26/12/2021
SEJARAH POKOK EVERGREEN
Namrud cucu Ham, anak Nabi Nuh adalah pengasas sistem kehidupan masyarakat Babylon kuno. Nama Ni**od dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata “Marad” yang bermaksud: “Dia membangkang atau “Murtad” antara lain dengan keberaniannya mengahwini ibu kandungnya sendiri bernama “Semiramis”.
Namun usia Namrud tidak sepanjang ibu sekaligus isterinya. Maka setelah Namrud mati Semiramis menyebarkan ajaran, bahawa roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati.
Maka dibuatlah olehnya perumpamaan pohon “Evergreen” yang tumbuh dari sebatang kayu mat’s.
Maka untuk memperingati kelahirannya dinyatakan bahawa Namrud selalu hadir di pokok Evergreen dan meninggalkan hadiah yang digantungkan di ranting-ranting pokok itu. Sedangkan kelahiran Namrud dinyatakan tarikh 25 Disember. Inilah asal-asul pokok Krismas.
Selain itu, Semiramis dianggap sebagai “Ratu Langit” oleh rakyat Babylon, kemudian Namrud dipuja sebagai “anak suci dari syurga”.
Pusingan zaman silih berganti menyatakan bahawa penyembah berhala versi Babylon ini berubah menjadi “Mesiah palsu”, berupa dewa “Ba-al” anak dewa matahari dengan objek penyembahan “Ibu dan Anak” (Semiramis dan Namrud) yang lahir kembali.
Ajaran tersebut menjalar ke negara lain : Di Mesir berupa “Isis dan Osiris”, di Asia bernama “Cybele dan Deoius”, di Rom disebut “Fortuna dan Musytari”. Bahkan di Yunani, “Kwan Im” di China, Jepun, dan Tibet, India , Parsi, Afrika, Eropah, dan Mexico juga ditemui adat pemujaan terhadap dewa “Madonna” dan Iain-Iain.