Kumpulan 10 Assignment Penghayatan Etika Dan Peradaban

Kumpulan 10 Assignment Penghayatan Etika Dan Peradaban Laman rasmi Kump**an 10 bagi Tugasan kursus MPU1022(L) Penghayatan Etika dan Peradaban. Sertai kami untuk info yang bermanfaat!

Kami fokus kepada penelitian dan perbincangan mendalam tentang 'Ethics in Business Online'.

24/11/2025
Kesimp**an dan Cadangan Langkah – Langkah Mengatasi Isu Etika dalam Perniagaan  atas TalianAssalamualaikum dan hai semua...
22/11/2025

Kesimp**an dan Cadangan Langkah – Langkah Mengatasi Isu Etika dalam Perniagaan atas Talian

Assalamualaikum dan hai semua! 👋🌼 Fuhh, dah sampai ke penamat part isu-isu etika online business kita. Kita dah cover banyak point penting dari Posting 1 sampai Posting 4, kan? Secara overall, perniagaan atas talian ni memang BEST 😍 sebab buat hidup kita super easy kerana semuanya di hujung jari 📱✨. Tapi, bila teknologi makin laju, cabaran etika pun makin menjadi-jadi 😬⚠️. Kita dah discuss tiga isu besar yang selalu buat online shopping kita jadi stress. Pertama, penipuan (scamming) 😤❌ yang ini memang killer. Bila jual janji manis, tapi barang tak sampai dan seller lesap begitu sahaja😭. Ingat tak kes penipuan baju kurung yang melanggar Kanun Keseksaan tu? Kita beli atas dasar percaya, tapi kena tipu hidup-hidup 😩💸.
Lepas tu, isu guna data ses**a hati📞💥. Nombor telefon kita tiba-tiba dijual! Seriously? Penjual tak bertanggungjawab collect data kita konon untuk delivery, tapi end up data kita bocor dan kita asyik dapat spam pinjaman 🤦‍♀️📲. Ini terang-terangan melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Dan yang paling menakutkan, jual produk bahaya🧴🚫⚠️. Nak cantik cepat, nak kurus instant, tapi seller jual produk haram yang ada racun, tanpa kelulusan KKM. Ingat kes kosmetik Datuk Seri Vida yang kena denda tu? Etika kejujuran dan menjaga kesihatan pelanggan memang ZERO 😱.
So, kesimp**annya, dunia online kita ni memang fun dan convenient 🎉, TAPI ia perlukan etika yang solid. It’s a two-way street yang mana seller kena jujur, dan kita sebagai customer kena smart! 🛍️🛡️ Kalau semua orang ikut rule dan beretika, barulah e-commerce Malaysia ni boleh jadi TERBAIK dan SELAMAT 💙✨

Setelah membincangkan isu-isu yang terjadi dalam e-commerce, kami memikirkan apa yang boleh dilakukan dengan segala isu yang membimbangkan ini🤔. Maka timbullah 💡beberapa cadangan yang ingin kami kongsikan bersama. Terdapat 3 peranan utama bagi langkah – langkah untuk atasi kesemua isu yang berlaku dalam etika e-commerce. Antaranya ialah peranan sebagai seorang pembeli. Sebelum korang membeli apa–apa produk kesihatan seperti ubat kurus 💊, skincare 🧴, supplement 💚 atau apa–apa yang berkaitan dengan kesihatan lah, pastikan korang ingat ye untuk semak dulu sama ada produk yang korang beli tu ada nombor pendaftaran atau kelulusan KKM ✔.

Walaupun dalam live sekalipun penjual tu selalu sebut yang produk diorang ni “ada kelulusan” 🎤, korang still kena check sendiri dekat laman web rasmi iaitu National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) 🌐.
Sebab apa tau? Kita masih kena check sendiri sebab kadang–kadang seller ni dia cakap je ada kelulusan KKM lah, selamat lah… walhal sebenarnya takde pun semua yang dikatakan tu 🙄.
Jadi, korang kena elakkan tau daripada beli produk–produk yang tiada kelulusan ni ❌ sebab produk macam ni sering mengandungi bahan terlarang ⚠ yang boleh membahayakan kesihatan diri 🫤. Dan pastikan korang tak terpedaya ye dengan kata–kata manis seller macam “kurus dalam 7 hari” tu 😒.Disebabkan korang mudah terpedaya lah seller–seller ni berani jual produk–produk macam ni 😤. Haihh… pada akhirnya siapa yang kena? Kita jugaaa yang kena kan 😩. Penjual dapat duit 💸. Kita? Duit terbang… sakit pun dapat🤕.

Selain tu, cuba teka peranan siapa yang paling penting dalam online business ni? 😏 Sudah tentulah peniaga sendiri! Kalau seller jujur dan serius, customer pun akan rasa selamat dan percaya. Jadi, apa yang penjual boleh buat adalah wujudkan full transparency👀. Jangan jual produk secara tidak jelas atau sembunyi maklumat penting. Segala info mesti 100% tepat. Contohnya, kalau jual baju kurung, tunjuk gambar sebenar, jangan ambil gambar dari website lain🙅. Kejujuran penting, sebab itulah faktor yang buat customer rasa percaya dan datang balik beli lagi🔁. Ingat, kepercayaan customer ni ibarat emas💎, sekali hilang susah nak kembali.

Apa lagi yang peniaga boleh buat? Peniaga kena pastikan ada polisi p**angan dan refund yang jelas 💌. Ramai customer rasa tertipu bila barang sampai rosak atau tak sesuai, tapi seller buat senyap jeee bila diminta refund. So peniaga wajib ada Return Policy dan Money-Back Guarantee yang mudah difahami dan ikut customer. Serlahkan sinar yang bahawasanya anda adalah peniaga yang berani bertanggungjawab atas produk sendiri 💪🏻. Kalau barang tak sampai, jangan tunggu customer follow up, tapi cuba bantu dengan kurier 📦💬.

Kalau nak atasi isu-isu etika dalam perniagaan atas talian yang kini makin menjadi- jadi, kerajaan sebenarnya boleh buat banyak langkah yang kuat dan berkesan ⚖️💪. Contohnya, perketat penguatkuasaan undang-undang dan beri hukuman lebih berat ❌ supaya scammer dan penjual haram rasa serik 😤. Bila tahu risiko tinggi, confirm ramai yang fikir dua kali sebelum nak tipu customer atau jual produk haram.

Kerajaan juga boleh wujudkan sistem pemantauan online 🕵️‍♀️💻 yang pantas untuk detect scam, jualan produk bahaya, atau penyalahgunaan data. Contohnya, semak review seller, pastikan semua produk kesihatan ada kelulusan KKM, dan cepat ambil tindakan bila ada yang melanggar peraturan ⚠️. Dengan sistem ni, masalah dapat dikawal sebelum jadi besar.

Tak cukup dengan tu, ajar masyarakat🗣️📢 pun penting. Buat kempen yang ajar pembeli macam mana nak beli barang dengan selamat, nak check kelulusan produk, jaga data peribadi, dan tak mudah percaya promosi pelik 📲🔒. Bila semua orang alert dan tahu cara beli selamat, maka bolehlah nak kurangkan risiko .

Haaa… sampai sini je perkongsian kita untuk kesimp**an dan cadangan mengenai isu etika online business ni 💻🛍️. Harap korang dapat info berguna dan lebih alertlah selepas ni😎👍. Terima kasih sebab baca sampai habis! 🙏💛 Share jugak tau dengan kawan-kawan supaya lebih ramai selamat bila shopping online 😁.
Sekian terima kasih daripada kami Kump**an 10.

Disediakan oleh,
Hani Safiyyah Binti Abdul Aziz (314500)
Nuraina Zulaika Binti Zainudin (314096)

Tajuk: Isu Penjualan Produk yang Membahayakan Kesihatan Atas Talian Assalamualaikum, selamat sejahtera dan hai semua! 👋🏻...
22/11/2025

Tajuk: Isu Penjualan Produk yang Membahayakan Kesihatan Atas Talian

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan hai semua! 👋🏻👋🏻

Hari ini kami ada satu isu yang menarik untuk dikongsi😄 berkenaan penjualan produk yang membahayakan kesihatan atas talian🌐

"Nak kurus dalam 7 hari? 😱 Nak kulit licin dan cerah macam artis Korea? 🤩 Makan je Ubat X ini! Dalam seminggu je boleh nampak hasil yang luar biasa!"

Pernah tak korang nampak iklan-iklan macam ini kat mana-mana platform e-dagang? 😔 Kadang-kadang nampak meyakinkan siap ada testimoni "sebelum & selepas" lagi! Tapi korang...jangan mudah percaya dengan iklan macam ini 😔. Sekarang ramai orang jual produk yang bahaya untuk kesihatan semata-mata nak cepat jadi hartawan 💵 tanpa fikir kesan pada orang lain 😭.

Produk macam ini termasuklah ubat kurus badan, krim pemutih beracun dan kosmetik palsu 🫣.

Biasanya produk ini tak ada kelulusan KKM, tapi diiklankan seperti "diluluskan oleh KKM dan selamat digunakan". Padahal perkara itu palsu😤.

Negara kita dah ada akta-akta untuk lindungi kita daripada peniaga yang tidak bertanggungjawab macam ini 👇🏻

👨🏻‍⚖Akta Dadah Berbahaya 1952 (Seksyen 39B) - jika jual produk tidak berdaftar, boleh kena penjara seumur hidup atau sebatan! 😱

👨🏻‍⚖Akta Komunikasi & Multimedia 1998 - jika menyebarkan maklumat palsu tentang produk dalam perkhidmatan talian, boleh kena denda RM 50,000 atau penjara 1 tahun! 🚓

Nampak tak betapa seriusnya isu ini? Jangan ambil mudah korang ‼

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pernah ingatkan pengguna kosmetik supaya berhati-hati semasa beli atas talian 🛍

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata setiap produk yang sah ada pelekat hologram pada bungkusan. Ini boleh imbas guna mesin khas untuk sahkan ketulenan. Jika tiada hologram, maknanya produk itu tidak diluluskan oleh KKM 😔.

Baru-baru ini viral gambar seorang wanita 👩🏻 muka dia terbakar lepas guna kosmetik yang beli atas talian! Akibat kejadian itu, KKM haramkan 10 produk kosmetik yang dikesan ada bahan racun 😬. Semua produk itu diperintahkan tarik balik dalam masa 72 jam dan disiasat bawah Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984. KKM juga pesan pastikan produk yang dibeli adalah betul-betul selamat & diluluskan! ✅

Memang ada kes yang dah masuk mahkamah tau!👨🏻‍⚖ Pada 21 September 2020 yang lalu, syarikat kosmetik milik usahawan Safiey Ilias kena denda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. 💸 Hanya sebab produk kesihatan yang mereka jual tak daftar dengan KKM! 😱

Kes yang seterusnya p**ak daripada Datuk Seri Vida👸🏻💄. Memang ramai yang kenal beliau kan? Pada 27 Mei 2017, produk keluaran beliau yang pernah laris di pasaran telah diharamkan oleh KKM sebab ada racun berjadual dalam produk tu! ☠ Takutnya kalau dah pernah guna... Oh, mukaku! 😭

Tindakan jual produk berbahaya ini memang tidak beretika langsung! 😡

Sebagai seorang peniaga, kita harus jujur & bertanggunggjawab. Bukan ambil kesempatan atas kesihatan orang lain 😔. Jangan sebab nak duit cepat, sanggup rosakkan hidup orang. Nyawa itu tidak boleh diganti! ❤

Oleh itu, korang yang beli barang kesihatan atau kosmetik atas talian, semak dahulu nombor KKM! 🔍

Jika tiada, jangan beli ❗. Jangan mudah percaya dengan testimoni atau iklan palsu 😊.

Kita kena bijak. Pengguna jangan tertipu, peniaga jangan tamak.

Untung boleh cari, tapi kesihatan tidak boleh diganti! ❤

Sekian dari kami, semoga berjumpa lagi di posting yang akan datang. 👋

Daripada Kump**an 10. ✨️

Disediakan oleh,

Arissa Faiha Binti Mohamad Fauzi
Kirthikaa a/p Sugumaran

Tajuk: Isu Etika Dalam Perniagaan Atas Talian 💻          :Penyahlahgunaan data peribadi pelangganAssalammualaikum & hi s...
22/11/2025

Tajuk: Isu Etika Dalam Perniagaan Atas Talian 💻
:Penyahlahgunaan data peribadi pelanggan

Assalammualaikum & hi semua 👋🫣
Zaman sekarang ni, semua benda kita boleh beli online kannn ?🛍️📱Dari baju sampai lah kepada barangan asas pun kita boleh order sambil baring 😆. Tapi sometimes... lagi-lagi sekarang, zaman yang serba canggih ni, ada juga peniaga yang ambil kesempatan kan 😤 Jadi, kita ada topik yang best untuk dikongsi berkenaan `Etika dalam perniagaan atas talian’👜🖥️

Dan isu hangat kita pada kali ini ialah....
Penyahlahgunaan data peribadi pelanggan 🔐📱
Haa...dengar pun dah macam serius kan? 😳
Zaman online shopping sekarang, ramai peniaga mengumpul maklumat pelanggan seperti nama, nombor telefon, alamat, dan email. Tujuannya konon untuk urusan penghataran dan pembelian. Tapi...ada juga pihak yang tak bertanggungjawab menggunakan maklumat peribadi pelanggan untuk benda lain 😱

Berdasarkan artikel oleh Malay Mail bertajuk ”Major data breaches in Malaysia in the past 24 months”, dilaporkan bahawa pada 28 November 2022 sebuah forum hack melaporkan bahawa terdapat pangkalan data mengadungi kira kira 487 juta nombor Whatsapp dijual kepada pihak luar‼️dan apa yang lebih mengejutkan ialah sebanyak 11.6 juta nombor daripada jumlah tersebut dipercayai adalah milik rakyat Malaysia sendiri⁉️

Boleh bayang tak, nombor kita tiba-tiba dijual dan digunakan tanpa kebenaran?
Seram kan......😖
Tetapi korang mesti tertanyakan bagaimana penyalahgunaan ini boleh berlaku ?🤔

Penyalahahgunaan data peribadi pelanggan boleh berlaku melalui beberapa cara. Antaranya apabila peniaga mengumpul maklumat yang tidak relevan atau tidak berkaitan dengan urusan jual beli. Contohnya peniaga meminta terlalu banyak maklumat tanpa menjelaskan tujuan sebenar 🤔⁉️ Selain itu, sistem keselamatan yang lemah turut menjadi punca berlakunya kecurian dan godaman data. Sekiranya peniaga tidak menyediakan perlindungan sistem yang kukuh, maklumat pelanggan lebih mudah dicereboh. Akibatnya pelanggan mula menerima mesej tidak diigini seperti spam, tawaran pinjaman, pelaburan meragukan, hadiah palsu dan sebagainya.

Situasi seperi ini bukan sahaja menganggu privasi pelanggan🔐malah menimbulkan risiko keselamatan kepada mereka dan keluarg. Ini membuktikan bahawa penyahlahgunaan data peribadi bukan isu kecil, sebaliknya satu ancaman serius dalam dunia perniagaan atas talian ❗️

Mengikut undang-undang yang berkaitan, iaitu, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 719), Ia mengatakan:
✅Pelanggan mestilah diberitahu tujuan data mereka dikumpul:
Menurut Prinsip Notis & Pilihan dalam seksyen 7 Akta PDPA 2010, Bermaksud peniaga wajib memaklumkan kepada pelanggan tujuan sebenar data peribadi dikumpulkan sebelum atau semasa data itu diambil. Hal ini kerana pelanggan berhak tahu bagaimana maklumat mereka akan digunakan
✅ Data hanya boleh digunakan untuk tujuan yang dimaklumkan Sahaja:
Bermaksud data peribadi pelanggan hanya boleh digunakan untuk tujuan yang telah dimaklumkan semasa pengump**an, dan ia tidak boleh digunakan untuk tujuan lain tanpa kebenaran.
✅Peniaga perlulah melindungi data pelanggan daripada akses yang tidak sah:
Menurut prinsip keselamatan (Security Principle) dalam seksyen 9 Akta PDPA 2010, Menyatakan bahawa mana-mana peniaga atau organisasi yang menyimpan data peribadi pelanggan mesti mengambil Langkah-langkah munasabah untuk mengelakkan data pelanggan daripada dicuri, diakses tanpa kebenaran, diubah dan digunakan oleh individu yang tidak berhak
✅Data tidak boleh dijual kepada pihak lain tanpa persetujuan:
Menurut prinsip keselamatan (Disclosure Principle) dalam seksyen 8 Akta PDPA 2010, Menyatakan bahawa data peribadi pelanggan tidak boleh diberikan, dijual atau dikongsi
kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran jelas daripada pelanggan tersebut.

Korang nak tau tak apa tindakan yang akan dikenakan kalau korang langgar jugak undang-undang ni, haaa ini yang korang akan dapat:
⚠️ Denda sehingga RM 300,000
⚠️ Penjara sehingga 2 tahun
Atau kedua-duanya sekali

Menurut Laporan tahunan whocall 2024, Malaysia kini berada pada tahap membimbangkan apabila mencatat kadar kebocoran data peribadi tertinggi di Asia. 📈 Panggilan penipuan meningkat 82.81% tahun lalu💸 Kerugian juga naik dari RM1.22 bilion (2023) kepada RM1.57 bilion (2024). Kini penipu semakin licik menggunakan teknologi AI seperti video deepfake untuk menyamar sebagai selebriti & ahli politik.

Tambahan p**a berdasarkan artikel “Recurring Data Breaches in Malaysia, Plain ignorance or Just weak enforcement?” Dimana menyatakan Malaysia terus berdepan kes kebocoran data sejak 2020 hingga kini melibatkan pelbagai sektor ⚠️ Artikel ini menegaskan isu ini berulang kerana Penguatkuasaan undang-undang yang lemah, Kurang kesedaran tentang keselamatan data dan Organisasi tidak serius melindungi maklumat pengguna. Hal ini akan mengakibatkan maklumat sensitif seperti nombor telefon & butiran peribadi mudah diceroboh 🔓

perniagaan atas talian sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Namun, dalam era teknologi yang semakin maju, etika perniagaan perlu diberi perhatian serius, terutamanya dalam isu penyalahgunaan data peribadi...

Peniaga perlu tahu, menjaga maklumat pelanggan bukan sekadar tanggungjawab moral, tetapi juga kewajiban dari sudut undang-undang

Sama-sama kita wujudkan persekitaran perniagaan online yang lebih selamat,beretika dan dipercayai
Stay safe & beli-belah dengan bijak yaaaa! 😉🛒

Sekian dari kami,
Kump**an 10, mengangkat etika perniagaan negara✊🏻

Disediakan oleh,
Nur Annisa Binti Zailani (314920)
Dhiya Damia Qaisara binti Mohd Nurulfaiz (314551)

Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas TalianAssalamualaikum rakan-rakan sekalian,👋💞Harini ada topik yang saya mahu k...
22/11/2025

Tajuk: Isu Penipuan Dalam Perniagaan Atas Talian
Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,👋💞
Harini ada topik yang saya mahu kongsi dengan anda tentang isu yang kian hangat di negara kita iaitu berkenaan etika dalam perniagaan atas talian😱.
Haaa, mesti korang pun pernah kena kan? 😭 Kadang tu bukan sebab kita tak bijak, tapi sebab si penipu ni memang licik betul ! Iklan cun meletup 💅, janji manis macam gula, tapi hujung-hujung barang tak sampai, akaun terus lesap! 😭

Ni memang bukan isu baru sebenarnya, cuma masih ramai yang kena sebab kurang kesedaran pasal pentingnya berniaga dengan cara yang jujur dan telus. Bila peniaga tak jaga etika, pelanggan susah nak percaya dan akhirnya ramai rasa tertipu. Padahal etika perniagaan ni penting sebab ia tunjuk nilai macam tanggungjawab, kejujuran, dan keadilan antara penjual dan pembeli.🤝

Senang cerita, etika perniagaan ni macam guideline atau prinsip moral untuk peniaga guna bila buat urus niaga. Ia berkait dengan sifat jujur, amanah, bertanggungjawab, dan adil dalam setiap transaksi ⚖️. Lagi-lagi zaman sekarang, semuanya berlaku online, tak jumpa muka, tak dengar suara, cuma tengok melalui skrin. Sebab tu etika ni lagi penting, sebab pelanggan letak kepercayaan 100% pada apa yang peniaga tunjuk dan janji.

Bila etika ni diabaikan, timbullah isu seperti penipuan dalam talian 💻❌, maklumat produk yang palsu, data pengguna disalah guna, harga tidak telus 💰🤨, dan pelbagai lagi bentuk ketidakjujuran yang akhirnya merugikan pengguna serta menjatuhkan reputasi perniagaan online 📉.

Etika bisnes bukan setakat “jangan menipu” je, tapi macam mana seller layan pelanggan, info pasal barang tu tepat ke tak, lepas jual pun ada ambil tahu ke tak. Bila semua ni okay, baru la bisnes tu steady naik, customer pun rasa yakin nak beli. 🛒

Untuk jaga pengguna dan kawal apa yang jadi dalam dunia online, kerajaan Malaysia ada letak beberapa undang-undang penting. Contohnya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Akta ni basically kontrol apa yang orang post online, termasuk iklan tipu atau scam dekat media sosial.

Dalam Seksyen 263(2) AKM, pihak berkuasa boleh turunkan apa-apa content atau website yang menipu orang. Senang cerita, kalau ada seller jenis tunjuk gambar lawa tapi barang sampai macam hampeh, haa boleh kena tindakan ⚠️. So seller pun jangan buat benda pelik-pelik, bukan semua boleh s**a hati buat kat internet ni—ada undang-undang yang pantau 😎.

Lepas tu, Kanun Keseksaan (Akta 574) 📙 pun main peranan sebab penipuan online ni memang dikira jenayah. Kalau kantoi, boleh kena denda atau masuk jail.

Berdasarkan Utusan Malaysia, di Kuala Pilah terdapat seorang penjual baju kurung online dikenakan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret Kuala Pilah kerana menipu pelanggan dalam urusan jual beli baju kurung yang bernilai RM320. Mahalnya baju kurung sekarang😓.

Mohd. Sopri Togil, lelaki berumur 47 tahun tu mengaku salah, selepas menipu seorang wanita untuk buat bayaran ke akaun tertuduh, tetapi barang tersebut tidak sampai kepada mangsa. Kejadian ni jadi pada 27 Mac 2023 di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Tergamak lelaki tu buat macam ni 😞.

Dia didakwa di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan penjara sampai 5 tahun atau denda atau dua-dua sekali.
Dalam mahkamah, tertuduh merayu ingin kurangkan hukuman kerana katanya akaun dia dah dibekukan oleh KPDN dua minggu sebelum Raya, sehinggakan tidak sempat nak siapkan tempahan pelanggan. Tapi majistret menjawab — kalau tak ada buat hal, takkan akaun kena beku kan? 😅

Akhirnya, mahkamah tetap mengenakan denda RM2,000 sebagai pengajaran supaya peniaga lain jangan ❌sewenang-wenangnya tipu pelanggan.
Moral of the story — kalau nak meniaga online, buat kerja betul-betul, jangan sampai makan saman! 🚫💸
Takut tak korang😩. Mestilah takutkan jadinya korang kena hati-hati apabila membeli barangan di atas talian dan cepat-cepat report dekat polis kalau perkara-perkara ini terjadi 😎.

Seterusnya, pada tahun 2023 ada satu kes yang pernah jadi iaitu kes penipuan beli kereta secara online, di mana seorang lelaki menyamar sebagai “penjual kereta” dan iklankan kereta yang murah gila sampai ramai orang terpedaya😧. Mangsa diminta bayar deposit antara RM5,000 hingga RM15,000 kononnya kereta tu “baru masuk”, “ramai tengah booking” dan “siapa cepat dia dapat”. Pandai taktik diorang eh😲.

Lepas mangsa bayar, dia mula bagi alasan yang kereta belum keluar dari yard lah, dokumen belum siap lah, bank lambat proses lah. Tak lama lepas tu, terus hilang macam tu je. Jumlah kerugian mangsa lebih RM30,000 💸💸💸. Duit melayang macam tuu je 😔. Kes ni akhirnya dibawa ke mahkamah di bawah Seksyen 420, iaitu kes menipu.

Apa yang kita boleh belajar?📖 Jangan cepat percaya kalau harga kereta tu murah sangat daripada pasaran. Sentiasa minta resit rasmi, perjanjian bertulis, dan bukti kereta tu memang wujud.📄

Zaman sekarang memang banyak scammer licik. Jadi sebelum beli kereta online, pastikan semuanya jelas✅ dan sah✅. Lebih baik berhati-hati daripada menyesal kemudian dan hilang duit beribu-ribu ringgit.
Senang cerita, scammer sekarang makin kreatif dan licik. Jadi kita pun kena makin bijak dan berhati-hati. Jangan bagi peluang mereka ambil kesempatan. Kongsi info ni supaya orang lain pun lebih peka dan tak jadi mangsa seterusnya. 🙏🚗💸

Sekian dari kami,

Kump**an 10 😍

Disediakan oleh,
Nik Nurul Izzah Binti Saiful Azmi (314177)
Naurah Najihah Binti Mohd Shaiful Zaidi (314171)

Assalamualaikum & hi semua.👋🏻 Sihat tak tu ? Harap semua baik-baik saja bersama keluarga yang tersayang.🫂💕Di hari yang m...
22/11/2025

Assalamualaikum & hi semua.👋🏻 Sihat tak tu ? Harap semua baik-baik saja bersama keluarga yang tersayang.🫂💕

Di hari yang mulia ini mari kita tambah ilmu baru nak tak ?☀️ Kita akan membincangkan topik yang berkaitan dengan isu etika dalam perniagaan atas talian.📞🛍️ Sebelum kita mula, korang pernah dengar tak apa itu etika ?🤔 Dengar waktu sekolah ke atau orang berbual mengenai topik ni atau di mana-mana je ? Okay kalau tak pernah meh kita belajar sama-sama.🤗🤗

Etika melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno merupakan salah satu cabang utama falsafah. Ia merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika lebih luas daripada menganalisis apa yang betul dan salah.✅❌ Dalam erti kata kamus yang lebih mendalam lagi, etika merangkumi seluruh sistem pemikiran🧠 yang membimbing sesorang individu untuk membezakan perbuatan yang wajar atau tidak wajar serta bermoral atau tidak bermoral berdasarkan budaya. Selain itu, korang tahu tak etika ni juga membawa maksud peraturan nilai yang menjadi ukuran dalam menentukan sejauh mana tingkah laku seseorang itu dengan tanggungjawab moral, kejujuran dan integriti.

Ha seterusnya korang tahu ke perniagaan atas talian tu apa ?👀 Perniagaan atas talian ialah suatu bentuk urus niaga moden yang melibatkan proses menjual dan membeli barangan. Dengan adanya kemudahan internet 🛜 sebagai medium utama komunikasi dan transaksi, di mana semua proses bermula daripada penyebaran maklumat, interaksi antara penjual dan pembeli 👥, pembayaran digital sehinggalah kepada proses penghantaran barang. Ianya dibuat melalui platform digital seperti media sosial dan aplikasi mudah alih. Dalam generasi sekarang iaitu gen-z, perniagaan atas talian dah jadi medium utama dan penting dalam urus niaga global. Generasi sekarang lagi s**a beli menerusi online sebab adanya kemajuan teknologi yang boleh dibuat dengan lebih mudah dan cepat.👩🏻‍💻👨🏻‍💻 Pelanggan boleh meneliti maklumat terperinci tentang barangan yang dijual, membuat pertanyaan kepada penjual, melihat feedback yang diberi oleh pelanggan lain supaya kita lebih yakin untuk membelinya 💸 dan akhir sekali membuat pembelian tanpa perlu kita hadir ke kedai tersebut secara fizikal.🛒🏙️ Kalau korang tahu pelbagai produk kita boleh jual secara atas lain. Antaranya, peralatan rumah🪑🚪, pakaian🎽, makanan🧁🍭 atau banyak lagi. Sekarang semua benda boleh dapatkan di hujung jari💅🏻, cuma nak atau taknak sahaja. Secara ringkasnya, perniagaan atas talian ni menghubungkan antara peniaga dan pembeli dalam ruang maya. Secara tidak langsung menjadikan transaksi lebih fleksibel dan cepat.

Contoh lain yang boleh kita lihat ialah seorang peniaga kecil yang menjual baju dan tudung boleh membuka kedai maya melalui platform Tiktok, Shopee, Instagram dan Facebook. Beliau memuat naik gambar produk mengikut kreativiti sendiri🤳🏻, menerima tempahan dan pesanan🧑🏼‍💻, mengurus pembayaran secara perbankan atas talian dan menghantar barang kepada pelanggan menerusi kurier yang disediakan seperti J&T Express, Shopee Express atau Poslaju.🚚🚛

Menurut laman web 1Media, perniagaan secara dalam talian mula tumbuh dengan pesat📈 sejak dari PKP 1.0 tau. Pada awalnya, terdapat banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat pandemik COVID-19😷, lebih-lebih lagi bila negara kita disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020.😞Tapi, dalam keadaan yang sempit, kita dapat lihat banyak PKS yang mulakan perniagaan secara dalam talian dan berjaya pertahankan perniagaan mereka walaupun berdepan dengan PKP. Malahan, menurut laporan berita, aktiviti perniagaan dalam talian meningkat📈 28.9 peratus dalam tempoh sebulan selepas PKP dikuatkuasakan.

Sejak dari itu, ramai peniaga dan juga pengguna yang mula sedar akan kelebihan dan manfaat📊 perniagaan secara dalam talian. Bagi mereka, ia bukan sahaja memudahkan peniaga dan pembeli, malah ia juga dapat menjimatkan masa⌛ dan duit.💸 Hal ini kerana, barangan yang dipromosikan dalam talian jauh lebih murah📉 berbanding harga💰 yang ditawarkan di kedai meskipun kualiti yang diberikan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.

Tambahan p**a, menurut laman web Dagangnews, Perniagaan secara dalam talian boleh melonjakkan ekonomi digital di Malaysia. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), laporan menunjukkan pendapatan daripada transaksi e-dagang melonjak daripada RM675.4 bilion pada 2019 kepada RM1,037.2 bilion pada 2021 peningkatan lebih 53.6% dalam tempoh dua tahun.‼️ Faktor utama pertumbuhan ini ialah peningkatan penggunaan telefon pintar📱serta capaian internet berkelajuan tinggi🛜 di seluruh negara. Sebagai contoh, inisiatif yang digunakan MyDigital dan pelan e-Dagang Negara (NEDP). Dengan ini, perniagaan kecil dan sederhana yang berada di luar bandar kini mampu menjual produk mereka ke seluruh negara malah ke pasaran antarabangsa🌐 hanya dengan menggunakan platform digital dan strategi pemasaran kreatif.

Untuk posting yang bakal menyusul selepas ini, kami akan mengupas tentang isu-isu yang sering berlaku dalam perniagaan atas talian. Antaranya, isu penipuan pembelian dalam talian yang dialami oleh pembeli dan juga peniaga. Seterusnya, kami juga akan membicarakan tentang isu penyalahgunaan data peribadi pelanggan. Dan akhir sekali, kami juga akan membincangkan isu penjualan produk yang membahayakan kesihatan atas talian.

Sekian itu sahaja dari kami🫶🏻 Tunggu posting kami yang seterusnya tauu !! Jangan liat nak membaca.😾😾Sekejap kami ada pantun untuk awak semua hehe.😜

Daun selasih permainan budak👶🏻,
Bunga melur berbau wangi,
Bertaut kasih bercerai tidak, Panjang umur berjumpa lagi.🤝🏻

Daripada Kump**an 10.

Disediakan oleh,

Tengku Iffah Aqilah Binti Tengku Azlan
Nurin Afriena Binti Roslan

💫 Meet Our Team!🤩Nak tahu siapa dalam Kump**an 10?▶️Jom tengok senarai ahli kami ✨🫶
20/11/2025

💫 Meet Our Team!🤩
Nak tahu siapa dalam Kump**an 10?
▶️Jom tengok senarai ahli kami ✨🫶

Address

Sintok
Bukit Kayu Hitam
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan 10 Assignment Penghayatan Etika Dan Peradaban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category