Science to Well-being, aims to upgrade the rakyat’s standard of living through the usage and mastery of science, technology and innovation. Now being implemented by the Education Ministry, this initiative will also emphasize excellence in the national education system, especially in the fields of science, technology, engineering and mathematics (STEM).
____________________________________
Program
pendidikan Science To Action (S2A) Teras Kedua (Sains untuk Kesejahteraan) merupakan inisiatif Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul Razak bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup Rakyat melalui penguasaan dan aplikasi sains, teknologi dan inovasi dengan memberi penekanan kepada pengukuhan sistem pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk generasi muda. Program pendidikan S2A telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dijalankan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia anjuran UiTM dengan kerjasama MIGHT, Pejabat Penasihat Sains YAB Perdana Menteri dan SUK Negeri Perak YB Pengerusi Pendidikan Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau. Projek Sekolah Hijau (Green School Project) bertempat di SMK Tarcisian Convent pada 30 May 2015, dengan penglibatan seramai 50 orang murid dan 5 orang Guru Pengiring.
2. Akauntan Hijau (Green Accounting) bertempat di SK Pendita Za'ba, Tapah Road pada 1 Ogos 2015, dengan penglibatan seramai 50 orang murid dan 5 orang Guru Pengiring.
3. Penyelesaian Kendiri (Do-It-Yourself at Homes) bertempat di SMK Seri Kandi, Teluk Intan pada 8 Ogos 2015, dengan penglibatan seramai 100 orang murid dan 5 orang Guru Pengiring.
4. Tanah, Haba dan Warna (Earth, Heat and Colour) bertempat di SMK Kampong Perak pada 5 September 2015, dengan penglibatan seramai 50 orang murid dan 5 orang Guru Pengiring.
5. (E-Z Math!) bertempat di SMK Jelai 5 September 2015, dengan penglibatan seramai 114 orang murid dan 5 orang Guru Pengiring.
6. Seni Sains Sebenar (Real Science Art) bertempat di SMK Dato’ Kamaruddin 5 September 2015, dengan penglibatan seramai 150 orang murid dan 5 orang Guru Pengiring. Program ini dikendalikan bersama-sama 53 pensyarah dan 145 mahasiswa mahasiswi UiTM (Perak) dari Fakulti Perancangan, Bangunan & Ukur, Fakulti Perakaunan, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Fakulti Sains Gunaan dan Fakulti Sains Komputer & Matematik. Program pendidikan ini telah dirasmikan oleh YB. Dato Dr. Muhammad Amin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau pada 5 September 2015 (Sabtu) bertempat di SMK Dato Kamaruddin, Batu Kurau, Perak.