Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya

Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya Persiaran Siakap, Bandar Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.

04-3990730 Halaman rasmi Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA FUN RUN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemangat Merdeka terus disemarakkan melalui Merdeka Fun Run Peringkat...
22/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA FUN RUN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semangat Merdeka terus disemarakkan melalui Merdeka Fun Run Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di SK Bumbong Lima! ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐ŸŽ‰

Alhamdulillah, SK Seberang Jaya merupakan salah sebuah sekolah yang mendapat jemputan untuk menyertai program yang penuh dengan semangat patriotik dan keceriaan ini. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Lebih membanggakan, 8/9 orang murid SK Seberang Jaya berjaya menamatkan larian dalam kelompok 20 terbaik! ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah memberikan komitmen, semangat juang dan usaha yang terbaik. Tidak kira menang atau kalah, keberanian untuk mencabar diri dan menamatkan larian merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan. ๐Ÿ’ชโœจ

Terima kasih juga kepada guru dan ibubapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada murid-murid.

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat yang kita hidupkan bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

๐ŸŒธ PROGRAM MENTOR MENTEE BAKUL SAFE๐ŸŒธMurid (Tahun 1 hingga Tahun 6 )Program Mentor Mentee kali ini diisi dengan aktiviti B...
17/08/2026

๐ŸŒธ PROGRAM MENTOR MENTEE BAKUL SAFE๐ŸŒธ

Murid (Tahun 1 hingga Tahun 6 )

Program Mentor Mentee kali ini diisi dengan aktiviti Bakul SAFE sebagai salah satu usaha memperkenalkan Program SAFE (School Anti-Bullying Framework Empowerment) kepada murid. ๐Ÿงบโœจ

Murid tahun 1 hingga tahun 6 turut diperkenalkan dengan konsep 6S iaitu Sapa, Salam, Senyum, Sopan, Santun dan Sayang. ๐Ÿ’›

Melalui aktiviti ini, murid diajak untuk mengamalkan 6S dalam kehidupan seharian sebagai langkah membina hubungan yang positif, saling menghormati dan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli.

Semoga amalan 6S menjadi budaya dalam kalangan murid dan terus dipraktikkan bukan sahaja di sekolah, malah dalam kehidupan seharian.

Sapa ๐Ÿค Salam ๐Ÿ‘‹ Senyum ๐Ÿ˜Š Sopan ๐ŸŒท Santun ๐Ÿ’• Sayang โค๏ธ

Bersama kita bina sekolah yang selamat, ceria dan bebas buli! ๐Ÿ’ชโœจ

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING








15/08/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT SK SEBERANG JAYA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTanggal 14 Ogos 2026 menjadi satu lagi detik be...
15/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT SK SEBERANG JAYA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Tanggal 14 Ogos 2026 menjadi satu lagi detik bermakna buat warga SK Seberang Jaya apabila Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Ke-69 telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi menyemarakkan lagi rasa cinta akan negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Pastinya suasana sekolah turut dihiasi dengan semangat patriotik, kibaran Jalur Gemilang dan warna-warni sambutan Bulan Kebangsaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Semoga sambutan ini bukan sekadar kemeriahan, tetapi menjadi ruang untuk kita bersama-sama menyemai semangat cintakan negara, menghargai keamanan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan warga SK Seberang Jaya.

Jalur Gemilang berkibar megah,
Semangat Merdeka terus membara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

Bahagian 2 (Sesi petang)

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT SK SEBERANG JAYA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พTanggal 14 Ogos 2026 menjadi satu lagi detik be...
15/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MAJLIS PELUNCURAN BULAN KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT SK SEBERANG JAYA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tanggal 14 Ogos 2026 menjadi satu lagi detik bermakna buat warga SK Seberang Jaya apabila Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Ke-69 telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah. โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi menyemarakkan lagi rasa cinta akan negara serta menghayati erti kemerdekaan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Pastinya suasana sekolah turut dihiasi dengan semangat patriotik, kibaran Jalur Gemilang dan warna-warni sambutan Bulan Kebangsaan. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

Semoga sambutan ini bukan sekadar kemeriahan, tetapi menjadi ruang untuk kita bersama-sama menyemai semangat cintakan negara, menghargai keamanan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan warga SK Seberang Jaya.

Jalur Gemilang berkibar megah,
Semangat Merdeka terus membara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ

Bahagian 1 (Sesi pagi)

EKSPO REKA CIPTA &  INOVASI TERENGGANU 2026Pertandingan Cabaran RobotikTarikh: 9-11 Julai 2026Masa: 8.00 - 5.00 ptgTempa...
14/08/2026

EKSPO REKA CIPTA & INOVASI TERENGGANU 2026

Pertandingan Cabaran Robotik

Tarikh: 9-11 Julai 2026
Masa: 8.00 - 5.00 ptg
Tempat: Terengganu Trade Centre

SK SEBERANG JAYA telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai pertandingan Cabaran Robotik sempena Ekspo Reka Cipta & Inovasi Terengganu 2026. Ini merupkan pertama kali SK Seberang Jaya menghantar pasukan bagi menyertai pertandingan ini.

Daripada 3 pasukan yang dihantar 1 pasukan telah layak sehingga ke pusingan 16 terbaik. Terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SKSJ, Ibu Bapa Dan guru yang sanggup menyumbang wang ringgit, tenaga dan masa bagi memastikan pasukan Robotik SKSJ dapat berjuang sehabis baik pada pertandingan tersebut.

๐Ÿ†Pencapaian:
1. Jaya Alpha : pusingan 16 terbaik
2. Jaya Georgian : Tempat ketiga dalam kumpulan
3. Jaya Beta: Tempat Kelima dalam kumpulan

JAYA, JAYA PASTI BERJAYA. Tahniah dan syabas diucapkan.

Tahniah dan syukur ke hadrat Allah SWT atas pengiktirafan 5 BINTANG dalam Penarafan Surau Imarah Sekolah (PERSIS) 2026! ...
12/08/2026

Tahniah dan syukur ke hadrat Allah SWT atas pengiktirafan 5 BINTANG dalam Penarafan Surau Imarah Sekolah (PERSIS) 2026! โญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan penilai, pihak pentadbir, guru-guru, AKP, murid-murid serta semua warga SK Seberang Jaya yang bersama-sama menyumbang tenaga, masa dan idea dalam memastikan Surau At-Taqwa terus aktif dan diimarahkan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus memakmurkan surau, melahirkan generasi beriman dan berilmu, serta menjadikan Surau At-Taqwa sebagai nadi pembentukan insan yang beradab, berakhlak dan cemerlang. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿ’š

โ€œSurau Diimarahkan, Generasi Beriman dan Berilmu Dilahirkan.โ€ ๐Ÿ•Œโœจ๐ŸŒŸ

12/08/2026

Rangkuman Lawatan Kunjung Bantu Penarafan Surau Imarah Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (PERSIS) Fasa 3 ๐Ÿ•Œโœจ๐Ÿƒ

Guru Sihat, Sekolah Hebat!!!!SK Seberang Jaya hari ini bersama menjayakan Program "Because Teachers Matter" dengan sokon...
08/08/2026

Guru Sihat, Sekolah Hebat!!!!

SK Seberang Jaya hari ini bersama menjayakan Program "Because Teachers Matter" dengan sokongan strategik daripada Sunway Medical Centre Penang.

Pelbagai aktiviti saringan kesihatan dan perkongsian ilmu oleh pihak Sunway Medical Centre berkaitan Anxiety Dan Dietary yang menarik disediakan khas untuk menghargai pengorbanan para guru kita.

Terima kasih Sunway Medical Centre Penang๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Tarikh : 8 OGOS 2026 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Sunway Medical Centre, Seberang Jaya
Penglibatan : Semua guru dan AKP

PERKONGSIAN BAHAN UBK
01/08/2026

PERKONGSIAN BAHAN UBK

Address

Persiaran Siakap
Bukit Mertajam
13700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category