Diploma Probiz Smart Agro

Diploma Probiz Smart Agro Program yang dibangunakan untuk melahirkan usahawan dalam bidang pertanian yang berfokuskan kepada produk pertanian dan penyelengaraan landskap.

30/07/2026- 31/07/2026 Business Orientation Week (BOW)🌱 Alhamdulillah & Tahniah kepada semua usahawan Professional Busin...
01/08/2026

30/07/2026- 31/07/2026 Business Orientation Week (BOW)

🌱 Alhamdulillah & Tahniah kepada semua usahawan Professional Business (ProBiz) Smart Agro yang telah berjaya mendaftar sebagai peserta di Kolej Profesional MARA Beranang.

πŸ“š Sepanjang pelaksanaan, usahawan telah diberikan penerangan, pendedahan dan maklumat yang komprehensif berkaitan struktur program, kandungan kursus serta pelaksanaan pembelajaran sepanjang tempoh dua (2) tahun.

🎯 Antara pengisian utama program ialah:

πŸ‘¨β€πŸ« Sesi bersama Ketua Program
πŸ’Ό Program BizFit
πŸ•Œ Solat Sunat Dhuha & Tazkirah
πŸŽ“ Sesi perkongsian bersama Bahagian Pendidikan Tinggi
🎀 Forum Keusahawanan
🌢️ Lawatan akademik ke projek tanaman cili menggunakan teknik hidroponik dan IOT

πŸš€ Diharapkan program ini dapat memperkukuh pengetahuan, meningkatkan motivasi serta memberikan pendedahan yang menyeluruh dari aspek teori dan amali bagi melahirkan usahawan agro yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran industri pertanian moden.













21/07/2026
21 Julai 2026 – Sesi Konsultasi Pengairan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penanaman JagungSatu sesi konsultasi berka...
21/07/2026

21 Julai 2026 – Sesi Konsultasi Pengairan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Penanaman Jagung

Satu sesi konsultasi berkaitan sistem pengairan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) penanaman jagung telah diadakan bagi memberikan penerangan secara menyeluruh mengenai kaedah penanaman jagung yang sistematik dan mengikut amalan pertanian yang baik. Sesi ini bertujuan memperkukuh pemahaman peserta terhadap aspek penyediaan kawasan, sistem pengairan, pengurusan tanaman serta pelaksanaan amalan operasi yang standard bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil tanaman.

Sesi konsultasi tersebut telah dihadiri oleh En. Mohd Zaidan Bin Zahari, Ketua Program, En. Muhammad Saizam Bin Matt Jusoff, dan En. Mohd Adha Bin Karjin, Pembantu Makmal. Perbincangan yang berlangsung turut memberi penekanan terhadap kesesuaian pelaksanaan sistem pengairan, penyelarasan prosedur kerja serta perancangan aktiviti penanaman bagi memastikan pelaksanaan projek peserta usahawan Diploma Professional Business (ProBiz) Smart Agro berjalan secara lebih cekap, teratur dan berkesan.








20/07/2026-Perbincangan bersama Usahawan Professional Business (ProBiz) Smart AgroAlhamdulillah telah diadakan lawatan k...
21/07/2026

20/07/2026-Perbincangan bersama Usahawan Professional Business (ProBiz) Smart Agro

Alhamdulillah telah diadakan lawatan ke premis perniagaan usahawan Diploma Professional Business (ProBiz) Smart Agro bagi pemantauan dan perbincangan dalam memastikan aktiviti perniagaan usahawan berjalan lancar.

Sesi ini dihadiri oleh En. Mohd Zaidan Bin Zahari, Ketua Program ProBiz Smart Agro serta mentor peserta En.Mohd Khidir Bin Omar serta pensyarah En. Muhammad Saizam Bin Mat Jusoff.

Semoga perbincangan ini dapat memberikan manfaat kepada peserta dalam memberikan impak yang baik kepada perniagaan..









16 Julai 2026 - Lawatan Pemantauan Gerak kerja Usahawan bagi Program Diploma Professional Business (ProBiz) Smart Agro S...
21/07/2026

16 Julai 2026 - Lawatan Pemantauan Gerak kerja Usahawan bagi Program Diploma Professional Business (ProBiz) Smart Agro Saudara Muhammad Ariff Bin Marhalim yang menjalankan perniagaan tanaman herba seperti kesum, pucuk manis, pegaga dan bunga kantan sebagai projek utama di bawah program ini. Lawatan ini disertai oleh En Mohd Khidir bin Omar, Pn Siti Fatimah binti Hanifah dan Pn Wan Intan Saadah binti Wan Rosdi selaku penyelia dan mentor usahawan.
Lawatan pemantauan telah diadakan di Parit Sulong, Batu Pahat bagi menilai prestasi jualan usahawan, keberkesanan strategi pemasaran serta mengenal pasti cabaran yang dihadapi dalam menguruskan perniagaan. Secara keseluruhannya, prestasi jualan peserta menunjukkan perkembangan yang positif. Selain produk utama, usahawan turut mengambil peluang untuk menjana pendapatan tambahan melalui jualan kerepek ubi kayu sempena musim perayaan yang lalu.
Hasil daripada sesi pemantauan ini, beberapa aspek penambahbaikan telah dikenal pasti, antaranya keperluan untuk memberikan bimbingan dalam merekod dan menguruskan kewangan secara lebih sistematik serta meningkatkan pengurusan masa agar lebih seimbang antara komitmen pengajian dan pengendalian perniagaan.









* *

LAWATAN TAPAK KE KOLEJ MARA BANTING10 Julai 2026 – Satu lawatan kerja telah diadakan di Kolej MARA Banting bagi meninjau...
13/07/2026

LAWATAN TAPAK KE KOLEJ MARA BANTING

10 Julai 2026 – Satu lawatan kerja telah diadakan di Kolej MARA Banting bagi meninjau kesesuaian tapak sebagai lokasi pelaksanaan aktiviti keusahawanan Program Professional Business (ProBiz) Smart Agro, Kolej Profesional MARA Beranang.

Lawatan ini telah disertai oleh Ketua Pegawai Operasi PKPS Ehsan AgroTech Sdn. Bhd., Mr. KC Chan; Timbalan Pengarah MARA Negeri Selangor, Pn. Nurzatul Itri Mohamad Rozip; Pengarah Kolej MARA Banting, Pn. Arfaseela Amiruddin; Encik Dorries bin Ali, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Kolej MARA Banting; Penolong Ketua Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Dr. Hasnan bin Md. Aris; serta wakil pegawai daripada Kolej Profesional MARA Beranang.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan MARA dan pihak industri dalam membangunkan ekosistem keusahawanan agro yang berteraskan teknologi, inovasi dan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Diharapkan kerjasama strategik ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem pendidikan dan keusahawanan MARA yang lebih bersepadu, sekali gus melahirkan usahawan agro berteknologi tinggi yang berdaya saing, memenuhi keperluan industri serta menyokong agenda keterjaminan makanan negara.







π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—”π—‘π—š π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—˜π—₯𝗕𝗔𝗗𝗔𝗑𝗔𝗑 π—žπ—˜π— π—”π—π—¨π—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—§π—”π—‘π—œπ—”π—‘ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯ (π—£π—žπ—£π—¦) – π—˜π—›π—¦π—”π—‘ π—”π—šπ—₯π—’π—§π—˜π—–π—› 𝗦𝗗𝗑. 𝗕𝗛𝗗.
08/07/2026

π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—”π—‘π—š π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—£π—˜π—₯𝗕𝗔𝗗𝗔𝗑𝗔𝗑 π—žπ—˜π— π—”π—π—¨π—”π—‘ π—£π—˜π—₯π—§π—”π—‘π—œπ—”π—‘ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯ (π—£π—žπ—£π—¦) – π—˜π—›π—¦π—”π—‘ π—”π—šπ—₯π—’π—§π—˜π—–π—› 𝗦𝗗𝗑. 𝗕𝗛𝗗.

Lawatan Rasmi Pengarah Pendidikan Tinggi MARA ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
06/07/2026

Lawatan Rasmi Pengarah Pendidikan Tinggi MARA ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

π™‡π˜Όπ™’π˜Όπ™π˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™Žπ™ˆπ™„ π™‹π™€π™‰π™‚π˜Όπ™π˜Όπ™ƒ π˜½π˜Όπ™ƒπ˜Όπ™‚π™„π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™‰π˜Ώπ™„π˜Ώπ™„π™†π˜Όπ™‰ 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙂𝙄 (π˜½π™‹π™) π™ˆπ˜Όπ™π˜Ό 𝙆𝙀 π™†π™€π™ˆπ™€π™‰π™π™€π™π™„π˜Όπ™‰ π™‹π™€π™π™π˜Όπ™‰π™„π˜Όπ™‰ π˜Ώπ˜Όπ™‰ π™†π™€π™π™€π™π™…π˜Όπ™ˆπ™„π™‰π˜Όπ™‰ π™ˆπ˜Όπ™†π˜Όπ™‰π˜Όπ™‰ (π™†π™‹π™†π™ˆ)

Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA, Pn. Siti Aminah binti Abdul Kadir telah mengadakan lawatan rasmi ke Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan usahawan.

Lawatan tersebut telah disambut oleh Pengarah BPKLP, Puan Hizatul Haliza Hashim, yang turut mengetuai sesi perbincangan berkaitan peluang kerjasama dalam pembangunan kapasiti, latihan dan peningkatan kompetensi usahawan.

Perbincangan turut melibatkan wakil Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT), Encik Syazwan, yang berkongsi peluang sokongan kepada usahawan melalui inisiatif dan geran pertanian seperti Geran Agropreneur Muda/NextGen, sebagai usaha membantu usahawan mengembangkan perniagaan dalam sektor berkenaan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada penerokaan peluang yang dapat dimanfaatkan oleh peserta Program Professional Business (ProBiz), khususnya dalam aspek latihan, pembangunan kompetensi, pemindahan teknologi, jaringan industri serta sokongan keusahawanan yang mampu meningkatkan daya saing usahawan masa hadapan.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan MARA dalam memperkukuh kolaborasi strategik bersama kementerian dan agensi kerajaan bagi melahirkan usahawan yang berdaya tahan, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan.

Turut serta dalam lawatan ini ialah Timbalan Pengarah I Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Pengarah Kolej Profesional MARA Beranang, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Tinggi MARA serta Ketua Program ProBiz Smart Agro.







25/06/2026 - Sesi temuduga dan Ujian Psikometri calon peserta Usahawan Diploma Probiz Smart Agro ..
29/06/2026

25/06/2026 - Sesi temuduga dan Ujian Psikometri calon peserta Usahawan Diploma Probiz Smart Agro ..

29/06/2026

Pencarian Ikon Pertanian Moden

Jom belia semua!

Address

Kolej Profesional MARA Beranang
Beranang
43700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Diploma Probiz Smart Agro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Diploma Probiz Smart Agro:

Shortcuts

Share