Pusat Penyelidikan Bukit Fraser

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), Universiti Kebangsaan Malaysia

09/03/2026
12/01/2026

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM) bakal menganjurkan Karnival Perkhidmatan Instrumentasi dan Makmal UKM (INSPIRA), sebuah platform strategik yang menghimpunkan kepakaran, inovasi dan jaringan kolaborasi dalam bidang sains, teknologi serta penyelidikan makmal.

Tarikh: 15 Januari 2026 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS), UKM

Bertemakan 'Menjelajah Inovasi, Merentas Kolaborasi', INSPIRA mengetengahkan peranan penting makmal perkhidmatan UKM sebagai tulang belakang kepada pembangunan ilmu, penyelidikan saintifik dan kemajuan teknologi negara.

INSPIRA juga menjadi landasan bagi memperkenal keupayaan pelbagai makmal penyelidikan UKM dalam menawarkan perkhidmatan berimpak tinggi melalui instrumen canggih, kepakaran teknikal dan aplikasi saintifik terkini.

Aktiviti menarik disediakan termasuk:
- Peluncuran Sistem Pengurusan Instrumentasi Bersepadu UKM (SPINIC)
- Pameran makmal dan demonstrasi teknologi terkini
- Pertandingan kreatif Micrograph Art Challenge: From Grey to Great.
- Anugerah Makmal Perkhidmatan Cemerlang INSPIRA 2026
- Forum bersama penyelidik serta wakil industri
- Sesi permainan interaktif
- Jualan Trak Makanan (Food Truck)

Sehubungan dengan itu, pendaftaran kehadiran boleh dibuat melalui pautan di https://bit.ly/INSPIRA2026

Kehadiran ke INSPIRA akan direkodkan dalam sistem Urus Bakat.

Sebanyak 200 unit Ergonomic Mouse Pad khas INSPIRA disediakan untuk 200 peserta terawal.

Sertai kami dan alami pengalaman saintifik yang menyeronokkan, sambil menjelajah dunia teknologi instrumentasi di UKM.




27/10/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐’๐Š๐„๐๐Ž๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ŸŒฟ

Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF-UKM) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serta Tourism Pahang akan menganjurkan Simposium Kebangsaan Kepelbagaian Biologi dan Persekitaran Tanah Tinggi 2025 (SKEBOT).

Majlis Perasmian Penutupan SKEBOT 2025 akan disempurnakan oleh:
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Datoโ€™ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail
๐Ÿ“… 30 Oktober 2025, Khamis
๐Ÿ“ Wyndham Garden Shahzan, Fraserโ€™s Hill, Pahang

Simposium ini menjadi wadah menghimpunkan para penyelidik, ahli akademik, agensi, NGO, pelajar serta pemegang taruh dalam bidang biodiversiti dan persekitaran tanah tinggi. Penganjuran ini turut mengangkat komitmen UKM terhadap agenda penyelidikan kebangsaan serta kelestarian alam sekitar sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

SKEBOT 2025 diharapkan menjadi wadah menyatukan ilmu, dasar dan tindakan demi memastikan warisan tanah tinggi Malaysia terus lestari demi generasi kini dan akan datang.

"๐˜”๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ž๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜›๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ช"

๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†!ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (...
05/08/2025

๐€๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†!

ALAF-UKM melalui Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) serta Tourism Pahang, akan menganjurkan Simposium Kebangsaan Kepelbagaian Biologi dan Persekitaran Tanah Tinggi 2025 (SKEBOT 2025).

Penyertaan SKEBOT 2025 terbuka kepada penyelidik, ahli akademik, agensi, NGO, pelajar dan pemegang taruh berkaitan.

๐Ÿ—“๏ธ *Tarikh: 29โ€“30 Oktober 2025 (Rabuโ€“Khamis)*
๐Ÿ“ *Tempat: Wyndham Garden Shahzan, Bukit Fraser, Pahang*

*Tarikh tutup pendaftaran & penghantaran abstrak: 22 September 2025*
๐Ÿ”— Daftar & Hantar Abstrak di pautan berikut: https://bit.ly/pendaftaranSKEBOT2025

๐ŸŒ Laman Web Rasmi: https://www.ukm.my/alafukm/skebot/

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Sekretariat SKEBOT 2025 di: [email protected]

*Jumpa anda semua di Bukit Fraser, Pahang.*

Sekian, terima kasih.
SEKRETARIAT SKEBOT 2025

20/09/2024

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Š๐„ ๐€๐‚๐€๐‘๐€ '๐…๐‹๐Ž๐‘๐€ ๐‡๐”๐๐“' ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐…๐‘๐€๐’๐„๐‘

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser (PPBF), ALAF-UKM dengan sukacitanya ingin menjemput YBhg. Prof. Ulung/ Prof./ Tan Sri/ Datuk/ Datoโ€™/ Datin/ Tuan/ Puan, ke Acara 'Flora Hunt' di Bukit Fraser pada 28 September 2024. Program anjuran WWF-Malaysia, dengan sokongan CIMB Islamic Bank dan Tourism Pahang ini adalah antara usaha penting konservasi dan pemeliharaan flora asli di Bukit Fraser.

Program ini terbuka kepada orang awam dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepelbagaian flora di tempat ini. Pendaftaran program boleh menggunakan pautan ini: http://qrco.de/FloraHunt

Sekian, terima kasih.

Pusat Penyelidikan Bukit Fraser
WWF-Malaysia






Address

422, Fraser's Hill
Bukit Fraser
49000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Penyelidikan Bukit Fraser posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Penyelidikan Bukit Fraser:

Shortcuts

Share

Category