11/12/2025
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ซ ๐จ๐ง ๐๐ฎ๐ ๐๐ซ
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada premis makanan di sekitar Bintulu yang menyokong Kempen War on Sugar dengan memaparkan stiker โWar on Sugarโ dan sudut informasi kesihatan di premis masing-masing.
Sokongan anda membantu:
โ๏ธ Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya pengambilan gula berlebihan
โ๏ธ Menggalakkan penawaran pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat
โ๏ธ Membantu pelanggan membuat pilihan lebih bijak
Komitmen anda amat kami hargai dalam mewujudkan komuniti Bintulu yang lebih sihat.
08/12/2025
๐๐๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ ๐๐ง ๐๐ฎ๐ ๐๐ซ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ง๐ข๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ข ๐๐จ๐ฉ๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ
๐
Tarikh: 10 November 2025
๐ Tempat: Bilik Mesyuarat PKB Bintulu
Sama-sama kita gerakkan perubahan โ kurangkan gula, tingkatkan kesihatan, dan jadikan komuniti kita lebih sihat dari kedai ke kedai.
1 sudu teh gula sudah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!
08/12/2025
Pengusaha Makanan Perlu Lebih Serius Menjaga Kebersihan | Suara Sarawak
Pengusaha makanan perlu lebih serius menjaga kebersihan dari Suara Sarawak
06/10/2025
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ซ๐๐ฒ๐ ๐๐ข๐ก๐๐ญ ๐๐๐๐ ๐
Program Kembara Pasaraya Sihat 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 3 Oktober 2025 (Jumaat) di Econsave, Bintulu. Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada ahli KOSPEN, staff PKB Bintulu, staff Econsave dan orang awam telah menyertai program ini.
Program ini diadakan bersempena dengan Kempen War on Sugar, bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang cara membaca label nutrisi dengan betul, meningkatkan advokasi pelabelan Logo Healthier Choice Logo (HCL), serta memberi kesedaran mengenai ramuan dan nama lain bagi gula.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat, khususnya kepada Econsave atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan program ini. Semoga inisiatif dapat membantu masyarakat membuat pilihan makanan yang lebih sihat dan seimbang.
06/10/2025
๐ฑ ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ค๐๐ง๐๐ง ๐๐ข๐ก๐๐ญ & ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐จ
๐
23 September 2025 (Selasa)
๐ Tadika SeDidik, Kidurong
Program Ceramah Pemakanan Sihat untuk Kanak-kanak (4โ6 tahun) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif daripada para ibu bapa dan guru. Turut diadakan ialah Pertandingan Bento Kreatif, di mana ibu bapa menunjukkan kreativiti menyediakan bekal berkhasiat dan menarik untuk anak-anak. ๐๐ฅ๐
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran ibubapa tentang kepentingan pemakanan sihat sejak usia awal demi melahirkan generasi sihat dan cergas.๐
06/10/2025
๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฆ๐ถ๐ต๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ต๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ (๐๐ ๐ฆ๐ฆ) ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ
Pameran Booth Interaktif Pemakanan Sihat Sempena Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS).
Tempat: SMK Baru, Bintulu
Tarikh: 2/10/2025
Masa: 1.00 - 5.00 pm
Pelajar-pelajar seronok mencuba Roda Impian Pemakanan Sihat, menjawab kuiz dan belajar Pinggan Sihat Malaysia. Semoga aktiviti ini dapat memupuk kesedaran dalam kalangan remaja untuk mengamalkan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian๐ชโจ.
01/10/2025
๐๐๐ค๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ซ ๐๐ง ๐๐ฎ๐ ๐๐ซ, ๐๐๐ง๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ, ๐๐๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ง๐๐ง, ๐๐๐ง๐๐ญ๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ก๐๐ฉ ๐๐๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ง๐๐๐ฌ ๐๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ก, ๐๐๐ง๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ข & ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐จ
Pada 30 September 2025 bertempat di Auditorium Wisma Bintulu, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu dengan kerjasama Pihak BDA serta PERKESO Bintulu telah menganjurkan sebuah program yang merangkumi:
โ
Taklimat War On Sugar
โ
Latihan Katering Sihat
โ
Ceramah Pensijilan Bersih dan Selamat
โ
Taklimat Kebersihan dan Keselamatan Makanan
โ
Taklimat Penetapan Kebersihan Tandas Bersih, Menawan dan Wangi
โ
Penerangan Caruman Perlindungan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian, Yang Berbahagia Datuk Dr. Melvin Chung Hsien Liang. Turut hadir memeriahkan program ini ialah En. Clement Achui (Pengurus Seksyen Pentadbiran Am dan Pelesenan), Puan Noorfitriah (Pegawai Eksekutif Penguatkuasa), serta En. Hii Hung Yii (Presiden Persatuan Peniaga Kedai Kopi dan Restoran Bintulu).
Program ini berjaya menarik penyertaan seramai 182 orang pengusaha premis makanan dan penjaja. Dengan penganjuran taklimat ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam perniagaan masing-masing serta menjadi contoh kepada masyarakat dalam mengamalkan pemakanan sihat. ๐ฟโจ
01/10/2025
๐๐ฎ๐บ๐ฏ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฆ๐ถ๐ต๐ฎ๐ ๐ฆ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ต๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ (๐๐ ๐ฆ๐ฆ) ๐ฉ๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐๐ก๐๐ ๐ข๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ
Pameran Booth Interaktif Pemakanan Sihat Sempena Program Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS).
Tempat: Boulevard Shopping Mall Bintulu
Tarikh: 28/9/2025
Masa: 10 pagi - 3 petang
Terima kasih kepada semua yang singgah, jawab kuiz, serta menikmati infused water segar tanpa gula ๐ง๐. Mari teruskan amalan hidup sihat bersama-sama ๐ชโจ.
26/08/2025
Anak kerap jatuh sakit?
Kadang jawapannya ada saja dalam peti sejuk kita.
๐ Buah & sayur tinggi Vitamin C macam jambu batu, oren, kiwi, strawberi, betik, nenas, capsicum merah, brokoli dan tomato semuanya mudah jadi โsenjata imunitiโ kalau kita pandai sediakan.
Potong siap dalam bekas lutsinar, jadikan aiskrim buah homemade, atau campur dalam smoothie sejuk. Bila buka peti, anak nampak warna-warni yang menarik terus tangan laju capai.
Bila peti sejuk kita penuh dengan pilihan sihat, kita sebenarnya tengah mudahkan anak s**a makan buahโฆ dan itu hadiah paling besar untuk kesihatan mereka โค๏ธ