A222 Penghayatan Etika & Peradaban - Kumpulan 2

A222 Penghayatan Etika & Peradaban - Kumpulan 2 Kesan Dadah Kepada Pembangunan Belia Negara

Agensi-agensi Pencegah Dadah di Malaysia~ Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)~ Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AAD...
21/06/2023

Agensi-agensi Pencegah Dadah di Malaysia


~ Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)

~ Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK)


Disediakan oleh: Ahmad Fahman bin Che Hassan (289827)

Hindarilah Dadah, Lebih Baik CegahTerdapat 9 seksyen bagi hukuman kesalahan yang diperuntukan dibawah Akta Dadah Berbaha...
13/06/2023

Hindarilah Dadah, Lebih Baik Cegah


Terdapat 9 seksyen bagi hukuman kesalahan yang diperuntukan dibawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Disediakan oleh: Abdul Wafiy Bin Abdul Nasir (289512)

Kebaikan Menjauhi Dadah1. Kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik~ Dadah dapat menyebabkan kesan merosakkan kepada ...
09/06/2023

Kebaikan Menjauhi Dadah


1. Kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik

~ Dadah dapat menyebabkan kesan merosakkan kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang. Dadah boleh menyebabkan kerosakan organ bahkan boleh menyebabkan ketagihan, gangguan mental dan kerosakan otak yang kekal. Dengan menjauhi dadah, seseorang dapat menjaga kesihatan fizikal dan mental dengan lebih baik.


2. Pengaruh positif dalam hubungan sosial

~ Individu yang menggunakan dadah cenderung mengalami perubahan perilaku, kehilangan kepercayaan dari keluarga dan rakan-rakan. Dengan menjauhi dadah, seseorang dapat membina hubungan sosial yang lebih baik dengan orang-orang di sekelilingnya, meningkatkan interaksi sosial yang positif, dan memperkuat ikatan dengan keluarga dan rakan-rakan.


3. Peluang pendidikan dan kerjaya yang lebih baik

~ Penggunaan dadah sering mengganggu kemampuan seseorang untuk memberi tumpuan, belajar, dan mencapai potensi maksimum dalam pendidikan dan kerjaya. Dengan menjauhi dadah, seseorang dapat memberi tumpuan kepada pendidikan dan memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan kerjaya yang berjaya.


4. Kestabilan kewangan yang lebih baik

~ Penggunaan dadah sering memerlukan kos yang tinggi dan boleh memaksa seseorang menggunakan sumber kewangan yang mereka miliki, seperti simpanan, yang boleh merugikan diri sendiri dan keluarga. Dengan menjauhi dadah, seseorang dapat menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan mengalokasikan sumber kepada keperluan yang penting.


5. Keselamatan diri dan masyarakat yang lebih baik

~ Dadah sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan keganasan. Dengan menjauhi dadah, seseorang dapat menjaga keselamatan diri sendiri dan masyarakat di sekelilingnya. Seseorang dapat membantu menjaga keamanan dan ketenteraman masyarakat secara keseluruhan.


Disediakan oleh: Ahmad Muzammir Bin Mohd Fauzi (289641)

Keburukan Dadah Kepada Anggota BadanPenggunaan dadah boleh mengubah ekspresi gen dan litar otak. Oleh itu, ia mempunyai ...
06/06/2023

Keburukan Dadah Kepada Anggota Badan


Penggunaan dadah boleh mengubah ekspresi gen dan litar otak. Oleh itu, ia mempunyai kesan negatif kepada tingkah laku manusia, seperti keinginan / mengidam / gian dadah kompulsif. Ketagihan dadah juga boleh membawa kepada beberapa penyakit yang teruk termasuk penyakit kardiovaskular, strok, kanser, HIV / AIDS, hepatitis, dan penyakit paru-paru. Sesetengah kesan ini berlaku apabila dadah digunakan pada dos yang tinggi atau selepas penggunaan yang berpanjangan, sementara yang lain berlaku selepas hanya satu penggunaan.


1. Merencatkan fungsi pemikiran dan minda

2. Menganggu tumpuan

3. Melambatkan proses berfikir

4. Menyebabkan daya ingatan kurang

5. Menyebabkan penyakit strok

6. Gangguan pada fungsi saraf

7. Menyebabkan rasa mengantuk yang melampau (tranquilizer/ sedaMve group)

8. Menyebabkan rasa seronok yang melampau (hallucinogen & coccaine group)

9. Menyebabkan hallusinasi (hallucinogen group)


Disediakan oleh: Mohamad Aizat Faqimi Bin Mohd Affandi (287673)

Cara-Cara Mengatasi Dadah 1. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.2. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kera...
05/06/2023

Cara-Cara Mengatasi Dadah


1. Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

2. Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

3. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

4. Pembentukan Komunitas.

5. Mengintensifkan upaya penegakan hukum terhadap peredaran dan perdagangan narkoba.

6. Memberikan alternatif positif seperti pelatihan keterampilan, pendidikan, dan peluang kerja bagi individu yang ingin keluar dari lingkaran penggunaan dadah.

7. Mendorong kolaborasi dan koordinasi yang erat antara pemerintah, lembaga penegak hukum, sekolah, keluarga, dan masyarakat umum.


Disediakan oleh: Krisna Devi A/P Paramalu (290290)

5 Kesan Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Belia1. Komplikasi kesihatanPenyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dapat ...
05/06/2023

5 Kesan Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Belia


1. Komplikasi kesihatan

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia dapat menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan yang serius. Terdapat beberapa komplikasi umum yang mungkin timbul akibat penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia seperti kerosakan organ dalaman. Hal ini dikatakan demikian kerana beberapa dadah seperti alkohol, kokain, atau he**in boleh menyebabkan kerosakan organ dalaman seperti hati, ginjal, dan sistem pencernaan. Ini boleh mengakibatkan kegagalan organ dan kesihatan yang teruk. Selain itu, penyalahgunaan dadah dapat menyebabkan gangguan mental seperti depresi, kecemasan, dan gangguan bipolar. Penggunaan dadah jangka panjang juga dapat menyebabkan gangguan psikosis.


2. Masalah kewangan

Penyalahgunaan dadah memerlukan sumber kewangan yang signifikan untuk membeli dadah tersebut. Pengguna dadah mungkin menghabiskan wang yang seharusnya digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, pendidikan, atau perbelanjaan sehari-hari. Walhal, pengguna dadah juga akan seringkali terjerumus ke dalam lingkaran hutang yang tidak dapat dibayar balik. Mereka mungkin meminjam wang dari keluarga, rakan, atau peminjam wang yang tidak bertanggungjawab, yang boleh menyebabkan masalah kewangan yang lebih serius dan kejatuhan kewangan.


3. Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti HIV

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia meningkatkan risiko terdedah kepada jangkitan penyakit seperti HIV dan terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan risiko tersebut melalui perkongsian jarum suntikan. Dalam hal ini, pengguna dadah yang menggunakan jarum suntikan untuk mengambil dadah mereka sering berkongsi jarum dengan orang lain. Tindakan ini meningkatkan risiko penularan HIV.


4. Peningkatan aktiviti jenayah

Ini akan menyebabkan mereka kehilangan moral dan etika. Pengaruh dadah boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku belia, menyebabkan penurunan dalam moral dan etika. Mereka mungkin menjadi lebih cenderung terlibat dalam kegiatan jenayah untuk memperoleh dadah atau mendukung kehidupan mereka yang bermasalah.


5. Kerjaya musnah

Pengambilan dadah dalam kalangan belia menyebabkan prestasi akademik yang buruk. Penyalahgunaan dadah seringkali menyebabkan penurunan prestasi akademik. Belia yang menggunakan dadah mungkin mengalami masalah kehadiran, kurangnya konsentrasi, penurunan daya ingat, dan kurang minat dalam pelajaran. Ini dapat melumpuhkan perkembangan pendidikan mereka dan peluang untuk melanjutkan ke jenjang pendidikan yang lebih tinggi.


Disediakan oleh: Muhamad Zharif Bin Mohd Zin (289712)

Jenis-Jenis DadahSetakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:• Opiat dan Opiat sintetik...
21/05/2023

Jenis-Jenis Dadah


Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

• Opiat dan Opiat sintetik
• Stimulan
• G***a
• Halusinogen
• Depresen
• Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna


Gambar-gambar di bawah berikut adalah 2 jenis dadah iaitu Opiat dan Stimulan.


~ Opiat:
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan he**in.

~ Stimulan:
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau “Amphetamine-type-stimulants (ATS)” dan kokain.


Disediakan oleh: Nur Fathihah Binti Ahmad Tauhid (289829)

Kebaikan Dadah Dari Segi PerubatanDadah, atau lebih tepatnya ubat-ubat terkawal, memainkan peranan yang penting dalam bi...
20/05/2023

Kebaikan Dadah Dari Segi Perubatan


Dadah, atau lebih tepatnya ubat-ubat terkawal, memainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan. Dalam konteks ini, dadah dapat memberikan pelbagai manfaat kepada pesakit dalam pelbagai keadaan kesihatan. Walaubagaimanapun, perlu ditekankan bahawa penggunaan dadah yang betul dan diawasi adalah penting untuk memastikan kebaikan dadah dalam perubatan.


1. He**in
~ Dalam melegakan kesakitan, tiada apa yang dapat menandingin he**in. Di United Kingdom, he**in diberikan kepada wanita hamil untuk menyelamatkan ibu-ibu hamil yang sedang dalam ketakutan. Ia disuntik ke dalam secara intravena bagi melegakan kesakitan yang amat sangat dan mengurangkan tekanan.


2. Kokain
~ Ia digunakan secara meluas sebagai julap dan penyebuh mabuk, demam alergi dan juga ketagihan alkohol. Kokain masih digunakan oleh pakar seperti pakar mata, hidung dan tekak sebagai anestetik dalam pembedahan.


3. Ketamin
~ Ia digunakan sebagai ubat penenang kuda. Sebuah kajian dijalankan di Universiti Yale mendapati bahawa ketamin bukan sahaja meredakan gejala kemurungan, malah ia mampu menyembuhkan bahagian otak yang rosak disebabkan oleh tekanan takut, trauma dan kemurungan dengan memperbaiki sinaps yang terputus.


4. Statin
~ Pesakit dengan penyakit jantung mungkin memerlukan dadah seperti statin untuk mengawal kolesterol dan mengurangkan risiko serangan jantung.


Disediakan oleh: Teah Jiawen (287325)

Kes Golongan Belia Terlibat Gejala Dadah Di MalaysiaBerdasarkan laporan Berita Harian, seramai 10,074 belia berusia 19 h...
16/05/2023

Kes Golongan Belia Terlibat Gejala Dadah Di Malaysia


Berdasarkan laporan Berita Harian, seramai 10,074 belia berusia 19 hingga 39 tahun yang ditahan tahun lalu positif pelbagai jenis dadah, meningkat berbanding 8,935 individu tahun sebelumnya.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata penahanan berkenaan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Katanya, kementerian melalui Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sentiasa memandang serius isu penyalahgunaan dan penagihan dadah serta giat melaksanakan pelbagai program bagi membendung masalah itu.


Ramai dalam kalangan belia yang terlibat dalam gelaja dadah kerana terdesak memerlukan wang untuk membeli dadah, berakhir dengan melakukan pelbagai jenayah.


Polis telah berjaya membuat 9,029 tangkapan pengedar di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 tahun lalu dan seramai 18,064 orang pengedar ditangkap di bawah Seksyen 39A akta yang sama. Polis turut berjaya menemui 19 pusat memproses dadah dengan rampasan dadah bernilai lebih RM108 juta manakala Polis Perak berjaya menemui dua makmal melibatkan rampasan dadah bernilai RM111 juta.


Disediakan oleh: Ainina Binti Abu Hassan (291592)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 💙Selamat Datang ke halaman Facebook kumpulan kami. Kami merupakan ...
12/05/2023

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna 💙

Selamat Datang ke halaman Facebook kumpulan kami. Kami merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Tujuan Page ini ditubuhkan adalah kerana kumpulan kami sedang menjalankan kajian di bawah kursus MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban yang bertajuk "Kesan Dadah kepada Pembangunan Belia Negara". Page ini adalah platform kami untuk menyampaikan kesedaran kepada masyarakat terutama kaum belia untuk mengetahui lebih luas tentang kesan dadah kepada pembangunan negara kita.

Berikut adalah senarai nama ahli kumpulan kami:

1. Teah Jiawen (287325)
2. Mohamad Aizat Faqimi Bin Mohd Affandi (287673)
3. Abdul Wafiy Bin Abdul Nasir (289512)
4. Ahmad Muzammir Bin Mohd Fauzi (289641)
5. Muhamad Zharif Bin Mohd Zin (289712)
6. Ahmad Fahman Bin Che Hassan (289827)
7. Nur Fathihah Binti Ahmad Thauhid (289829)
8. Krisna Devi A/P Paramalu (290290)
9. Ainina Binti Abu Hassan (291592)

Kami dengan rendah hati berharap segala informasi yang disampaikan oleh kami di Page ini dapat memberi peluang kepada semua untuk mengubah masa hadapan mereka dari sekarang. Malah dapat memberi ilmu yang berguna kepada anda semua.

Harap anda semua boleh like, comment dan share post kami 🤗

Sekian, terima kasih.

Address

Universiti Utara Malaysia (UUM)
Bukit Kayu Hitam
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A222 Penghayatan Etika & Peradaban - Kumpulan 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share