SMK BUKIT BESI

Call Contact the school

SMK BUKIT BESI BESTARI JANA KEUNGGULAN

GELORA SAFE | BERSAMA MEMBINA SEKOLAH SELAMATWarga pendidik SMK Bukit Besi bersama-sama menyokong GELORA SAFE dalam usah...
10/09/2026

GELORA SAFE | BERSAMA MEMBINA SEKOLAH SELAMAT

Warga pendidik SMK Bukit Besi bersama-sama menyokong GELORA SAFE dalam usaha menangani isu buli, kesihatan mental dan salah laku seksual demi mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat, sejahtera dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku.

Inisiatif GELORA SAFE menjadi wadah kebersamaan dalam membudayakan persekitaran sekolah yang selamat, sejahtera, prihatin dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku.

Bersama membina kesedaran, bersama melindungi, demi kesejahteraan warga pendidikan.

10/09/2026

🌊 GELORA SAFE | BERSAMA MEMBINA SEKOLAH SELAMAT πŸ’™Satu suara. Satu tekad. Satu tanggungjawab.Warga pendidik SMK Bukit Bes...
28/08/2026

🌊 GELORA SAFE | BERSAMA MEMBINA SEKOLAH SELAMAT πŸ’™

Satu suara. Satu tekad. Satu tanggungjawab.

Warga pendidik SMK Bukit Besi berganding bahu menyokong GELORA SAFE sebagai simbol komitmen bersama dalam mencegah salah laku seksual dalam persekitaran pendidikan.

Sekolah bukan sekadar tempat menimba ilmu.
Ia adalah ruang untuk membesar, membina keyakinan, belajar menghormati dan berasa selamat.

πŸ›‘οΈ Tolak buli.
πŸ’™ Prihatin terhadap kesihatan mental.
🚫 Cegah salah laku seksual.
🀝 Bina budaya saling menghormati.

GELORA SAFE mengajak kita untuk tidak berdiam diri, berani bersuara dan sentiasa menjadi pelindung kepada satu sama lain.

Kerana keselamatan sekolah bukan tanggungjawab seorang, tetapi tanggungjawab kita semua.

🌊 Bersama kita cetuskan gelora kesedaran.
πŸ’™ Bersama kita bina sekolah yang selamat.
🀝 Bersama kita lindungi setiap warga pendidikan.

GELORA SAFE β€” Bersama Membina Sekolah Selamat.

26/08/2026

πŸŒ™βœ¨ Perarakan Maulidur Rasul 1448H

Tarikh : Rabu (26 Ogos 2026)
13 Rabiulawal 1448H

Melangkah bersama menghayati sirah, meneladani akhlak dan menyemai kecintaan kepada Rasulullah SAW. 🀍
Semoga setiap langkah menjadi tanda cinta, setiap selawat membawa keberkatan. ο·Ί

20/08/2026
πŸ“–βœ¨ KEM CENDEKIA AL-QURAN PERINGKAT ZON TIMURβœ¨πŸ“–πŸ“… Khamis, 20 Ogos 2026⏰ 8.00 pagi – 1.40 petangAlhamdulillah, berlangsungn...
20/08/2026

πŸ“–βœ¨ KEM CENDEKIA AL-QURAN PERINGKAT ZON TIMURβœ¨πŸ“–

πŸ“… Khamis, 20 Ogos 2026
⏰ 8.00 pagi – 1.40 petang

Alhamdulillah, berlangsungnya Kem Cendekia Al-Quran Peringkat Zon Timur yang menjadi wadah dalam menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta membentuk generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu, malah kukuh sahsiah dan akhlaknya.

🌿 Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk dihayati, diamalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan.

Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi celik Al-Quran, berilmu, berakhlak dan berjiwa rabbani.πŸ€²πŸ»πŸ’š

πŸ“š TAKLIMAT SURAT AKUR JANJI dan KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID SEKOLAH19 Ogos 2026 | RabuTempat: Makmal ICTSatu tak...
20/08/2026

πŸ“š TAKLIMAT SURAT AKUR JANJI dan KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID SEKOLAH

19 Ogos 2026 | Rabu
Tempat: Makmal ICT

Satu taklimat berkaitan Surat Aku Janji dan Kepatuhan Polisi Perlindungan Murid Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh kefahaman, kesedaran dan komitmen warga pendidikan terhadap tanggungjawab dalam memastikan keselamatan, kebajikan serta hak murid sentiasa terpelihara.

Amanah mendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi turut memastikan setiap murid berada dalam persekitaran yang selamat, terlindung dan dihormati.🀍

"Lindungi Murid, Tunaikan Amanah, Tegakkan Integriti.”

18/08/2026

πŸ“ŒRutin setiap pagi Selasa murid Sem2BBesT

Masa untuk kawad kaki! 🫑πŸ”₯

Disiplin dibentuk, semangat dipupuk, langkah diseragamkan. πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ
Satu langkah, satu semangat, satu pasukan!


🌟 ALHAMDULILLAH, TAHNIAH & SYABAS! 🌟Tahniah diucapkan kepada Sharifah Puteri Sorfina (3 Nilam) atas kejayaan meraih Joha...
17/08/2026

🌟 ALHAMDULILLAH, TAHNIAH & SYABAS! 🌟

Tahniah diucapkan kepada Sharifah Puteri Sorfina (3 Nilam) atas kejayaan meraih Johan Bicara Inspirasi Kerjaya Menengah Rendah Daerah Dungun! πŸ†πŸŽ€

Tidak dilupakan, tahniah juga buat Mia Iqleema (4 PNG) yang telah diberi kepercayaan sebagai Pembantu Teknikal Visual dalam Simposium Kaunseling Dungun. πŸ“Έ

Sekalung tahniah dan juga penghargaan buat guru pembimbing yang terlibat ✨ (Cg Syakirah)

Insya-Allah, kedua-dua anak hebat ini bakal mewakili daerah Dungun ke peringkat negeri pada September nanti. πŸ’ͺ✨

Teruskan melakar kejayaan, bawa nama SMK Bukit Besi dengan penuh bangga dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. β€οΈπŸ’™

Kecil langkahnya, besar impiannya.
Hari ini mewakili sekolah, esok mengharumkan nama negeri.🌟

Address

SMK BUKIT BESI
Bukit Besi
23200

Opening Hours

Monday 07:30 - 04:30
Tuesday 07:30 - 04:30
Wednesday 07:30 - 04:30
Thursday 07:30 - 04:30
Sunday 07:30 - 04:00

Telephone

+6098337400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK BUKIT BESI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK BUKIT BESI:

Shortcuts

Share

Category