HOME Tahfiz

HOME Tahfiz

Share

KELAS AL QURAN
PENDAFTARAN PELAJAR BARU DIBUKA LELAKI
DAN PEREMPUAN

*"SATU KELUARGA, SATU HAFIZ"*

TOLONG LIKE PAGES NI

Photos from HOME Tahfiz's post 04/10/2025

Penyampaian Hadiah hadiah buat pemenang
Sagu hati buat semua & sijil penyertaan
Alhamdulillah tahniah semua tahun depan buat yang lebih baik, terima Kasih buat pengerusi taman macang manis Ustaz basil Damanhuri

Photos from HOME Tahfiz's post 04/10/2025

Pertandingan Azan Dewasa 12 Tahun ke atas

Johan bagi tahun 2025
1. MUHAMMAD ZAFRY RAFIQ BIN ZAHARI

Naib johan bagi tahun 2025
2. MUHAMMAD ASYRAF DAIMAN BIN MAT NAZRI

3. MUHAMMAD AFIRUL HADIF BIN MOHAMAD ZAHARI
4. MUHAMMAD ZARIFF FEERAS BIN ZAHARI
5. AHDA MURSYID BIN AZUAN NORHAN
6. MUHAMMAD RIFQI KHAN BIN MAZLAN KHAN
7. MUHAMAD ZAFRI BIN KASMULI

Photos from HOME Tahfiz's post 04/10/2025

Pertandingan azan kanak-kanak bawah 12 tahun ke bawah

Johan bagi tahun 2025

1. MUHAMMAD AISY AR RAYYAN BIN MUHAMMAD ANAS

Naib johan bagi tahun 2025

2. MUHAMMAD IRFAN ZAFRIL BIN MUHAMMAD HAFIZD
3. MUHAMMAD DARWISY ANAQI BIN BAHARUDI
4. MUHAMMAD AMMAR DASUKI BIN MAT NAZRI
5. ALI QALISH GAZI BIN ALI YUNOS
6. MUHAMMAD AQILL FAWWAZ BIN ZAHARI
7. ABDUL LATIF AMSYAR BIN ABDUL AIZAT SYAMIM

Photos from HOME Tahfiz's post 04/10/2025

Program tilawah Al-Quran sempena Maulidur rasul 1447 H tahun 2025

HAFAZAN

1. MUHAMMAD ZARIFF FEERAS BIN ZAHARI

TILAWAH PELAJAR LELAKI

1. MUHAMMAD ZAFRY RAFIQ BIN ZAHARI
2. MUHAMMAD ASYRAF DAIMAN BIN MAT NAZRI
3. MUHAMMAD RIFQI KHAN BIN MAZLAN KHAN
4. AHDA MURSYID BIN AZUAN NORHAN
5. MUHAMMAD IRFAN ZAFRIL BIN MUHAMMAD HAFIZD

TILAWAH PELAJAR PEREMPUAN

1. NUR AWATIF SYAZWINA BINTI AZUAN NORHAN
2. ⁠NURUL BALQIS FATHINAH BINTI FAIZUL IDWAN
3. NUR ALISSHA ERYNA BINTI MOHD FADZIL
4. ⁠NUR LYDIA ANEESA BINTI ABDUL AIZAT SYAMIM

04/10/2025
Photos from HOME Tahfiz's post 04/10/2025

program Surau Al Muqarrabin sempena Maulidur rasul 1447 H tahun 2025

02/02/2025
28/03/2024

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.

Pada setiap 17 Ramadan, umat Islam akan mengingati peristiwa Nuzul al-Quran, peristiwa penting yang mana ayat suci al-Quran yang pertama diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Nuzul al-Quran adalah satu rahmat Allah SWT untuk umat manusia dan mukjizat baginda Rasulullah SAW yang kekal relevan dan terpelihara sehingga hari kiamat.

Di dalamnya terkandung sumber ilmu, hidayah dan panduan utama untuk seluruh umat manusia menjalani kehidupan seharian.

Mereka yang mencintai al-Quran akan sentiasa membaca, mengamalkan, menghayati dan menyebarluaskan kandungan untuk manfaat semua.

Justeru mengambil keberkatan Ramadan ini, marilah kita memperbanyakkan aktiviti tadarus dan tadabur al-Quran sebagaimana dituntut.

Janganlah kita lepaskan peluang untuk menuai ganjaran besar yang dijanjikan Allah SWT kepada mereka yang membacanya.

Saya juga mendoakan agar kita semua diberi kesihatan untuk menjalani ibadah puasa dengan baik dan sempurna sehingga berakhir Ramadan, insya-Allah.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1445H/2024M.

12/03/2024

RAMADHAN

*Syarat Wajib Puasa* :-

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)

*Syarat Sah Puasa* :-

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadhan

*Rukun-Rukun Puasa*:-

1. Orang Yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

*Perkara Yang Membatalkan Puasa* :-

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja
2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari

*Perkara Sunat Ketika Puasa* :-

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir, Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

*Makruh Ketika Puasa* :-

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah

*Golongan Yang Wajib Qada' Puasa* :-

1. Orang Sakit Yang Ada Harapan Untuk Sembuh
2. Orang Yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang Yang Kedatangan Haid Dan Nifas
4. Orang Yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang Yang Sengaja Melakukan Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
6. Orang Yang Pitam/Mabuk
7. Orang Yang Sangat Lapar Dan Dahaga

*Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah Puasa*:-

1. Mereka Yang Tidak Dapat Mngqada'kan Puasa Sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua - (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Di Samping Mengqada' Puasa) Bagi Setahun Tertinggal..
Kalau Tidak Di Qada' Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit Yang Tidak Ada Harapan Untuk Sembuh

3. Orang Yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya Untuk Berpuasa

4. Orang Yang Ada Qada' Puasa Tetapi Meninggal Dunia Sebelum Sempat Berbuat Demikian (Fidyahnya : Di Buat Oleh Kerabat Si Mati/Di Ambil Daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/Yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada' Puasa Dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari Yang Di Tinggalkan Sekiranya Dia Meninggalkan Puasa Kerana Bimbangkan Anaknya Tetapi Sekiranya Dia Takut Memudaratkan Pada Dirinya Dia Hanya Wajib Mengqada' Puasanya

*Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan* :-

Orang Yang Bersetubuh Pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua2 Suami Isteri Tersebut Perlu Mengqada' Puasa Berkenaan Dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti :-

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P
(Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin
Walau Bagaimana Pun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat

*Tingkatan Puasa*:-

1. Puasa Umum - Sekadar Menahan Makan, Minum Dan Keinginan Berjimak

2. Puasa Khusus - Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan Dan Kaki Daripada Melakukan Dosa Selain Menahan Diri Daripada Perkara Di Atas

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkumi puasa Di Atas Dan Di Sempurnakan P**a Dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Zahir Dan Batin

*Mereka Yang Di Benarkan Meninggalkan Puasa* :-

1. Orang Yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit Yang Apabila Berpuasa Akan Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Org Yang Terlalu Tua Dan Amat Lemah

4. Orang Yang Tersangat Lapar Dan Dahaga

5. Perempuan Hamil/Menyusukan Anaknya Yang Apabila Berpuasa Boleh Memudaratkan Diri/Anak Yang Di Susui Itu

*LAFAZ NIAT PUASA BULAN RAMADAN (HARIAN) BESERTA BACAAN RUMI*

*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى*
Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
_Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala_

*LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN SEBULAN (SEPENUHNYA)*

*نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى*
Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
_Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala_

*BACAAN DOA BERBUKA PUASA*

*اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين*
Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
_Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang_

# Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Umat Islam Mukminin Dan Mukminat..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Memberi Manfaat Kepada Kita..
Semoga Puasa Pada Tahun Ini Lebih Mudah Daripada Tahun Sebelumnya Dan Membanyakkan Kita Membuat Amal Ja'riah..
In Shaa ALLAH..
😀😀😀

* Berbuka puasa dgn buah kurma + minum air suam.

** JANGAN minum minuman bergas + ais

11/03/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

MARHABAN YA RAMADAN...
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA, SALAM RAMADAN AL MUBARAK 1445H

Semoga Ramadan kali ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan, dan berkah bagi kita semua. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dengan kerelaan-Nya, dan memberikan kita keberkahan yang melimpah di bulan yang mulia ini. Aamiin.

Ucapan ikhlas dari HOME TAHFIZ

06/03/2024

Alhamdulillah Muhammad Rifqi Khan dah naik Al quran setelah membetul sebutan huruf, sebelum puasa, Semoga menjadi orang yang selalu menjaga Al quran! Dapat memberi manfaat kepada orang ramai

Want your school to be the top-listed School/college in Bukit Mertajam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

No 19 Lorong 5 Taman Macang Manis
Bukit Mertajam
14000