Maahad Tahfiz Asy-Syatibi PAGE

Maahad Tahfiz Asy-Syatibi PAGE Sebuah sekolah tahfiz persendirian bagi pelajar lelaki di Marang, Terengganu. Tel: 09 619 4886 MAYBANK: 563019247654
CIMB: 8602851092
(2)

Sedikit daripada kita, besar manfaatnya buat mereka.Setiap hari, dapur Maahad menyediakan keperluan makanan buat anak-an...
23/08/2026

Sedikit daripada kita, besar manfaatnya buat mereka.

Setiap hari, dapur Maahad menyediakan keperluan makanan buat anak-anak tahfiz. Di sebalik setiap hidangan yang tersedia, ada keperluan yang perlu dipenuhi.

Justeru, kami membuka ruang kepada para dermawan yang ingin bersama-sama membantu mencukupkan keperluan dapur Maahad.

Jika berkesempatan, ayuh berkongsi rezeki dan jadikan sumbangan kita sebahagian daripada hidangan yang dinikmati anak-anak tahfiz.

Semoga setiap pemberian menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya.

Untuk menyumbang, boleh salurkan ke akaun :
💳 Bank Islam
Tetuan Maahad Tahfiz Asy-Syatibi
130 530 1002 7457

dan sebarang pertanyaan, hubungi kami di talian:
013-7875043 - saudari Syazwanie

19 Ogos 2026 | RabuPersembahan Qasidah (FULL)
23/08/2026

19 Ogos 2026 | Rabu

Persembahan Qasidah (FULL)

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

20 Ogos 2026 | Khamis Alhamdulillah, selesai sudah Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) bersama pihak Bomba Wakaf Tapa...
20/08/2026

20 Ogos 2026 | Khamis

Alhamdulillah, selesai sudah Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) bersama pihak Bomba Wakaf Tapai pada hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Bomba Wakaf Tapai atas perkongsian ilmu, tunjuk ajar serta latihan praktikal berkaitan keselamatan dan tindakan awal ketika menghadapi situasi kecemasan.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga SMATS dalam memastikan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan.

Cegah Kebakaran, Selamatkan Nyawa, Tanggungjawab Bersama.

TAKLIMAT PENTAULIAHAN KHAS GURU AGAMA DI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS) TAHUN 202615 Ogos 2026 | SabtuTahniah dan sya...
18/08/2026

TAKLIMAT PENTAULIAHAN KHAS GURU AGAMA DI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS) TAHUN 2026

15 Ogos 2026 | Sabtu

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 2 orang wakil Maahad Tahfiz Asy-Syatibi yang telah dijemput untuk menghadiri Taklimat Pentauliahan Khas Guru Agama di Institusi Pendidikan Swasta (IPS) Tahun 2026.

Pentauliahan ini menjadi satu langkah penting dalam memperkukuh profesionalisme serta kompetensi guru agama dalam melaksanakan amanah pendidikan Islam dengan penuh integriti.

Semoga pentauliahan ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti pendidikan di Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

PERSEMBAHAN QASIDAH – LIVE DI TIKTOKAyuh bersama-sama saksikan Persembahan Qasidah secara LIVE di tiktok sempena Merdeka...
18/08/2026

PERSEMBAHAN QASIDAH – LIVE DI TIKTOK

Ayuh bersama-sama saksikan Persembahan Qasidah secara LIVE di tiktok sempena Merdeka & Maulid Talk oleh CSR Al-Ikhsan Sports yang akan berlangsung pada:

📅 19 Ogos 2026 (Rabu)
🕗 8.00 pagi
📲 LIVE di TikTok: https://www.tiktok.com/

Jangan lupa set reminder dan luangkan masa untuk bersama-sama menyaksikan persembahan Qasidah daripada kumpulan Ahbabul Musthofa.

Malam Berselawat | Sambutan Maulidur Rasul ﷺAlhamdulillah, telah berlangsung Malam Berselawat sempena Sambutan Maulidur ...
16/08/2026

Malam Berselawat | Sambutan Maulidur Rasul ﷺ

Alhamdulillah, telah berlangsung Malam Berselawat sempena Sambutan Maulidur Rasul ﷺ pada 14 Ogos 2026 bertempat di Dewan As-Syatibi, KQT.

Majlis diserikan dengan persembahan Ahbabul Mustofa serta penyampaian daripada Ustaz Aiman Ghazali dalam suasana penuh kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Semoga majlis ini menjadi wadah menyemai kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dan menghidupkan sunnah dalam kehidupan.

07 Ogos 2026 | JumaatAlhamdulillah, selesai sudah Majlis Jamuan Sambil Menderma yang telah berlangsung dengan jayanya.Se...
09/08/2026

07 Ogos 2026 | Jumaat

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Jamuan Sambil Menderma yang telah berlangsung dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir, menyumbang serta bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga setiap sumbangan dan usaha yang diberikan menjadi amal jariah yang berterusan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustaz Mohd Zahani Bin Abdul Ghani, Pengetua Tahfiz Asy-Syatibi atas penerimaan ...
29/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustaz Mohd Zahani Bin Abdul Ghani, Pengetua Tahfiz Asy-Syatibi atas penerimaan Anugerah Khas Pendidikan : Kepimpinan Sekolah Swasta.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus memimpin dengan cemerlang dan membawa SMA Tahfiz Asy-Syatibi ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

JAMUAN SAMBIL MENDERMA | JUALAN MEJA 2026Mari bersama kami memeriahkan Jamuan Sambil Menderma dengan menempah meja atau ...
26/07/2026

JAMUAN SAMBIL MENDERMA | JUALAN MEJA 2026

Mari bersama kami memeriahkan Jamuan Sambil Menderma dengan menempah meja atau menyertai sebagai individu.

Setiap penyertaan anda bukan sekadar menikmati hidangan, malah menjadi tanda sokongan kepada usaha mendidik generasi huffaz Al-Quran di Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.

🍽 Jualan Meja
• RM400 satu meja
• RM50 seorang

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

Untuk tempahan meja dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
013-7875043 (Sdr. Syazwanie)
"Sambil menjamu selera, sambil berkongsi pahala. Jom bersama kami menjayakan program ini." 🤲

Address

LOT 6693, Jalan ALOR LIT
Bukit Payong
21400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+6096194886

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Asy-Syatibi PAGE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Asy-Syatibi PAGE:

Share