21/06/2026
π Majlis Apresiasi Transformasi Asrama Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2025
π 12 Jun 2026 (Jumaat)
π Frazel Expo & Convention Hall, Alor Setar, Kedah
π PENARAFAN 5 BINTANG ASRAMA RAUDHATUL NAJAH π
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian yang amat membanggakan apabila Asrama Raudhatul Najah telah berjaya menerima Penarafan 5 Bintang Transformasi Asrama Madani Peringkat Kebangsaan Tahun 2025.
Pengiktirafan ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen dan kerjasama erat seluruh warga sekolah khususnya barisan pentadbir, pengurusan asrama, warden, guru-guru, Pembantu Pengurusan Murid (PPM), PIBG, kakitangan sokongan, murid-murid asrama serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu.
Pencapaian ini membuktikan bahawa asrama sekolah sentiasa komited dalam menyediakan persekitaran yang kondusif, selamat, ceria dan berkualiti bagi melahirkan murid yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan meningkatkan lagi kualiti pengurusan serta perkhidmatan asrama pada masa hadapan.