SK Bukit Beruang

SK Bukit Beruang Sejarah SK Bukit Beruang, Melaka Pada tahun 1994, sebuah bangunan tambahan Blok Cengal telah dibina bagi menampung peningkatan murid yang mencapai 1100 orang.

SK Bukit Beruang telah ditubuhkan pada tahun 1907 dengan kira-kira 30 orang murid dan 3 orang guru termasuk seorang Guru Besar iaitu Encik Khatib Bin Said. Peringkat awal SK Bukit Beruang hanya mempunyai bangunan papan bermotifkan rumah Melayu Melaka dan berada dalam persekitaran perkampungan orang-orang melayu yang berpendapatan rendah hasil kerja sendiri. Pada tahun 2009, SK Bukit Beruang sekali

lagi telah menerima sebuah lagi bangunan baru bagi menggantikan bangunan yang telah uzur. Dalam tempoh meniti zaman ini, SK Bukit Beruang telah ditadbir seramai 20 orang guru besar dan SK Bukit Beruang telah menempa berbagai kejayaan dan antaranya adalah Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Tahun 2000 bagi Kategori Sekolah Rendah. SK Bukit Beruang terus tegak berdiri menjana fikir, menampil diri, memantapkan ICT, merealisasikan Sekolah Perkasa, cita-cita ke arah Sekolah Bestari terus digarap dan disusuli dengan keikhlasan dan kesedaran terhadap tanggung jawab mendidik generasi masa depan. Matlamat untuk terus meletakkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah cemerlang, gemilang lagi terbilang akan terlaksana dan akan dilestarikan dengan kemantapan organisasi dan komitmen sepenuhnya daripada seluruh warga SK Bukit Beruang. MATLAMAT SEKOLAH
Melahirkan insan yang cemerlang, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan berdaya saing dalam pelbagai bidang. OBJEKTIF SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang dapat melahirkan murid yang:

Beragama serta patuh kepada Tuhan
Bertanggung jawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Berakhlak mulia, berilmu, berkemahiran dan berketrampilan
Sentiasa berdaya saing
Cintakan ilmu


MISI
Memberi pendidikan yang berkualiti secara adil kepada murid bagi melahirkan warga yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

VISI
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang menjadi sekolah cemerlang Negeri Melaka menjelang 2010. PIAGAM
Kami dengan sedaya upaya akan berusaha membantu pelanggan kami dengan saksama dan terbaik melalui sikap dan perkhidmatan berdasarkan prinsip 8K :

Keredhaan kepada Allah
Keikhlasan tanpa pilih kasih
Kreatif dan sepasukan
Khidmat berkualiti dan berterusan
Kurangkan permasalahan
Ke arah sekolah berteknologi maklumat
Kesediaan menerima teguran
Ketakwaan kepada Allah

MOTO

"ILMU NILAI HIDUP"

Merangkumi tiga unsur penting. Ilmu, Nilai dan Hidup yang merupakan aspirasi sekolah dalam mencapai matlamatnya iaitu melahirkan generasi murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan bersahsiah tinggi serta memberi perkhidmatan yang cekap dan tepat. SLOGAN

S - Sentiasa
K - Komited
B - Berdedikasi
B - Berkualiti

πŸ“’ HEBAHAN PENTING KEPADA IBU BAPA / PENJAGAISU KELEWATAN MURID HADIR KE SEKOLAH SECARA BERULANGAssalamualaikum warahmatu...
19/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN PENTING KEPADA IBU BAPA / PENJAGA
ISU KELEWATAN MURID HADIR KE SEKOLAH SECARA BERULANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pihak sekolah ingin memohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga untuk memastikan anak-anak hadir ke sekolah tepat pada waktunya setiap hari.

Kelewatan hadir ke sekolah secara berulang merupakan salah laku disiplin yang boleh menjejaskan pembelajaran, membentuk tabiat negatif serta berisiko membawa kepada isu ponteng sekolah.

πŸ“Œ Makluman Penting

* Kehadiran dan kelewatan murid direkodkan setiap hari mengikut ketetapan KPM.
* Sekolah akan melaksanakan tindakan berfasa terhadap kes kelewatan berulang seperti:
βœ… Surat peringatan/amaran.
βœ… Panggilan ibu bapa ke sekolah.
βœ… Sesi kaunseling dan akur janji.
βœ… Tindakan lanjut mengikut peruntukan KPM dan undang-undang sekiranya tiada perubahan.

πŸ“š Rujukan KPM

* SPI Bil. 1/2019 – Pengurusan Rekod Sistem Kehadiran Murid.
* SPI Bil. 7/2011 – SOP Pengurusan Isu Disiplin Murid.
* Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) – Pendidikan rendah adalah wajib dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak hadir ke sekolah.

🀝 Kerjasama Ibu Bapa Sangat Diharapkan
βœ”οΈ Pastikan anak bangun dan bersiap lebih awal.
βœ”οΈ Rancang perjalanan bagi mengelakkan kelewatan.
βœ”οΈ Maklumkan kepada pihak sekolah sekiranya berlaku kecemasan atau masalah yang menyebabkan kelewatan.
βœ”οΈ Bekerjasama dengan pihak sekolah sekiranya anak dikenal pasti sebagai murid lewat berulang.

β€œDisiplin bermula dengan menepati masa. Kehadiran awal membentuk sahsiah cemerlang dan menjamin kejayaan anak-anak.”

Sekian, terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan.

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SiBER
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang

πŸ“’ MAKLUMAN PENTING KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHAP 1Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera...
19/07/2026

πŸ“’ MAKLUMAN PENTING KEPADA IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHAP 1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

Pihak sekolah ingin memohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga agar mengambil anak-anak tepat pada waktu tamat persekolahan.

Makluman ini dikeluarkan berikutan beberapa laporan yang diterima, antaranya:

πŸ”Ή Terdapat murid Tahap 1 yang masih berlegar, bermain dan berada di kawasan bangunan sekolah selepas tamat sesi persekolahan tanpa pengawasan, sekali gus meningkatkan risiko kecederaan dan keselamatan.

πŸ”Ή Terdapat murid yang telah keluar dari pagar sekolah membeli makanan dan minuman di premis luar, kemudian kembali semula ke kawasan sekolah untuk makan dan minum. Kebanyakan makanan yang dibeli adalah makanan kurang berkhasiat serta bahan makanan yang tidak dibenarkan di sekolah. Keadaan ini juga boleh menimbulkan salah faham seolah-olah pihak sekolah menjual makanan tersebut, selain mendedahkan murid kepada risiko keselamatan jalan raya ketika melintas jalan.

πŸ”Ή Pihak sekolah turut menerima aduan berhubung perbuatan bermain di kawasan sekolah sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan serta vandalisme terhadap kemudahan sekolah.

πŸ”Ή Murid Tahap 1 yang lewat pulang juga didapati mengganggu pergerakan murid Tahap 2 ketika waktu tamat persekolahan, khususnya di laluan tangga dan koridor pejalan kaki.

Sehubungan itu, pihak sekolah memohon agar:
βœ… Menjemput anak tepat pada waktu tamat persekolahan.
βœ… Memastikan anak terus pulang dan tidak berada di kawasan sekolah selepas tamat sesi persekolahan.
βœ… Mengingatkan anak supaya tidak membeli makanan di luar pagar sekolah sebelum pulang ke rumah.
βœ… Memberikan kerjasama sepenuhnya demi keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan semua murid.

Keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama.
Segala kerjasama dan keprihatinan daripada tuan/puan amatlah dihargai.

Terima kasih.

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SiBER
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang

πŸ“’ HEBAHAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGAAssalamualaikum dan salam sejahtera.Tuan/Puan,Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melarang...
15/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah melarang murid menjual, membawa atau mengedarkan makanan dan minuman tidak berkhasiat di kawasan sekolah seperti minuman bergas, gula-gula/manisan, makanan yang diproses bergoreng serta lain-lain makanan yang tidak dibenarkan.

Selain itu, sebarang barangan tiruan berbentuk senjata (replika) seperti pistol mainan air atau objek lain yang boleh mengganggu emosi, keselamatan serta berpotensi menyebabkan kecederaan fizikal atau kerosakan harta benda adalah dilarang sama sekali dibawa ke sekolah selaras dengan Akta Pendidikan 1996 (Peraturan-Peraturan Pendidikan – Disiplin Murid).

Kerjasama tuan/puan amat dihargai bagi memastikan anak-anak tidak membawa atau menjual barangan tersebut demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, sihat dan kondusif.

Sekian, terima kasih atas kerjasama tuan/puan.

Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
SK Bukit Beruang

🌟 Setinggi-tinggi Tahniah dan Penghargaan 🌟Seluruh warga SK Bukit Beruang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghar...
15/07/2026

🌟 Setinggi-tinggi Tahniah dan Penghargaan 🌟

Seluruh warga SK Bukit Beruang merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada para guru yang telah menerima Penghargaan Akademik.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan bakti, menyemai ilmu dan menginspirasikan kecemerlangan anak-anak didik. Terima kasih atas segala dedikasi, komitmen dan usaha yang tidak pernah mengenal erti lelah demi kecemerlangan sekolah.

Tahniah sekali lagi. πŸ’™βœ¨

Sekalung tahniah daripada seluruh warga SK Bukit Beruang kepada Cikgu Muhammad Nur Asyraf bin Rashid atas kenaikan Gred ...
13/07/2026

Sekalung tahniah daripada seluruh warga SK Bukit Beruang kepada Cikgu Muhammad Nur Asyraf bin Rashid atas kenaikan Gred DG10 (Time Based). Semoga terus cemerlang, berintegriti dan menjadi inspirasi dalam memartabatkan dunia pendidikan. πŸŒŸπŸ‘

πŸ“š Majlis Peluncuran Kempen Sayangi dan Hargai Buku Teks 2026πŸ“šπŸ—“ Tarikh : 13 Julai 2026 ⏰ Masa : 7.40 pagi πŸ“ Tempat : Dewa...
13/07/2026

πŸ“š Majlis Peluncuran Kempen Sayangi dan Hargai Buku Teks 2026πŸ“š

πŸ—“ Tarikh : 13 Julai 2026
⏰ Masa : 7.40 pagi
πŸ“ Tempat : Dewan Adiputra, SK Bukit Beruang

πŸ”— Brosur : https://canva.link/brosur-kempen-sayangi-dan-hargai-buku-teks

Semoga kempen ini dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid untuk menghargai, menjaga dan menggunakan buku teks dengan baik agar manfaatnya dapat dinikmati oleh generasi seterusnya. πŸ’šπŸ“–

E-pendidikan realiti maya (VR)Tarikh: 6 dan 10 Julai 2026Hari: Selasa dan JumaatMasa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hariTempa...
13/07/2026

E-pendidikan realiti maya (VR)

Tarikh: 6 dan 10 Julai 2026
Hari: Selasa dan Jumaat
Masa: 8.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Makmal komputer

Senamrobik & Artikulasi (PPKI)Tarikh: 10 Julai 2026Hari: JumaatMasa: 8.10-9.30 pagiTempat: Dewan AdiputraSemoga program ...
13/07/2026

Senamrobik & Artikulasi (PPKI)
Tarikh: 10 Julai 2026
Hari: Jumaat
Masa: 8.10-9.30 pagi
Tempat: Dewan Adiputra

Semoga program ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal, mengukuhkan kemahiran komunikasi serta membina keyakinan diri murid-murid PPKI dalam suasana yang ceria, aktif dan menyeronokkan. πŸ’ͺ😊

PROGRAM SINAR SIBER Panitia : PENDIDIKAN ISLAMTempat: Dewan Adiputra Tarikh : 9 JULAI 2026Masa: 7.00- 7.30 pagiTajuk :  ...
13/07/2026

PROGRAM SINAR SIBER
Panitia : PENDIDIKAN ISLAM
Tempat: Dewan Adiputra
Tarikh : 9 JULAI 2026
Masa: 7.00- 7.30 pagi
Tajuk : HADIS 40- (22) SYARAT ASAS MASUK SYURGA

Program Intervensi PAI Tahun 1 dan Tahun 4Bijak Cilik JawiTarikh: 2 Julai 2026Tempat: Bilik jQAFPenglibatan: Murid tahun...
13/07/2026

Program Intervensi PAI Tahun 1 dan Tahun 4
Bijak Cilik Jawi
Tarikh: 2 Julai 2026
Tempat: Bilik jQAF
Penglibatan: Murid tahun 1 dan tahun 4

Address

Km 7. 2
Bukit Beruang
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bukit Beruang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Bukit Beruang:

Shortcuts

Share