Rohingya Education Centre - REC Kuala Terengganu

Rohingya Education Centre - REC Kuala Terengganu A refugee school managed by JREC with focus to provide comprehensive education for refugee children residing in Kuala Terengganu, Malaysia.

13/01/2026

Selamat Kembali Ke Sekolah 2026!

Persatuan Jaringan Islam Global Masa Depan (JREC) mengalu-alukan kehadiran semula anak-anak ke sekolah bagi sesi akademik 2026, khususnya buat anak-anak pelajar Pusat Bimbingan Alternatif Rakan Generasi Cemerlang (REC) di Pulau Pinang, Klang, Gombak dan Terengganu.

Selamat menyulam memori indah bersama-sama guru-guru dan rakan-rakan di REC!

Rohingya Education Centre - REC Pulau Pinang
Rohingya Education Centre - REC Klang
Rohingya Education Centre - REC Gombak
Rohingya Education Centre - REC Kuala Terengganu
Rohingya Education Centre Pulau Pinang - REC P Pinang Secondary
Jaringan Islam Global Masa Depan


29 November 2022 | Edaran Sumbangan oleh PERKIM | Parents-Teacher Meeting | Temu Murni | Pendaftaran bagi Sesi Tahun 202...
30/11/2022

29 November 2022 | Edaran Sumbangan oleh PERKIM | Parents-Teacher Meeting | Temu Murni | Pendaftaran bagi Sesi Tahun 2023

14/11/2022

Pembudayaan amalan 3S
Senyum • Salam • Sapa

1. Senyum
Senyum adalah sedekah.

2. Salam
Berjabat tangan dan timbulkan rasa persaudaraan.

3. Sapa
Mengucapkan salam sebagai tanda ukhuwah bagi mengeratkan silaturahim.

Amalan 3S adalah untuk mewujudkan hubungan saling menghormati, sifat kasih sayang dan menjadikan suasana yang harmoni dalam kalangan guru dan pelajar.


28/07/2022
15/07/2022

Hari Sukan REC KT

Telah berlangsung Kejohanan Sukan REC KT pada 30 Jun 2022 yang lepas.

TAHNIAH & SYABAS kepada semua guru dan pelajar.

“Badan cergas, minda cerdas”.Semua guru dan anak-anak pelajar REC Kuala Terengganu berkesempatan menjalankan aktiviti su...
03/06/2022

“Badan cergas, minda cerdas”.

Semua guru dan anak-anak pelajar REC Kuala Terengganu berkesempatan menjalankan aktiviti sukan di taman awam berhampiran semalam (Khamis, 2 Jun 2022).

Di samping mendedahkan aktiviti fizikal yang sihat, anak-anak pelajar juga diterapkan dengan amalan kebersihan dengan adanya aktiviti mengutip sampah di sekitar taman.

Semoga dengan sedikit usaha yang dilakukan ini dapat menjadikan mereka insan yang terbaik pada masa akan datang.


Larian Merentas Desa RECKT 2022 | 26 Mei 2022Tahniah kepada anak-anak pelajar kerana berjaya menamatkan larian merentas ...
26/05/2022

Larian Merentas Desa RECKT 2022 | 26 Mei 2022

Tahniah kepada anak-anak pelajar kerana berjaya menamatkan larian merentas desa hari ini dengan penuh semangat.
Semoga kalian terus berjaya dan dapat seimbangkan kejayaan sukan pada hari ini dengan kejayaan dalam pelajaran pada masa akan datang.

Seperti pepatah Arab;
اَلْعَقْلُ السَّلِيْمِ فِي الْجِسْمِ السَّلِيْمِ
“Akal yang cerdas, berada dalam badan yang cergas.”


Telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah yang diadakan secara ringkas selepas perhimpunan mingguan pada hari ini.P...
22/05/2022

Telah berlangsungnya majlis penyampaian hadiah yang diadakan secara ringkas selepas perhimpunan mingguan pada hari ini.

Penyampaian hadiah ini adalah untuk meraikan pemenang/peserta bagi setiap pertandingan semasa Minggu Bahasa REC Kuala Terengganu yang telah berlangsung pada minggu lepas.


Minggu Bahasa REC Kuala Terengganu | 16-18 Mei 2022Alhamdulillah, telah berlangsung Minggu Bahasa di peringkat sekolah R...
18/05/2022

Minggu Bahasa REC Kuala Terengganu | 16-18 Mei 2022

Alhamdulillah, telah berlangsung Minggu Bahasa di peringkat sekolah REC Kuala Terengganu yang melibatkan panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Mengenal huruf pandai bicara,
Indah berbahasa lancar lisannya,
Pelbagai bahasa pelbagai cara,
Kebolehan multibahasa ada untungnya.

Semoga ada manfaatnya buat anak-anak pelajar dengan pendedahan bahasa (terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang digunakan sama ada secara formal di dalam kelas, mahupun dalam komunikasi tidak formal. InsyaAllah.


16/05/2022

“Selamat Hari Guru, terima kasih cikgu!”

Terima kasih juga kepada anak-anak pelajar yang membantu para guru membina ladang pahala dan manfaat untuk masa akan datang.

Daripada mereka yang dididik,
Menjadikan kita orang yang terdidik;
—dengan ilmu, kesungguhan, kesabaran dan kemuliaan.

Selamat Hari Guru.
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA.


Address

Kompleks Telaga Mengkudu, Jalan Kuala Berang
Bukit Payong
21400

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Sunday 08:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rohingya Education Centre - REC Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Rohingya Education Centre - REC Kuala Terengganu:

Shortcuts

Share

Category