SMKA Sultan Azlan Shah

Website

SMKA Sultan Azlan Shah SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar,
32600 Bota, Perak, Malaysia.

Isnin 14 September 2026Ceramah Khas - Lelaki Qawwam Memelihara Fitrah kepada semua pelajar lelaki bertempat di Masjid At...
14/09/2026

Isnin 14 September 2026
Ceramah Khas - Lelaki Qawwam Memelihara Fitrah kepada semua pelajar lelaki bertempat di Masjid At Tarbiyah SMKASAS.

Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSeD) 2026 - Piala Cabaran CybersafeTarikh: 6 hingga 11 September 202...
13/09/2026

Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan (NICTSeD) 2026 - Piala Cabaran Cybersafe

Tarikh: 6 hingga 11 September 2026,
Tempat; Sektor Sumber & Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa, Kelantan

Alhamdulillah, sekolah kita telah mewakili Perak dan menjadi satu daripada 9 sekolah terbaik di Malaysia dalam percubaan pertama kali menyertai NICTSeD. Walaubagaimanapun pasukan SMKASAS telah berjaya memberi saingan sengit sehingga ke peringkat Separuh Akhir. Syabas dan tahniah!

Pasukan SMKASAS terdiri daripada:
1. Eiliya Safiyya Lim binti Muhammad Ridhuan Tony Lim - 4 Al Bukhari
2. Diya Raihana binti Haznul - 4 Al Bukhari
3. Nur Damia Qalisya binti Shazmine Fashah - 4 Al Bukhari

Guru Pembimbing: Puan Erna Suriati binti Saidi

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Roslan bin Abu Hassan - Pengetua, Encik Mohd Noor bin Hamzah - PK Kokurikulum, guru-guru dan seluruh warga SMKA Sultan Azlan Shah atas sokongan, kerjasama dan bantuan yang diberikan sepanjang persediaan dan penyertaan dalam pertandingan ini.

Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada Encik Abdul Wafi bin Amin Nordin, Penolong Pengarah SSTP, JPN Perak serta Encik Farhan bin Ahmad, Penolong PPD USTP, PPD Perak Tengah, Encik Zairulnahar bin Zakaria atas sokongan, kerjasama dan bantuan yang telah diberikan sehingga pasukan SMKASAS dapat menyertai pertandingan ini dengan lancar.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

📟CABARAN KOD MORSE PERINGKAT NEGERI PERAK📟 Seramai 4 orang murid Persekutuan Pengakap SMKASAS menyertai Pertandingan Cab...
12/09/2026

📟CABARAN KOD MORSE PERINGKAT NEGERI PERAK📟

Seramai 4 orang murid Persekutuan Pengakap SMKASAS menyertai Pertandingan Cabaran Kod Morse Peringkat Negeri Perak:

1. Adam Qayyum bin Mustafa (3K)
2. Ahmad Amirul Munir bin Ahmad Redzuan (3S)
3. Ahmad Dini Uqail bin Budiutama (3H)
4. Mohamad Naufal Hadi bin Fauzi (3B)

Walaupun hanya sampai ke peringkat separuh akhir, namun pasukan SMKASAS berjaya memperoleh tempat ke-7 daripada 30 buah sekolah yang menyertai pertandingan ini. Pasukan ini juga berjaya memperoleh:

🏆Anugerah Pengirim Kod Morse Terbaik
🥈Naib Johan Anugerah Kod Morse Guru Terbaik.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada PK Kokurikulum, En. Mohd Noor, atas sokongan yang diberikan serta terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.

Khamis 10 September 2026Tahniah & Syabas kepada Pasukan Kadet PKBM Laut!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 25 oran...
10/09/2026

Khamis 10 September 2026

Tahniah & Syabas kepada Pasukan Kadet PKBM Laut!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada 25 orang Kadet PKBM Laut yang telah berjaya menamatkan Perkhemahan Tahunan PKBM Peringkat Kebangsaan 2026 dengan cemerlang.

Lebih membanggakan, kesemua 25 orang kadet telah berjaya lulus Ujian Kenaikan Pangkat, sekali gus membuktikan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi sepanjang menjalani latihan.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Muhammad Danial bin Azhar atas penganugerahan Kadet Disiplin Terbaik, satu pengiktirafan yang amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga PKBM.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah atas segala sokongan serta kepercayaan yang diberikan dalam memperkasakan Pasukan PKBM Laut.

Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada barisan Guru Penasihat PKBM Laut yang telah bertungkus-lumus memberikan bimbingan, komitmen dan kerjasama sebelum, semasa dan selepas program berlangsung.

Semoga segala kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan serta mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah!
Teruskan melangkah dengan penuh disiplin, integriti dan semangat patriotisme. 🇲🇾⚓

Rabu, 9 September 2026Pengumuman Keputusan STPM Semester 2/2026Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan ...
09/09/2026

Rabu, 9 September 2026
Pengumuman Keputusan STPM Semester 2/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada seluruh warga pendidik Pusat Tingkatan Enam SMKA Sultan Azlan Shah atas segala usaha, pengorbanan, bimbingan dan doa yang tidak pernah putus dalam membimbing para pelajar. Kejayaan PNGK 3.60 dengan 3 calon PNGK 4.00 ini adalah hasil dedikasi dan komitmen semua guru yang sentiasa berusaha melahirkan kecemerlangan.

Tahniah juga kepada semua calon STPM Semester 2 Tahun 2026 atas kesungguhan, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Kejayaan yang dicapai hari ini merupakan bukti bahawa usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil. Teruskan melakar kecemerlangan dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk mencapai impian yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Kejayaan ini milik kita bersama – guru, pelajar, ibu bapa, alumni dan seluruh warga SMKASAS.

Dari Yang Terpilih Lahir Yang Terbilang

7 September 2026KARNIVAL BAHASA PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH bertempat di SK Seri Iskandar.Syabas dan tahniah diucapkan...
07/09/2026

7 September 2026

KARNIVAL BAHASA PERINGKAT DAERAH PERAK TENGAH bertempat di SK Seri Iskandar.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan SMKASAS atas pencapaian:

JOHAN
Mimbar Daie (Perempuan)
Nur Fatihah Maisarah binti Abdul Karim

JOHAN
Kalimatussobah (Menengah Atas)
Nur Zalifa Qalesya binti Ahmad Yuzi

JOHAN
Sahibba Bahasa Arab (Perempuan)
Nur Jannah binti Rushdi

JOHAN
Spell It Right Arabee
Khayra Insyirah binti Khairuddin

KETIGA
Mimbar Daie (Lelaki)
Rayyan Harith bin Izham Shahril

KETIGA
Kalimatussobah (Menengah Rendah)
Raisya Hanna binti Ahmd Fadzli

KETIGA
Citra Jawi
Muhammd Ishraf Adam bin Mohd Asri

KETIGA
Sahibba Bahasa Arab (Lelaki)
Firas Asyraff bin Mohamad

PENYERTAAN
Hiwar
1. Nuriz Damia Amani binti Izran Maswan
2. Nur Khayrin binti Mohd Nasron
3. Nur Diyanah Sofiyah binti Nur Izwan

Sekalung penghargaan buat semua guru pembimbing dan semua pihak yang telah bersama-sama memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

Kem Pecutan SPMBENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA ARAB SPM Penceramah: Ustaz Mohd Saudi bin Abdullah dari SMKA Maahad Hamidiah...
05/09/2026

Kem Pecutan SPM

BENGKEL KECEMERLANGAN BAHASA ARAB SPM

Penceramah: Ustaz Mohd Saudi bin Abdullah dari SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.

Masa: 8.30 am-12.30 pm
Slot 1: Insya' Muwajjah
Slot 2: Insya' Maftuh

1 - 6 September 2026Kem Pecutan Akhir SPM Dalam keseronokan murid lain menikmati cuti penggal kedua selama seminggu, ana...
04/09/2026

1 - 6 September 2026

Kem Pecutan Akhir SPM

Dalam keseronokan murid lain menikmati cuti penggal kedua selama seminggu, anak-anak calon SPM 2026 terus semangat mengikuti kelas kecemerlangan yang telah disusun oleh sekolah. Begitulah adat menuntut ilmu, jika impian setinggi langit pasti diusahakan selagi terdaya.

Semoga setiap pengorbanan masa, tenaga dan hari cuti oleh semua anak SPM dan guru-guru SMKASAS - menjadi pahala ibadah yang membuahkan kejayaan cemerlang dan diredhai di sisiNya. Tak lupa buat ibu bapa yang sentiasa menyokong dan mendoakan anak-anak ini tanpa henti.

Aamin!
Aamin!
Aamin! Ya Rabb al 'Aalamin!

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sektor Pendidikan Islam 2025 telah berlangsung pada 26 Ogos 2026 yang lalu di dewan Komple...
03/09/2026

Majlis Anugerah Kecemerlangan Sektor Pendidikan Islam 2025 telah berlangsung pada 26 Ogos 2026 yang lalu di dewan Kompleks Pendidikan JPN Perak.

SMKA Sultan Azlan Shah telah berjaya atas kecemerlangan dalam peperiksaan SPM dan STPM 2025 dengan memperoleh pencapaian:

1. GPMP SPM 2025 (SMKA) Terbaik Negeri Perak - Sains 0.82
2. GPMP SPM 2025 (SMKA) Terbaik Negeri Perak - Matematik 0.95
3. GPMP SPM 2025 (SMKA) Terbaik Negeri Perak - Bahasa Inggeris 1.55
4. GPMP SPM 2025 (SMKA) Terbaik Negeri Perak - Pendidikan Syariah Islamiah - 1.41
5. GPMP SPM 2025 (SMKA) Terbaik Negeri Perak - Ekonomi 2.61
6. PNGK STPM 2025 Terbaik Negeri Perak - Syariah 3.76
7. PNGK STPM 2025 Terbaik Negeri Perak - Usuluddin 3.70
8. PNGK STPM 2025 Terbaik Negeri Perak - Bahasa Arab 3.32
9. PNGK STPM 2025 Terbaik Negeri Perak - 3.53

Syabas dan tahniah diucapkan kepada guru matapelajaran penerima anugerah khususnya, semua calon SPM 2025, PIBG, Alumni Asasian serta seluruh warga SMKASAS atas kecemerlangan yang dicapai.

Bersama sederap kita teruskan perjuangan ke arah melahirkan insan kamil cemerlang dunia akhirat.

Kem Cendekia Al Quran Peringkat Kebangsaan yang melibatkan semua murid Kelas Kemahiran Al Quran (KKQ) telah berlangsung ...
29/08/2026

Kem Cendekia Al Quran Peringkat Kebangsaan yang melibatkan semua murid Kelas Kemahiran Al Quran (KKQ) telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Ogos 2026 di Masjid At Tarbiyyah SMKASAS.

Syabas dan tahniah kepada Ustazah 'Aliaa selaku guru KKQ, pembantu teknikal dan siaraya serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga Allah memberkati, melindungi dan merahmati hamba yang berusaha menjaga kalamNya dunia akhirat.

Address

Bota
32600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMKA Sultan Azlan Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category