23/11/2024
๐ POSTING 2
๐ค ๐๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐๐ค๐ฎ ๐๐ข๐๐๐ค ๐๐๐ซ๐ฆ๐จ๐ซ๐๐ฅ - ๐๐ฎ๐ฅ๐ข ๐๐ข๐๐๐ซ, ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ค๐ฌ๐ฎ๐๐ฅ & ๐๐ข๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข : ๐๐ข๐ญ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐, ๐๐จ๐ฆ ๐
๐ข๐ค๐ข๐ซ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ข๐ค๐ข๐ญ! ๐ค
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Biru Warna Semua !๐คโจ๐
Hai geng, hari ni kitorang nak borak sikit pasal isu yang makin menjadi kat universiti kita. ๐ Buli siber, gangguan seksual, dan diskriminasi ni bukan benda baru, tapi makin teruk dengan teknologi. Kalau tak kawal sekarang, nanti makin parah! Jom kita fahami definisi, jenis, contoh kes, akta yang terlibat, punca, kesan dan langkah-langkah yang kita boleh ambil. ๐ก
1๏ธโฃ๐๐๐๐ข๐ง๐ข๐ฌ๐ข & ๐๐๐ง๐ข๐ฌ-๐๐๐ง๐ข๐ฌ ๐๐ฌ๐ฎ: ๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ซ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ข๐ญ๐ ๐๐ข๐ง๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ง? ๐ค
Kita selalu dengar pasal tingkah laku tak bermoral yang berlaku dalam kalangan pelajar di universiti. Tapi, adakah kita betul-betul faham apa yang dimaksudkan? Jom kita bincang lebih mendalam tentang buli siber, gangguan seksual, dan diskriminasi yang makin hari makin membimbangkan ni. ๐ข
๐๐ฎ๐ฅ๐ข ๐ฌ๐ข๐๐๐ซ ๐ฅ๏ธ โ Biasa terjadi di media sosial, melibatkan komen kasar, ugutan, atau penyebaran maklumat peribadi. Pelakunya berani sebab sembunyi di balik akaun palsu. Menurut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, semua ini salah! ๐ก
๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐๐ง ๐ฌ๐๐ค๐ฌ๐ฎ๐๐ฅ ๐ซ โ Berlaku di mana-mana, termasuk universiti, sama ada fizikal atau lisan seperti mesej lucah. Mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, ini adalah kesalahan yang mengaibkan kehormatan seseorang. ๐
๐๐ข๐ฌ๐ค๐ซ๐ข๐ฆ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ข๐ โ Berlaku bila seseorang dilayan tak adil sebab agama, bangsa, jantina, atau status sosial. Pelajar perempuan, minoriti, dan dari keluarga berpendapatan rendah sering dipinggirkan. Ini tak patut berlaku! ๐
Kita semua patut sedar dan bertindak bila nampak situasi-situasi macam ni.
2๏ธโฃ๐๐ค๐ญ๐-๐๐ค๐ญ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ข๐ญ๐๐ง๐๏ธโ๏ธ
Hampa tau dak pasai akta-akta yang terlibat kalau kes buli siber atau gangguan? Mai nak habaq mai! โ๏ธ
๐ฑ๐๐ค๐ญ๐ ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข๐ฆ๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐ โ Kalau ada yang buat ancaman, fitnah, atau ganggu orang melalui internet, boleh kena dakwa ikut akta ni. Hukuman? Boleh kena denda sampai RM50,000 atau penjara tak lebih setahun, atau dua-dua sekali! ๐ณ
๐ ๐๐๐ง๐ฎ๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ค๐ฌ๐๐๐ง (๐๐๐ค๐ฌ๐ฒ๐๐ง ๐๐๐) โ Ni kalau melibatkan gangguan seksual, macam kata-kata atau isyarat yang memalukan kehormatan orang. Kalau kena sabit kesalahan, boleh kena penjara sampai 5 tahun atau denda, atau dua-dua sekali. Jangan buat main-main geng! ๐ค
3๏ธโฃ๐๐ฎ๐ง๐๐-๐๐ฎ๐ง๐๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ ๐๐ฌ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐ฎ๐ญ ๐ฅโโ๏ธ
Lepas tengok akta-akta tadi, mesti tertanya, "Kenapa benda ni boleh jadi?" Jom tengok punca-punca utama buli siber, gangguan seksual, dan diskriminasi. ๐ง
๐ฑ ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐ฎ๐ก ๐๐๐๐ข๐ ๐๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ
Media sosial ada kebaikan, tapi ada dark side. Ramai guna untuk serang orang sebab rasa kebal di balik skrin. Akaun palsu buat mereka rasa bebas buat apa saja. ๐ถ
๐ ๐๐ฎ๐ซ๐๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐๐๐ซ๐๐ง
Ramai tak faham batas komunikasi, terutama pasal gangguan seksual. Tanpa kesedaran, ia dianggap gurauan, padahal ia jenayah. ๐ค
๐คทโโ๏ธ ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ญ๐ซ๐ข๐๐ซ๐ค๐ข
Budaya patriarki masih wujud, di mana lelaki dianggap lebih berkuasa, menyebabkan diskriminasi jantina dan pandang rendah pada perempuan dan golongan minoriti.
๐ซ ๐๐ข๐๐๐ ๐๐ข๐ง๐๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ฌ
Kalau pihak berkuasa atau universiti tak ambil tindakan tegas, pelaku akan rasa selamat dan isu ni berpanjangan tanpa penyelesaian.
4๏ธโฃ๐๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ฌ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐ฎ๐ญ ๐ต๐ฐ
๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฃ๐๐ฌ
Mangsa buli siber dan gangguan seksual boleh alami depresi, anxiety, dan PTSD. Ini boleh merosakkan hidup dan prestasi akademik. ๐
๐ ๐๐๐ก๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฒ๐๐ค๐ข๐ง๐๐ง ๐๐ข๐ซ๐ข
Hina dan layanan tak adil buat mangsa hilang keyakinan diri, rasa tak berharga dan terasing.
๐ซ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ ๐๐๐ซ๐ ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ
Mangsa jadi takut berinteraksi, lebih s**a menyendiri dan jauhkan diri dari aktiviti sosial. ๐ข
Sebab tu kita kena ambil serius benda ni. Jangan sampai kita biar kawan-kawan atau diri sendiri terkesan!
5๏ธโฃ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก-๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐๐ง๐ ๐๐ญ๐๐ฌ๐ข๐ฃ๐ชโ๏ธ
Sebagai tambahan, jom kita sembang pasal apa yang kita boleh buat untuk atasi benda ni. Jangan biar masalah ni terus berleluasa, kita boleh mainkan peranan masing-masing. ๐
๐ข ๐๐๐๐๐ซ๐ค๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐๐๐ซ๐๐ง
Jom anjurkan program kesedaran kat kampus, buat kempen anti-buli, dan buka ruang bincang isu ni. Lagi ramai faham, lagi cepat kita boleh hapuskan budaya negatif. ๐ฌ
๐ ๐๐๐ ๐๐ฌ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐๐๐ค๐๐ง
Universiti kena lebih tegas dan cepat bertindak bila ada laporan. Jangan biar isu ni โsejukโ tanpa siasatan. Pihak pentadbiran kena jaga kebajikan pelajar.
๐ง ๐๐จ๐ค๐จ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ฌ๐ข๐ค๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข
Mangsa mesti ada akses mudah ke kaunseling dan sokongan emosi. Sokongan moral dan psikologi penting untuk pulihkan keyakinan diri. ๐
๐ฅ๏ธ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ข๐ ๐๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ
Guna media sosial dengan bijak. Jangan sebar fitnah atau jatuhkan orang lain. Kalau takda benda baik nak cakap, lebih baik diam.
Kita semua boleh memainkan peranan masing-masing dalam membuat perubahan!
๐
Maklumat lanjut di sini:
๐Definisi buli siber: http://surl.li/zoaobp
๐Akta Komunikasi dan Multimedia 1998: http://surl.li/vakfbt
๐Kanun Keseksaan (Seksyen 509): http://surl.li/teobmi
LIKE ๐ / KOMEN โจ๏ธ / SHARE โพ๏ธ
๐๐ข๐ฌ๐๐๐ข๐๐ค๐๐ง ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐,
๐๐จ๐ข ๐๐ฎ๐๐ง ๐๐ข (๐๐๐๐๐๐)
๐๐ฆ๐๐ข ๐๐๐ฅ๐ข๐ฅ๐ ๐๐ญ๐ก๐ข๐ซ๐๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ฆ๐๐๐ฒ (๐๐๐๐๐๐)