Jabatan Teknologi Maklumat, Kolej Vokasional Besut

  • Home
  • Jabatan Teknologi Maklumat, Kolej Vokasional Besut

Jabatan Teknologi Maklumat, Kolej Vokasional Besut Merupakan Page Rasmi Jabatan Teknologi Maklumat, Kolej Vokasional Besut, Terengganu.

KURSUS BOOTCAMP PESERTA PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2026 PERINGKAT AKHIR BIDANG IT NETWORK SYSTEMS AD...
14/04/2026

KURSUS BOOTCAMP PESERTA PERTANDINGAN WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) 2026 PERINGKAT AKHIR BIDANG IT NETWORK SYSTEMS ADMINISTRATION (ITNSA)

Tarikh : 12 - 16 April 2026
Tempat : Ciast, Shah Alam

PESERTA AKHIR WSMB KVBESUT:
Mohamad Aqib Azfar Bin Mohamad Azhar
Pelajar Tahun 2 Diploma Teknologi Maklumat

PROGRAM CSR Jabatan Teknologi MaklumatKolej Vokasional BesutAlhamdulillah, Bengkel Asas Canva: Cipta Kad Digital Kreatif...
14/04/2026

PROGRAM CSR
Jabatan Teknologi Maklumat
Kolej Vokasional Besut

Alhamdulillah, Bengkel Asas Canva: Cipta Kad Digital Kreatif telah berjaya dilaksanakan pada 14 April 2026 di SMK Nasiruddin Shah. ๐ŸŽจ๐Ÿ’ป

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan para peserta atas komitmen yang diberikan. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya.

11/04/2026

TAHNIAH para graduan Diploma Teknologi Maklumat KV Besut sempena Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Kali ke-10.

Semoga terus berjaya pada masa hadapan! ๐Ÿš€

๐ŸŽ“ TAHNIAH PARA GRADUAN! ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan Diploma Teknologi Maklumat sempena Majli...
11/04/2026

๐ŸŽ“ TAHNIAH PARA GRADUAN! ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan Diploma Teknologi Maklumat sempena Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Kali ke-10 ๐Ÿ‘โœจ

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melangkah ke alam kerjaya serta terus mencipta kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan ๐Ÿš€

Karnival Sukan Pelajar JTMTarikh: 5 Februari 2026 (Khamis)Penganjur: Kelab Teknologi Program Teknologi Maklumat KV Besut...
13/02/2026

Karnival Sukan Pelajar JTM
Tarikh: 5 Februari 2026 (Khamis)
Penganjur: Kelab Teknologi Program Teknologi Maklumat KV Besut (Kelab I-tech)
Sasaran: Semua pelajar Jabatan Teknologi Maklumat, KV Besut.

Karnival Sukan Pelajar JTM bertujuan memupuk semangat perpaduan, kerjasama berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan pelajar Sijil dan Diploma Jabatan Teknologi Maklumat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan dan sukaneka yang dianjurkan sendiri oleh pelajar. Program ini juga menggalakkan gaya hidup sihat, membina komunikasi berkesan serta mengeratkan hubungan antara pelajar pelbagai tahap pengajian. Hasil daripada pelaksanaan karnival ini, pelajar dapat meningkatkan kemahiran insaniah seperti pengurusan program, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan, di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dan berdaya saing dalam jabatan.

Perhimpunan Jabatan Teknologi Maklumat Kali Pertama Tahun 2026 dikendalikan oleh Pelajar SVM Semester 4.Tarikh: 8 Februa...
09/02/2026

Perhimpunan Jabatan Teknologi Maklumat Kali Pertama Tahun 2026 dikendalikan oleh Pelajar SVM Semester 4.

Tarikh: 8 Februari 2026 (Ahad)

Antara pengisian:
1. Ikrar Akujanji Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat.
2. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada pelajar yang terlibat dengan Pertandingan ITNSA Peringkat KV, Pertandingan Pengaturcaraan Komputer (PPKomp) Peringkat Kebangsaan dan Pelajar Diploma Semester 1 dan 3 dengan PNGS melebihi 3.70.
3. Slot tentang Fardu Ain, kesedaran tentang LGBT dan buli oleh pelajar SVM Semester 4.
4. Ucapan Ketua Program dan Ketua Jabatan.

Aktiviti : Typing Techniques & TestSasaran : Pelajar Baharu Sem 1 SVM Teknologi Rangkaian KomputerTarikh : 20 Januari 20...
20/01/2026

Aktiviti : Typing Techniques & Test
Sasaran : Pelajar Baharu Sem 1 SVM Teknologi Rangkaian Komputer
Tarikh : 20 Januari 2026
Masa : 3.30 - 5.00 petang
Tempat : Makmal SKoR 2

Objektif :
- Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik menaip yang betul, pantas dan tepat.
-Menilai tahap kepantasan dan ketepatan pelajar dalam menaip.

Taklimat Pelajar Baharu Semester 1 Ambilan 2026 Program SVM Tek Rangkaian Komputer. Taklimat disampaikan oleh Ts. Ahmad ...
20/01/2026

Taklimat Pelajar Baharu Semester 1 Ambilan 2026 Program SVM Tek Rangkaian Komputer. Taklimat disampaikan oleh Ts. Ahmad Razuan(Penyelaras Program SVM).

Tarikh : 19 Januari 2026
Masa : 2.00 - 3.30 petang
Tempat : Makmal SKoR 1

Taklimat Kerjaya SKM kepada Pelajar Baharu Semester 1 Ambilan 2026 Program SVM Tek Rangkaian Komputer. Taklimat disampai...
20/01/2026

Taklimat Kerjaya SKM kepada Pelajar Baharu Semester 1 Ambilan 2026 Program SVM Tek Rangkaian Komputer. Taklimat disampaikan oleh Pn. Hasmarini binti Mat Jusoh(Penyelaras SKM Program).

Tarikh : 19 Januari 2026
Masa : 12.30 - 1.00 tengah hari
Tempat : Makmal SKoR 4

28/12/2025

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐€๐ญ๐š๐ฌ ๐“๐š๐ฐ๐š๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž ๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐•๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐๐ž๐ฌ๐ฎ๐ญ

Bagi pelajar yang ditawarkan ke Kolej Vokasional Besut bagi Tahun 1 SVM Kohort 2026, jangan lupa untuk ikuti langkah-langkah berikut ya.

๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’‘๐’†๐’“๐’๐’– ๐’‚๐’๐’…๐’‚ ๐’ƒ๐’–๐’‚๐’• ๐’”๐’†๐’๐’†๐’‘๐’‚๐’” ๐’Ž๐’†๐’๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚ ๐’•๐’‚๐’˜๐’‚๐’“๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’Ž๐’‚๐’”๐’–๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Š๐’๐’Š?

1. Klik "Ya" untuk setuju terima tawaran.
2. Muat turun dan cetak Buku Tawaran Kemasukan serta Lampiran
3. Lakukan pemeriksaan kesihatan di hospital atau klinik.
4. Pastikan semua dokumen salinan / fotostat anda disahkan.

๐‰๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š ๐ง๐š๐ง๐ญ๐ข ๐๐ข ๐Š๐• ๐๐ž๐ฌ๐ฎ๐ญ ๐ฒ๐š!

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan๐ŸŒฅ๏ธโœจ  kepada para pelajar yang telah berjaya menyertai CloudHunt 2025 yang dianjur...
15/10/2025

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan๐ŸŒฅ๏ธโœจ
kepada para pelajar yang telah berjaya menyertai CloudHunt 2025 yang dianjurkan oleh IKM Besut dengan kerjasama RunCloud Education, Talent Corporation Malaysia Berhad dan Pejabat Pendidikan Daerah Besut sebagai rakan strategik.

Program ini dilaksanakan melalui tiga fasa utama iaitu Bootcamp, Industrial Talk dan Pertandingan CloudHunt.

CloudHunt menjadi platform yang mengasah kemahiran cloud computing, inovasi digital dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar TVET seluruh negara.

Ia bukan sahaja membina keyakinan diri dan meningkatkan kompetensi pelajar dalam teknologi awan, malah turut melatih mereka menguasai kemahiran sebenar yang diperlukan industri โ€” sebagai persediaan melangkah ke alam pekerjaan.

Syabas atas komitmen, usaha gigih dan semangat berpasukan. Teruskan melangkah dengan lebih yakin dalam dunia teknologi!

---

PENCAPAIAN:

๐Ÿ”น Kategori Universiti
3rd Runner-Up daripada 15 pasukan
Team DVM: Vbest NetClouders
- Hasmarini binti Mat Jusoh / Ts.Ahmad Razuan bin Razali
- Muhammad Aqil Iqhwan bin Azmi
- Muhammad Amirul bin Mohd Yahya
- Mohammad Aqib Azfar bin Mohamad Azhar

๐Ÿ”น Kategori Sekolah
4th Runner-Up daripada 47 pasukan

Team SVM: VbestRun
- Nur Izu Salihah binti Ab Rahim
- Ilham Firdaus Tan
- Wan Aiman Nabihan bin Abdullah
- Tuan Farid Imran bin Tuan Aswira

๐Ÿ”น Penyertaan
Team SVM: Vbest CloudXcel
- Mazuraini binti Che Amat
- Siti Umairah binti Mat Seri
- Wan Amni Husna binti Wan Ahmad Syawal
- Adni Umairah binti Abd Manaf

Address

Kolej Vokasional Besut

22200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Teknologi Maklumat, Kolej Vokasional Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share