13/08/2026
π± 13 Ogos 2026 | BENGKEL STRATEGI PENULISAN PROPOSAL GERAN KOMPETITIF
Bengkel Strategi Penulisan Proposal Geran Kompetitif telah berjaya dilaksanakan pada 13 Ogos 2026 bertempat di Bilik Seminar, Blok F2, Aras Bawah, FBIM, UniSZA Kampus Besut.
Bengkel ini menampilkan Prof. ChM Dr. Wan Mohd Khairul bin Wan Mohamed Zin, Timbalan Ketua Bidang Sains Tulen dan Gunaan, Geran Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merangkap Dekan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sebagai penceramah jemputan.
Sesi perkongsian ini memberikan pendedahan praktikal berkaitan strategi memperkukuh penulisan proposal geran, termasuk sesi bedah proposal grant yang membolehkan peserta mendapatkan pandangan dan penambahbaikan secara lebih terarah. π―π
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Wan Mohd Khairul atas perkongsian ilmu dan kepakaran, serta Dr. Mohd Fahmi Abu Bakar, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pembangunan FBIM, dan semua pensyarah yang hadir dan memberikan komitmen.
Semoga perkongsian dan ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada proposal geran yang lebih berkualiti, penyelidikan yang berimpak dan kejayaan mendapatkan lebih banyak geran kompetitif pada masa akan datang.
Ilmu Demi Faedah Insan | Knowledge for the Benefit of Humanity