keampunan dan perubahan yang lebih baik buat kita semua. 🤲🏻

Marilah kita manfaatkan bulan yang mulia ini dengan memperbanyakkan tilawah Al-Quran, solat sunat, sedekah dan doa.

“Sehingga Al-Quran Terpahat Di Hati.” ❤️📖




Alhamdulillah, telah berlangsung program dengan baik dan lancar! 🤲✨TAMAMAN 1.0: Tajwid Al-Huruf & Ma’rifah Al-Wuquf – Ma...
18/02/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung program dengan baik dan lancar! 🤲✨

TAMAMAN 1.0: Tajwid Al-Huruf & Ma’rifah Al-Wuquf – Mahirkan Asas Al-Quran yang diadakan pada 17 Februari 2026 (Selasa) di Rumah Al-Quran Al-Marhumah Faridah Idris (RAAFI') telah berjaya mencapai objektifnya.

Program ini diadakan khas sebagai latihan dan pemantapan buat para naqib dan naqibah, sebagai persediaan memimpin serta membimbing tilawah Al-Quran sepanjang bulan Ramadan nanti 📖🌙 Ia juga merupakan kolaborasi bersama Kelab Nuqoba KQT Nuqoba Kqt dalam memperkasa kualiti bacaan dan kefahaman tajwid dalam kalangan pembimbing Al-Quran.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah jemputan, Ustaz Muhammad Aizuddin bin Che Saufi Muhammad Aizuddin Che Din , atas perkongsian ilmu, bimbingan serta tunjuk ajar yang sangat berharga. Semoga segala ilmu yang disampaikan menjadi bekalan buat para naqib dan naqibah dalam memimpin tadarus dan tilawah dengan lebih yakin serta tepat.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini diberkati dan menjadi asbab lahirnya generasi yang lebih mahir dan cintakan Al-Quran 🤍

Hidup berjemaah, matlamat jannah 🌿















Alhamdulillah 🤍✨ segala puji bagi Allah atas kelancaran Program GULA 2.0 : Guru Latih Al-Quran yang telah berjaya dilaks...
13/02/2026

Alhamdulillah 🤍✨ segala puji bagi Allah atas kelancaran Program GULA 2.0 : Guru Latih Al-Quran yang telah berjaya dilaksanakan sebanyak 4 sesi bermula Januari lalu di Rumah Al-Quran Al-Marhumah Faridah Idris (RAAFI').

Program ini merupakan satu inisiatif berterusan dalam memperkasa kemahiran dan kompetensi guru-guru Al-Quran 📖 agar lebih mantap dalam membimbing masyarakat mendalami ilmu Kalamullah dengan kaedah yang lebih berkesan dan sistematik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Aizuddin Bin Che Saufi Muhammad Aizuddin Che Din atas komitmen, kesungguhan dan dedikasi beliau dalam membimbing guru-guru Al-Quran sekitar Dun Pengkalan Berangan 🌿. Tidak dilupakan juga kepada semua peserta serta tenaga kerja yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini 🤝.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan menjadi asbab manfaat yang berpanjangan, disebarluaskan kepada masyarakat, dan seterusnya menjadi amal jariah yang berterusan di sisi Allah SWT 🤲.

Teruskan melangkah, teruskan berbakti — demi melahirkan masyarakat yang cinta dan hidup bersama Al-Quran ❤️📖.








Address

Https://maps. App. Goo. Gl/ka47LXPUfDvSFsdMA
Bukit Payong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Al-Quran Al-Marhumah Faridah Idris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category