KAFA Kg Petalin Baru, Bidor

KAFA Kg Petalin Baru, Bidor SRAR ISLAMIAH IKHLASIAH KG PETALIN BARU BIDOR

Sambutan Hari Guru, peringkat sekolah 15 Mei 2026.Terima kasih anak-anak yang mengambil bahagian, walau tanpa persediaan...
17/05/2026

Sambutan Hari Guru, peringkat sekolah 15 Mei 2026.Terima kasih anak-anak yang mengambil bahagian, walau tanpa persediaan dan latihan tetap dapat memberi persembahan yang baik.

Syukur Alhamdulillah atas setiap waktu dan masa untuk kami merasai sedikit kegembiraan dan keceriaan bersama anak -anak ini untuk menyambut Hari Guru yang diadakan setiap tahun.

😌Terima kasih ibubapa/ penjaga yang menyediakan cenderahati buat guru-guru, bukan dipinta balasan untuk apa yang diberi, ianya ikhlas tanpa niat untuk mendapat ganjaran dan balasan. 🀩🀩

Sedikit jamuan dari kami buat anak-anak, tidak banyak dapat disediakan namun terimalah ianya sebagai hadiah juga dari kami. πŸ™‚πŸ™‚


2hb Mei 2026 - Sabtu .Majlis Ihtifal Mukim Bidor berlangsung di Sekolah Agama Rakyat Jeram Mengkuang, Tahniah semua atas...
09/05/2026

2hb Mei 2026 - Sabtu .Majlis Ihtifal Mukim Bidor berlangsung di Sekolah Agama Rakyat Jeram Mengkuang, Tahniah semua atas keberanian, kesungguhan untuk mencari pengalaman baru. 🀩🀩

InsyaAllah, berusaha dengan lebih buat untuk masa akan datangπŸ₯°πŸ₯°.

Nombor 2 - Tilawah Al quran. (Lelaki/Perempuan)
Nombor 2 - Jawi

Yang lain-lain menunjukkan prestasi yang cemerlang dan boleh pergi lebih jauh dengan latihan yang berterusan. 😍




Sebelum berangkat pulang, singgah di I- city Shah Alam, cuaca hujan dan angin. Tak banyak permainan yang dapat dirasai, ...
26/04/2026

Sebelum berangkat pulang, singgah di I- city Shah Alam, cuaca hujan dan angin. Tak banyak permainan yang dapat dirasai, disebabkan faktor keselamatan kami menyingkatkan masa disini.

Alhamdulillah, dapat juga mereka semua merasai suasana malam di team park ini, Insyaallah diizinkan waktu dan masa dapat kita ke sini semula. 😊😊

Terima kasih semua ibubapa/ penjaga yang memberi keizinan dan kepercayaan kepada kami untuk membawa anak-anak anda bersama kami ke lawatan sekolah pada tahun ini. 😍😍

Moga berjumpa di lain lawatan dengan izin Allah SWT. πŸ₯°

Selesai membeli belah coklat πŸ˜‹πŸ˜‹, untuk solat dan makan tengahari kami menuju ke masjid UPM, plan awalnya untuk ke Muzium...
26/04/2026

Selesai membeli belah coklat πŸ˜‹πŸ˜‹, untuk solat dan makan tengahari kami menuju ke masjid UPM, plan awalnya untuk ke Muzium Shah Alam dan masjid Wilayah, disebabkan hujung minggu, kenderaan pun banyak dan makan masa untuk ke destinasi tersebut.

Masjid UPM, suasana indah dan selesa, pakcik guard baik sangat πŸ™‚, naik bas untuk bawa kami ke ruang makan.

Destinasi tanpa dirancang Taman Tasik Shah Alam, suasana nampak tenang, ada kedai- kedai makan yang banyak.

Ambil kesempatan membawa anak-anak menaiki bot menyusuri tasik. 😁😁

Seterusnya destinasi ke Kilang  Coklat Beryl's di Sri Kembangan. Kami diberi taklimat tentang bagaimana coklat dihasilka...
25/04/2026

Seterusnya destinasi ke Kilang Coklat Beryl's di Sri Kembangan. Kami diberi taklimat tentang bagaimana coklat dihasilkan.

Banyak info-info menarik dapat dikongsikan di sini. Cara pembuatan serta pemprosesan dalam menghasilkan coklat yang bermutu tinggi.

Yang pasti dapat memborong coklat. πŸ˜œπŸ˜‹Alhamdulillah, semua dapat membeli coklat kegemaran sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. πŸ₯°πŸ₯°

Destinasi pertama kami Petrosains KLCC, semoga memberi manafaat buat semua murid-murid. Banyak yang dapat dipelajari, il...
25/04/2026

Destinasi pertama kami Petrosains KLCC, semoga memberi manafaat buat semua murid-murid. Banyak yang dapat dipelajari, ilmu lama dan baru, merentas masa.

Terima kasih pada semua yang mengikuti program lawatan pada, tahun ini. πŸ™‚πŸ™‚

Pukul 7 pagi bertolak dari Bidor, Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan permusafiran kami ke Kuala Lumpur dipermudahk...
25/04/2026

Pukul 7 pagi bertolak dari Bidor, Alhamdulillah, moga dipermudahkan urusan permusafiran kami ke Kuala Lumpur dipermudahkan.
Berhenti sarapan di Ulu Bernam, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Sambutan jamuan Hari Raya 2026,Alhamdulillah, sentiasa meriah dengan kehadiran ibubapa, penjaga serta penduduk kampong. ...
14/04/2026

Sambutan jamuan Hari Raya 2026,Alhamdulillah, sentiasa meriah dengan kehadiran ibubapa, penjaga serta penduduk kampong.
Terima kasih pada yang menyumbang makanan yang sedap-sedap, juadah terlalu banyak untuk dipilih. πŸ˜†πŸ˜†

Moga Allah sahaja yang membalas segala kebaikan semua, moga terus murah rezeki, hidup dlama Rahmat Allah selalu. 😍😍

Terima kasih juga pada yang banyak membantu dari awal hinggalah ke akhir majlis. πŸ₯°πŸ₯°
#10/4/2026

Tahniah semua anak-anak UPKK 2025 diatas pencapaian yang baik dan membanggakan. πŸ₯°πŸ₯°Moga terus berjaya di masa hadapan, me...
26/02/2026

Tahniah semua anak-anak UPKK 2025 diatas pencapaian yang baik dan membanggakan. πŸ₯°πŸ₯°
Moga terus berjaya di masa hadapan, menjadi harapan keluarga, agama dan negara.

Teruskan pencapaian diperingkat yang lebih tinggi, pelihara akhlak, jaga solat dan sentiasa menghormati ibubapa guru dan mereka yang lebih tua dan rakan sebaya. 😊😊

Semoga ianya menjadi pemangkin untuk lebih baik dizaman yang lebih mencabar. Terima kasih pada semua ibubapa yang sentiasa memberi dorongan dan komitmen dalam usaha pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti untuk anak-anak pelajar..

Moga tahun ini lebih ramai lagi yang cemerlang. Insyaallah. 😍😍

14/2/2026 hari Sabtu majlis Tahlil dan Kesyukuran telah diadakan di sekolah, semua ibubapa, penjaga, waris dan murid- mu...
26/02/2026

14/2/2026 hari Sabtu majlis Tahlil dan Kesyukuran telah diadakan di sekolah, semua ibubapa, penjaga, waris dan murid- murid dijemput hadir. Alhamdulillah, kehadiran 200 orang bersama menikmati hidangan yang disediakan.

Terima kasih pada semua yang hadir, penduduk kampong, rakan-rakan dan saudara mara. Moga sekolah kita bertambah lagi rezekinya .

Tak sempat nak ambil gambar ... 🫒🫒, itulah seadanya... πŸ€—πŸ€—

Address

Kg Petalin Baru
Bidor

Telephone

+60195614445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFA Kg Petalin Baru, Bidor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share