Unit SPBT SKPBK Klang

Unit SPBT SKPBK Klang Page Unit SPBT diwujudkan bagi memudahkan warga sekolah untuk melihat perkembangan,aktiviti, pencapaian SPBT SKPBK & perkongsian idea bagi SPBT SKPBK. ��

20/05/2025
18/02/2024
16/02/2024
16/02/2024

Tolong hebahkan.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie". Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri.

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
Ejaan bagi perkataan2 yg digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan.

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi ❌ resipi ✔
2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔
3. istirehat ❌ istirahat ✔
4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔
5. sambilewa ❌ sambalewa ✔
6. dasyat ❌ dahsyat ✔
7. insuran ❌ insurans ✔
8. ambulan ❌ ambulans ✔
9. juwita ❌ juita ✔
10. unggu ❌ ungu ✔
11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔
12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔
13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔
14. redha ❌ reda ✔
15. kerinting ❌ keriting ✔
16. bergu ❌ beregu ✔
17. kontingen ❌ kontinjen ✔
18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔
19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔
20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔
21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔
22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔
23. majerin❌ marjerin ✔
24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔
25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔
26. margasatwa ❌ mergastua ✔
27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔
28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔
29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔
30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔
31. mee ❌ mi ✔
32. kuey teow ❌ kuetiau ✔
33. respon ❌ respons ✔
34. sunnah ❌ sunah ✔
35. ramadhan ❌ ramadan ✔
36. leukimia ❌ leukemia ✔
37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij ❌ kartrij ✔
39. cop nama ❌ cap nama ✔
40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔
41. alergik ❌ alergi ✔
42. ansurans ❌ ansuran ✔
43. urusetia❌ urus setia ✔
44. keretapi ❌ kereta api ✔
45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔
46. naskah ❌ naskhah ✔
47. atlit ❌ atlet ✔
48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔
49. urusetia ❌ urus setia ✔
50. fax ❌ faks/faksimile ✔
51. was-was ❌ waswas ✔
52. stokin ❌ stoking ✔
53. karenah❌ kerenah ✔
54. kemaskini ❌ kemas kini ✔
55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔
56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔
57. temu janji ❌ janji temu ✔
57. menghadkan ❌ mengehadkan ✔
58. hajjah ❌ hajah ✔
59. agen ❌ ejen ✔
60. murtabak❌martabak ✔
Ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4.

Taklimat pemulangan buku teks  SPBT sesi 2023/2024
15/01/2024

Taklimat pemulangan buku teks SPBT sesi 2023/2024

Jom Semua
28/11/2023

Jom Semua

Esok sekolah ya
03/09/2023

Esok sekolah ya

26/08/2023

Peraduan Teka Silang Kata edisi Merdeka ini terbuka buat murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Berikut merupakan langkah demi langkah yang perlu di turuti bagi menyertai Online Trivia Quiz ini :
1. Ikuti
2. Muat turun helaian silang kata yang boleh didapati di laman web https://www.bsn.com.my/page/CrosswordPuzzleContest
3. Jawab soalan teka silang kata berdasarkan soalan yang diberikan 4. Muat naik gambar jawapan yang telah lengkap di media sosial sendiri atau ibu bapa adik-adik 5. Tag 2 orang rakan adik-adik beserta
6. Jangan lupa hashtag (Penting tau!)
7. Akhir sekali, selepas muatnaik gambar jawapan tersebut, jangan lupa untuk email kami butiran adik-adik di alamat [email protected]

Butiran tersebut adalah :
i. Nama penuh
ii. No kad pengenalan :
iii. No telefon bimbit :
iv. Nama media sosial :
v. Negeri :
vi. Nama sekolah :
vii. Pautan hantaran (posting media sosial) :

26/08/2023

Anda minat mengedit gambar?

Serlahkan kreativiti dan bakat anda dengan menyertai pertandingan Poster Digital Literasi Maklumat Sempena Sambutan Minggu Literasi Media dan Maklumat Global UNESCO

Hantar poster yang dihasilkan ke e-mel
📧 [email protected] dan daftarkan penyertaan anda di pautan https://forms.gle/ivZYbbcmz9zNp9xc7

Hadiah menarik menanti pemenang yang bertuah!

Terbuka untuk semua warganegara Malaysia

Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat penyertaan dan pertandingan sila imbas kod QR yang terdapat pada poster hebahan atau klik pautan ini
👇👇👇👇👇👇👇👇
https://me-qr.com/U3jgkiJE

Selamat mencuba! Mana tahu rezeki anda.

Kementerian Perpaduan Negara Jabatan Penerangan Malaysia






Selamat bercuti buat anak-anak didik semua. Jaga diri, jaga kesihatan. Jangan lupa bantu ibu bapa di rumah dan ulang kaj...
26/08/2023

Selamat bercuti buat anak-anak didik semua. Jaga diri, jaga kesihatan. Jangan lupa bantu ibu bapa di rumah dan ulang kaji pelajaran

Jom
19/07/2023

Jom

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor akan menganjurkan Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor/Selangor Children’s Book Fair (SCBF) 2023 yang akan berlangsung pada 27 – 30 Julai 2023 bertempat di Kompleks PKNS Shah Alam.

Apa lagi, simpan tarikh ini ya!

Address

SK Perempuan Bukit Kuda
Bukit Kuda
41300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit SPBT SKPBK Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Unit SPBT SKPBK Klang:

Shortcuts

Share

Category