Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Induk

  • Home
  • Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Induk

Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Induk Kolej Pertanian Malaysia menawarkan peluang kepada belia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang latihan kemahiran pertanian.

Tiada yuran pengajian, makan minum disediakan sepanjang sesi latihan & elaun sara hidup RM 200.00 - 250.00/bulan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Penyertaan Pertandingan Fotografi (Lensa Agro) semperna MAHA 2026. Ambil gambar len...
17/08/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Penyertaan Pertandingan Fotografi (Lensa Agro) semperna MAHA 2026. Ambil gambar lensa agro terbaik, scan untuk pendaftaran, isi maklumat, hantar gambar anda dan boleh menang sehingga RM 1,000. Apa lagi, jom join!




KURSUS PENDEDAHAN TEKNOLOGI PLANT TISSUE CULTURE - (VALUE ADDED) SEKOLAH TANAMANPada 13 Ogos-14 Ogos 2026, Kursus Pended...
17/08/2026

KURSUS PENDEDAHAN TEKNOLOGI PLANT TISSUE CULTURE - (VALUE ADDED) SEKOLAH TANAMAN

Pada 13 Ogos-14 Ogos 2026, Kursus Pendedahan Teknologi Plant Tissue Culture telah berjaya dianjurkan di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia. Seramai 20 orang pelatih yang terdiri daripada pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 , Bidang Tanaman, Kolej Pertanian Malaysia (KPM) telah menyertai kursus ini.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan secara teori dan praktikal kepada para pelatih mengenai teknik penghasilan anak benih serta baka tanaman secara Teknologi Plant Tissue Culturen, khususnya bagi variati tanaman berpotensi tinggi . Di samping itu, pelatih juga diasah dengan ilmu teori serta kemahiran kemahiran hands-on yang lain termasuklah:

Aplikasi Tisu Kultur Tumbuhan
Penyediaan Media Kultur
Penstrilan dan Kultur Tisu Tumbuhan
Subkultur Tumbuhan

Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Dr Nurashikin Binti Kemat dari Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia dan turut dibantu oleh pasukannya Puan Rozila serta Puan Siti Syamimi . Beliau merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pertanian UPM yang merupakan pakar berkompetensi tinggi serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penghasilan anak benih secara Tisu Kultur

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta! Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri TVET pertanian yang lebih moden dan berdaya saing.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
BPKLP - Bahagian Pembangunan Kapasiti & Latihan Pertanian
Mazayu Mohamad

HAK DAN KESEJAHTERAAN KAKITANGAN KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA (KPM) SENTIASA DIUTAMAKAN!Pergi ke pekan membeli kelapa,Singga...
16/08/2026

HAK DAN KESEJAHTERAAN KAKITANGAN KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA (KPM) SENTIASA DIUTAMAKAN!

Pergi ke pekan membeli kelapa,
Singgah sebentar di Alor Setar,
Kebajikan pekerja jangan dilupa,
Ilmu dituntut perlindungan dijaga.

🌿Satu sesi Taklimat Caruman PERKESO & Skim Perlindungan 24 Jam telah berjaya dilaksanakan khusus untuk semua warga kerja Kolej Pertanian Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan daripada Pejabat PERKESO Alor Setar iaitu Puan Ku Hasnor binti Ku Hashim dan Puan Nur Syafatin binti Rambeli atas perkongsian maklumat yang sangat jelas dan bermanfaat berkenaan faedah caruman serta skop perlindungan 24 jam yang baharu.

Semoga sesi pendedahan ini memberi pencerahan komprehensif buat semua pegawai dan kakitangan dalam memastikan kebajikan serta keselamatan diri sentiasa terjamin, sama ada di dalam mahupun di luar waktu bertugas. Terima kasih atas kehadiran dan sokongan padu warga KPM! 🤝✨

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
BPKLP - Bahagian Pembangunan Kapasiti & Latihan Pertanian
Mazayu Mohamad

*PERHIMPUNAN BULANAN KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BIL. 4/2026* Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Perhimpunan Bulana...
14/08/2026

*PERHIMPUNAN BULANAN KOLEJ PERTANIAN MALAYSIA BIL. 4/2026*

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Perhimpunan Bulanan Kolej Pertanian Malaysia Bil. 4/2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh kelancaran dan meriah.

📅 *Tarikh*: Khamis, 13 Ogos 2026
📍 *Tempat*: Auditorium, Bangunan TOT
🏠 *Hos*: Sekolah Ruminan

*Antara pengisian utama program pada hari ini:*

1. *Ceramah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kubang Pasu*
Taklimat dan perkongsian ilmu oleh *Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kubang Pasu* tentang melindungi masa depan hidup tanpa dadah. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran seluruh warga KPM.

2. *Sesi Ujian Saringan Urin*
Ujian saringan telah dijalankan kepada pelatih baharu ambilan Julai 2026 dan kakitangan sebagai salah satu langkah proaktif kolej dalam memastikan persekitaran kerja yang sihat, selamat dan bebas daripada gejala tidak sihat.

3. *Ucapan Amanat Pengarah Kolej*
Amanat dan perutusan daripada kepimpinan kolej bagi menyemarakkan semangat kerja berpasukan, kecemerlangan perkhidmatan serta komitmen dalam memajukan agenda pertanian negara.

4. *Majlis Perpisahan*
Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tiga kakitangan yang telah dan akan bertukar keluar iaitu En. Muhammad Anas bin Shaidin, En. Muhammad Faris bin Md. Desa dan En. Muhammad Hazwan bin Zaheran. Jasa dan khidmat bakti tuan-tuan sepanjang di KPM amat kami hargai. Selamat maju jaya di tempat baru. KPM sentiasa menjadi rumah kedua anda.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada *Sekolah Ruminan* selaku hos, semua Jawatankuasa dan warga KPM yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan perhimpunan ini.

Semoga segala ilmu, peringatan dan semangat yang disemai hari ini dapat diterjemahkan dalam tugas seharian demi kecemerlangan Kolej Pertanian Malaysia.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
BPKLP - Bahagian Pembangunan Kapasiti & Latihan Pertanian
Mazayu Mohamad

10/08/2026
KURSUS VALUE ADDED: KURSUS ASAS OPERASI FOODTRUCK9 Ogos 2026 – Kolej Pertanian Malaysia telah menjayakan Kursus Asas Ope...
10/08/2026

KURSUS VALUE ADDED: KURSUS ASAS OPERASI FOODTRUCK

9 Ogos 2026 – Kolej Pertanian Malaysia telah menjayakan Kursus Asas Operasi Foodtruck yang diadakan di Pusat Kegiatan Pelatih (PKP), Kolej Pertanian Malaysia. Seramai 73 orang pelatih Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang Pengeluaran Makanan telah menyertai kursus ini.

Pelatih didedahkan dengan pengetahuan berasaskan modul komprehensif, merangkumi pengetahuan asas pengurusan perniagaan foodtruck, aspek perundangan dan lesen PBT, piawaian kebersihan serta keselamatan makanan, pengurusan susun atur ruang kerja yang efisien, hingga ke strategi pemilihan menu dan pengiraan kos perniagaan.

Di samping itu, sebuah foodtruck juga telah dibawa bagi memberi real-life experience kepada individu yang ingin menceburi bisnes foodtruck, sekali gus memberikan gambaran jelas serta tunjuk ajar secara praktikal mengenai fasiliti dalaman, pengurusan sistem bekalan kuasa, dan tata cara operasi harian secara hands-on.

Semoga pendedahan ini akan dapat memberi manfaat kepada pelatih untuk menceburi bidang foodtruck dan seterusnya melahirkan lebih ramai usahawan belia yang berjaya.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
BPKLP - Bahagian Pembangunan Kapasiti & Latihan Pertanian
Mazayu Mohamad

KURSUS PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR - (VALUE ADDED) SEKOLAH AKUAKULTUR AIR TAWARPada 4 hingga 6 Ogos 2026, Kursus Pembeniha...
10/08/2026

KURSUS PEMBENIHAN IKAN AIR TAWAR - (VALUE ADDED) SEKOLAH AKUAKULTUR AIR TAWAR

Pada 4 hingga 6 Ogos 2026, Kursus Pembenihan Ikan Air Tawar (Value Added) telah berjaya dianjurkan di Pusat Ikan Hiasan Kuala Kangsar, Perak. Seramai 26 orang pelatih yang terdiri daripada pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Bidang Akuakultur Air Tawar, Kolej Pertanian Malaysia (KPM) telah menyertai kursus ini.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan secara teori dan praktikal kepada para pelatih mengenai teknik pembenihan secara aruhan, khususnya bagi spesies ikan keli. Di samping itu, pelatih juga turut didedahkan dengan kemahiran yang lain termasuklah:

📝Pengurusan kolam asuhan

🦠Penyediaan makanan hidup (Moina)

🐟Pemilihan induk ikan

💧Pengurusan kualiti air

Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh En. Nazri bin Ya'acob dari Pusat Ikan Hiasan Enggor dan turut dibantu oleh pasukannya. Beliau merupakan seorang tenaga pengajar yang pengalaman yang luas dan pakar dalam bidang pembenihan ikan air tawar.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta! Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekali gus menyumbang kepada pembangunan industri akuakultur yang lebih moden dan berdaya saing.

Sekian, terima kasih.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
BPKLP - Bahagian Pembangunan Kapasiti & Latihan Pertanian
Mazayu Mohamad

Address

Kampus Bukit Tangga, 06050 Bukit Kayu Hitam, Kedah

06050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049229008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Induk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kolej Pertanian Malaysia, Kampus Induk:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share