Aisy Taqiuddin Home Learning Activities

Aisy Taqiuddin Home Learning Activities

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aisy Taqiuddin Home Learning Activities, Education, Bintulu.

I would like to introduce some activities that my little boy does during his "school holidays" due to covid-19.This such of activities are very good for children in this time of pandemic.

25/11/2021

📚💝

Photos from Aishah Kassim's post 24/11/2021
17/09/2021

Assalamualaikum, hai hello mommie's out there ❤️ Lama tak bersiaran. Hari ni ummi Aisy nk share aktiviti yg ummi and Aisy buat semalam. 😊

🖐🏼HANDPRINT ARTS👨‍🎨

Bahan2 yg diperlukan semestinya tangan anak sendiri😁 watercolor, drawing block/A4 paper or kalau mommie's plan nk simpan dlm frame, boleh guna paper yg cantik & menarik ok ☺️

Setiap aktiviti terdapat kelebihan tersendiri. Begitu juga dgn Handprint Arts ni. Antaranya ialah dapat meningkatkan daya imaginasi anak2. Selain hanya melihat tapak tangan sendiri, apakata mommie's lukis haiwan seperti burung, tikus, gajah, dinosaur dan lain2 lagi utk memberi dorongan agar anak2 dpt berimaginasi.

Yang kedua, dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan. Secara tidak langsung, tangan dan mata anak2 anda sedang bekerjasama semasa aktiviti ini dijalankan. "Tangan nk letak kat mane eh, nk letak tangan dkt watercolor, mata mesti tengok kat sini", dan banyak lagi persoalan yg bermain di minda anak2 anda 😊

Seterusnya, semestinya meningkatkan motor halus anak2 anda. Dgn adanya aktiviti ini, kekuatan jari dan tangan anak anda InsyaAllah semakin berkembang dan mampu membantu dlm aktiviti pra-menulis kelak. 😍

Ada masa lapang nanti, bawak lah anak2 buat aktiviti ni ok. Have fun and enjoy the moment! 😊💕

25/07/2021

Hai mommie's! 🙌 Minggu ni ummi Aisy nk re-share lagi Moon Sand Activity utk mommie's & anak2 ❤️

Bahan2 yg sgt mudah & senang didapati. Mommie's boleh scroll post beberapa minggu yg lepas utk rujukan bahan2 & cara utk menghasilkannya, ok? 😉

Selamat mencuba & have fun! 😍

18/07/2021

Assalamualaikum, hai, helloooo mommie's 😉 Anak2 buat apa hari ni? Outdoor activity or indoor activity? Ummi Aisy nk share aktiviti mengenal warna pulak kali ni. Aktiviti ni diberi nama "Popsicle Colors Sorting"

Bahan2 yg diperlukan :
💚Batang ice-cream yg berwarna-warni
💚Recycle box (ummi guna box YL)
💚Kertas warna(6 warna)
💚Transparent cello tape

Selain dapat mengajar anak2 mengenal warna, mommie's juga dapat mengasah anak2, meningkatkan daya fikir serta menajamkam lagi tumpuan dan perhatian anak2 dlm melaksanakan aktiviti ini.

Permulaan aktiviti ni memang agak sukar ya mommie's lebih2 lagi utk anak2 di bawah umur 2 tahun kerana mereka memerlukan banyak kemahiran demi menjayakan aktiviti ini. Harus bersabar dan terus bersabar demi melihat si comel kita mahir dan berjaya. Lama kelamaan anak2 mommie's pasti mahir dan sgt seronok melakukannya. 😍

Apa2 pertanyaan berkaitan dgn aktiviti, bolehlah drop your comments ok? 😊 Have fun!

Photos from Aisy Taqiuddin Home Learning Activities's post 12/07/2021

💕MOON SAND SENSORY PLAY💕

Anak2 dh rindu nk main pasir di tepi pantai ke tu? Aisy rindu sangat dahhh. So, ummi Aisy decide nk buat aktiviti Moon Sand utk Aisy.

Bahan2 yg diperlukan :
💚Tepung gandum
💚Baby hair oil

Sebatikan dua bahan tersebut hingga anak2 dapat membentuk sesuatu bentuk dgn sempurna seperti di dlm gmbr yg disertakan di bawah.

Mommie's boleh biarkan anak2 mommie's sendiri yg gaulkan bahan2 tersebut ok? Messy itu perkara biasa mommie's. Let them enjoy the moment ok. Hehe 😁 jumm try mommie's 😉

11/07/2021

Hai mommie's! ☺️ Hari ni mommie's and kids buat aktiviti apa? Ummi Aisy nk share aktiviti yg agak messy sikit tp penuh kegembiraan utk anak2 😁

💕Firework Painting

Bahan2 yg diperlukan :
💚Tissue roll yg telah dikerat seperti di dlm gmbr
💚Watercolors/food coloring
💚Drawing block

Aktiviti ni sangat mudah tp memerlukan beberapa teknik utk menghasilkan firework yg cantik.

Twist and bounce adalah teknik yg sesuai utk menghasilkan firework painting ni tau mommie's. Tapiii Aisy tak apply sangat 2 teknik tu utk firework painting dia. Sekali dua je pastu dahhh. Dia buat teknik sendiri pulak. 😂 But it's okk. Yg penting dorang happy 😉

Apa tunggu lagi? Jumm try mommie's ☺️

07/07/2021

Terima kasih kerana sudi Follow & Like page Aisy Taqiuddin Home Learning Activities. Semoga aktiviti yg di share memberi manfaat. Kalau ada yg sudi share aktiviti, bolehlah drop dkt komen ok ☺️

07/07/2021

Assalamualaikum semuaaaa. Haii haii haiiii. Lama pulak rasanya ummi Aisy tak upload aktiviti kan? 😁 Ok, kali ni ummi Aisy nk share aktiviti yg diberi nama "Size Sorting"

Aktiviti ni mudah je mommie's. Mommie's hanya perlu memperkenalkan dua jenis saiz kpd anak2 mommie's iaitu Kecil & Besar atau Big and Small kalau mommie's menggunakan bahasa inggeris.

Dgn hanya menggunakan material yg ada di dlm rumah, mommie's perkenalkanlah saiz tersebut kpd anak2. Sambil2 tu, tanya jugak anak2 adakah mereka kenal material tersebut. Salah satu usaha utk menggalakkan anak bercakap jugak tau mommie's.

Jumm try and have fun ❤️

04/07/2021

💕STRAW IN A JAR/BOTTLE

Wahhh nampak menarik je tajuk aktiviti hari ni? Haaa, hari ni ummi Aisy nak memperkenalkan aktiviti yang memerlukan daya fokus dan perhatian yang tinggi ok. Sangat sesuai utk anak berumur 1tahun5bulan ke atas tau. Jumm kita lihat dulu bahan2 yg diperlukan utk menjalankan aktiviti ni.

💚Straw yg di gunting
💚Jar yg ada lubang di tengah/botol rempah/botol yg dilubangkan

Sbg seorg ibu, sudah semestinya kita sgt menitikberatkan perkembangan anak2 termasuklah dari aspek 'fokus & perhatian'. Banyak lagi kebaikan membuat aktiviti ini mommie's. Jadi, kalau mommie's nk tahu tahap fokus & perhatian anak2 mommie's, apa kata mommie's try this activity ☺️ Happy learning 👍🏻

03/07/2021

Hai hai haii mommie's 👋🏻 Weekend ni mommie's nk buat aktiviti apa? Mommie's tak sempat nk sediakan materials yg lain? It's ok. Jumm try this practical life activity. Bahan2 nya sangatlah mudah didapati mommie's. 😁

Bahan2 yg diperlukan :
💚Margarine
💚Butter knife
💚Mangkuk
💚Cutting board

Simple kan aktiviti ni? Banyak benefits tau mommie's. Utk pembacaan dan pemahaman bersama, Ummi Aisy sertakan link di bawah k. ☺️ Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. 😘

https://rhythmsofplay.com/cutting-a-banana-a-montessori-practical-life-activity/

02/07/2021

Finally, it's Friday. 😁 Hari ni ummi Aisy ajar phonic pulak.

🌼'F' is for Flower🌼

Bahan2 yg diperlukan :

💚Printable huruf F (boleh guna apa2 material yg ada seperti kotak, kertas warna, foam paper, felt paper)
💚Bentuk bunga (sebanyak mana yg mommie's nak)
💚Gam
💚Drawing block

Sebelum memulakan aktiviti, mommie's perkenalkan huruf tersebut kpd anak2. Kemudian, biar mereka teka F tu utk apa. ☺️ Boleh ulang beberapa kali kemudian bolehlah mulakan aktiviti menampal huruf dan bunga tersebut di atas drawing block.☺️

Mudah kan? Jum cuba mommie's ☺️

Want your school to be the top-listed School/college in Bintulu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Bintulu
97000