Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain - KAFA Bahagian Bintulu

Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain - KAFA Bahagian Bintulu Facebook Rasmi Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Bahagian Bintulu

πŸ“Œ Pemantauan Permohonan KAFA Bahagian BintuluπŸ“ Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Bintulu πŸ—“οΈ 04 Mei 2026βœ‰οΈ 09.00 PagiPemantau...
04/05/2026

πŸ“Œ Pemantauan Permohonan KAFA Bahagian Bintulu
πŸ“ Sekolah Kebangsaan Ulu Segan, Bintulu
πŸ—“οΈ 04 Mei 2026
βœ‰οΈ 09.00 Pagi

Pemantauan bagi Permohonan KAFA di SK Ulu Segan telah pun dilaksanakan dengan baik dan dihadiri bersama Ustaz Anas Zurnaziq, Ustaz Wan Muhammad Nur Aiman, Ustaz Mohd. Sahfini dan Ustazah Aina dari Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu.

Pemantauan dibuat adalah bagi memastikan kelas KAFA dapat dilaksananakan dengan baik dan lancar di premis serta membincangkan serba sedikit tentang Peraturan-peraturan KAFA yang baharu.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah dan semua guru yang terlibat.

πŸ“ 23 April 2026πŸ“Œ Lawatan dan Pemantauan Pelaksanaan KAFA SJK Chung Hua, Bintulu. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P...
23/04/2026

πŸ“ 23 April 2026
πŸ“Œ Lawatan dan Pemantauan Pelaksanaan KAFA SJK Chung Hua, Bintulu.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menggunakan Kurikulum KAFA 2.0 yang telah ditetapkan.

Keseluruhannya, Pelaksanaan KAFA di SJK Chung Hua, Bintulu dalam keadaan yang baik.

πŸ“ 19 April 2026πŸ“Œ Taklimat Pendaftaran UPKK 2026
22/04/2026

πŸ“ 19 April 2026

πŸ“Œ Taklimat Pendaftaran UPKK 2026

24/02/2026

Ibu Ayah, anak-anak yang dikasihi,

Menjelang Pengumuman Keputusan UPKK 2026, marilah kita melihat UPKK bukan sekadar sebagai peperiksaan, tetapi sebagai proses tarbiah yang membentuk peribadi Muslim. Ia mendidik disiplin sebagai amanah, melatih mujahadah dalam menuntut ilmu serta menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah.

Dalam perjalanan ini, anak-anak belajar erti ikhtiar yang bersungguh-sungguh, sabar sebagai tanda kekuatan iman dan tawakkal yang sebenar setelah segala usaha dilaksanakan.

Apa jua keputusannya nanti, yakinlah bahawa yang paling berharga bukan sekadar gred, tetapi jiwa yang terdidik, akhlak yang terbina dan keberkatan ilmu yang dibawa sepanjang kehidupan.






16/02/2026
TAKLIMAT PENGURUSAN KAFA BAHAGIAN BINTULU 2026πŸ“… Tarikh: 17 Januari 2026πŸ“ Tempat: Dewan SK Agama MIS Bintulu, BintuluTela...
17/01/2026

TAKLIMAT PENGURUSAN KAFA BAHAGIAN BINTULU 2026

πŸ“… Tarikh: 17 Januari 2026
πŸ“ Tempat: Dewan SK Agama MIS Bintulu, Bintulu

Telah berlangsung Taklimat Pengurusan KAFA Bahagian Bintulu Tahun 2026 anjuran Unit Pengurusan KAFA, Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu.

Taklimat ini telah dihadiri oleh guru-guru KAFA Bahagian Bintulu yang melibatkan Daerah Bintulu, Daerah Tatau dan Daerah Sebauh.

Taklimat telah disampaikan oleh Ustazah Aina Murdiah binti Mohd Puzi, Penyelia KAFA Bahagian Bintulu.

Antara tujuan taklimat ini adalah untuk memastikan pelaksanaan kelas KAFA di semua premis berjalan dengan baik, teratur dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi sesi persekolahan KAFA tahun 2026.

Semoga taklimat ini dapat memperkukuh kefahaman serta komitmen semua guru KAFA dalam melaksanakan tanggungjawab demi kecemerlangan pendidikan KAFA anak-anak di Bahagian Bintulu.



Semoga dipermudahkan urusan semua calon UPKK 2025 🀲🏻
17/11/2025

Semoga dipermudahkan urusan semua calon UPKK 2025 🀲🏻

29 Oktober 2025, Unit Pengurusan KAFA, Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu telah berjaya melaksanakan Bengkel Menjawab ...
29/10/2025

29 Oktober 2025, Unit Pengurusan KAFA, Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu telah berjaya melaksanakan Bengkel Menjawab Soalan UPKK Bahagian Bintulu Tahun 2025 bertempat di Masjid Baru Daerah Tatau, Bintulu.

Bengkel ini telah dihadiri oleh calon-calon UPKK dari Daerah Tatau, Sebauh dan Bintulu. Semoga sedikit sebanyak perkongsian daripada tenaga pengajar sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan oleh calon-calon dalam menghadapi peperiksaan UPKK yang akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar, urus setia dan semua yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan bengkel ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Diharapkan bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dengan skala yang lebih besar.

23 Oktober 2025, Unit Pengurusan KAFA Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu melaksanakan Majlis Solat Hajat Perdana UPKK ...
23/10/2025

23 Oktober 2025, Unit Pengurusan KAFA Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu melaksanakan Majlis Solat Hajat Perdana UPKK Bahagian Bintulu bertempat di Surau Darussyakirin Kampung Assyakirin, Bintulu.

Sebanyak 24 Sekolah di Bahagian Bintulu termasuk dari Daerah Tatau dan Sebauh telah menghadiri majlis ini.

Solat Hajat telah diimamkan oleh al-fadhil Ustaz Mohammad Ilyas bin Abdul Fata. Manakala, Bacaan Surah Yasiin diketuai oleh al-fadhil Ustaz Muhammad Hidayatullah bin Zamri.

Didoakan semoga semua calon-calon UPKK di seluruh Bahagian Bintulu mendapat kejayaan dalam UPKK yang akan datang. Bittaufiq wannajah 🀲

23 September 2025, Unit Pengurusan KAFA Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu melaksanakan Taklimat Ujian Penilaian Kelas...
23/09/2025

23 September 2025, Unit Pengurusan KAFA Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu melaksanakan Taklimat Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Lisan kepada Ketua Pengawas dan Penilai yang dilantik.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Ustazah Aina Murdiah binti Mohd Puzi, Penyelia KAFA Bahagian Bintulu.

πŸ“ Kursus Pedagogi Mata Pelajaran Jawi Guru KAFA Bahagian Bintulu Tahun 2025πŸ“… 16 Julai 2025πŸ“Œ Dewan Seminar, Pejabat Agama...
16/07/2025

πŸ“ Kursus Pedagogi Mata Pelajaran Jawi Guru KAFA Bahagian Bintulu Tahun 2025

πŸ“… 16 Julai 2025

πŸ“Œ Dewan Seminar, Pejabat Agama Islam Bahagian Bintulu

Address

Pejabat Agama Islam Bahagian
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain - KAFA Bahagian Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain - KAFA Bahagian Bintulu:

Shortcuts

Share

Category