MRSM ATM BERA

MRSM ATM BERA Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MRSM ATM BERA, Education, MRSM ATM BERA, Jalan MARA, MUKIM TRIANG, BERA.

๐ŸŒน SELAMAT BERSARAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat YBhg. Dato...
24/09/2026

๐ŸŒน SELAMAT BERSARA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat YBhg. Datoโ€™ Seri Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA, atas segala jasa, kepimpinan, dedikasi dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Semoga segala sumbangan dan pengorbanan Datoโ€™ Seri menjadi amal jariah yang terus dikenang dan memberi manfaat kepada warga MARA serta generasi yang akan datang.

Selamat bersara, Datoโ€™ Seri.

Semoga dikurniakan kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan seterusnya.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung.

Ikhlas daripada
Warga MRSM ATM Bera

๐ŸŽ‰ TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! ๐ŸŽ‰Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas nikmat kejayaan yang dikurniakan kepada Pas...
21/09/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH! ๐ŸŽ‰

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas nikmat kejayaan yang dikurniakan kepada Pasukan Debat MRSM ATM Bera yang berjaya meraih Tempat Ketiga dalam Pertandingan Debat MRSM Se-Malaysia 2026. ๐Ÿฅ‰๐Ÿ‘

Sesungguhnya kejayaan ini amat bermakna buat seluruh warga MATRA. Setelah sekian lama kita menanti, akhirnya Allah SWT mengurniakan kembali nikmat ini kepada kita. Kali terakhir kita meraih tempat ketiga ialah pada tahun 2023, dan pada tahun ini, kejayaan tersebut kembali menjadi milik kita.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua anak-anak pasukan debat atas kesungguhan, keberanian, disiplin dan semangat juang yang telah ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Terima kasih juga kepada para jurulatih, guru pembimbing, pengurusan MRSM, ibu bapa serta semua warga MATRA yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan dorongan, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Kejayaan ini bukan sekadar tentang sebuah pingat atau kedudukan, tetapi bukti bahawa dengan usaha, ilmu, disiplin, doa dan tawakal kepada Allah SWT, kita mampu mencapai sesuatu yang hebat.
Teruskan melangkah. Jangan berhenti bermimpi dan berusaha.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita mencipta lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

๐Ÿคฒ Doa saya buat anak-anak MATRA, semoga Allah SWT terus memberikan kemenangan, mempermudah segala urusan, mengurniakan ketenangan ketika berhujah, ketajaman fikiran, kekuatan jiwa dan keberanian dalam setiap perjuangan โ€” serta memberkati perjalanan kita dalam urusan dunia dan akhirat.
Tahniah sekali lagi Pasukan Debat MRSM ATM Bera!

๐Ÿฅ‰ TEMPAT KETIGA DEBAT MRSM SE-MALAYSIA 2026
ATM BERA BOLEH!
MATRA BOLEH! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

โ€œMenang dengan ilmu, berdiri dengan adab, berjuang dengan amanah.โ€

Daripada:
Pengetua MRSM ATM Bera

๐Ÿ“ข HEBAHAN PROGRAM๐ŸŒŸ MAJLIS ANUGERAH SERI MATRA 2026 ๐ŸŒŸAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Denga...
15/09/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PROGRAM
๐ŸŒŸ MAJLIS ANUGERAH SERI MATRA 2026 ๐ŸŒŸ

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Anugerah Seri MATRA 2026 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 19 September 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Inderapura
๐ŸŽจ Tema: Maroon & Grey
๐Ÿ‘” Kod Pakaian Tetamu: Baju batik

๐Ÿ† Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai kecemerlangan para pelajar dalam Peperiksaan Akhir Semester 1 2026 serta Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Sehubungan itu, sokongan, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi memastikan majlis berjalan lancar dan jayanya.

Semoga majlis ini menjadi wadah untuk meraikan kecemerlangan para pelajar serta mencipta kenangan manis dan pengalaman bermakna buat semua yang terlibat.๐ŸŒท

Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.

JK Publisiti, Fotografi dan Dokumentasi
Majlis Anugerah Seri MATRA 2026

TAHNIAH KEPADA WARGA PENGAJAR MATRA1) CIKGU SHAHRUL ADHAM BIN JAFFAR (KJ MATEMATIK)2) CIKGU MUHAMMAD AMIRULL ASYRAF BIN ...
15/09/2026

TAHNIAH KEPADA WARGA PENGAJAR MATRA

1) CIKGU SHAHRUL ADHAM BIN JAFFAR (KJ MATEMATIK)
2) CIKGU MUHAMMAD AMIRULL ASYRAF BIN JAMANHURI ( GURU MATEMATIK)

Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat anak didik MATRA untuk mencontohi dan mencuba sehabis baik dalam apa jua bidang diceburi.

You are the Best !!

REHLAH HUFFAZ MRSM ATM BERA KE GUA MUSANGTarikh: 12 โ€“ 14 September 2026Peserta: 33 orang Huffaz Tingkatan 3 dan 4Guru Pe...
15/09/2026

REHLAH HUFFAZ MRSM ATM BERA KE GUA MUSANG
Tarikh: 12 โ€“ 14 September 2026
Peserta: 33 orang Huffaz Tingkatan 3 dan 4
Guru Pengiring: 10 orang termasuk Pengetua MRSM ATM Bera
Program Rehlah Huffaz MRSM ATM Bera ke Gua Musang telah dilaksanakan pada 12 hingga 14 September 2026 dengan penglibatan 33 orang pelajar Huffaz Tingkatan 3 dan 4 serta 12 orang guru pengiring termasuk Pengetua.
Antara pengisian utama program ialah:
1. Quran Hour
2. Aktiviti CSR
3. Jejak Warisan
4. Rehlah Ilmi
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua urusetia, guru pengiring, ibu bapa dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
1. Sumbangan al-Quran kepada penumpang keretapi dari Triang ke Gua Musang, menggunakan sumbangan daripada ibu bapa Anak-anak MATRA.
2. Program Tahsin Bacaan al-Quran bersama pelajar SMK Sains Gua Musang di Masjid Jamek Razaleigh. Anak-anak MATRA berperanan membantu membimbing dan memperbaiki bacaan al-Quran para peserta.
3. Program CSR di pekan Gua Musang melalui pengagihan al-Quran kepada orang ramai sebagai usaha menyebarkan manfaat dan kecintaan terhadap al-Quran.
4. Sumbangan 200 naskhah al-Quran kepada Masjid Jamek Razaleigh dan sekitar bandar Gua Musang untuk dimanfaatkan oleh para jemaah dan masyarakat setempat.
Secara keseluruhannya, Rehlah Huffaz ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran di luar kampus, malah menjadi platform untuk membentuk Huffaz yang berilmu, beramal, berkongsi ilmu dan memberi manfaat kepada masyarakat.
โ€œHuffaz bukan sekadar menghafaz al-Quran, tetapi membawa cahaya al-Quran kepada masyarakat.โ€
Shahariman Abd Rahman
Pengetua MRSM ATM Bera

Pesanan Semangat & DoaAyahanda Pengetua MRSM ATM BeraBismillahirrahmanirrahim.Anak-anak Ingenious Huffaz yang Ayahanda k...
03/08/2026

Pesanan Semangat & Doa

Ayahanda Pengetua MRSM ATM Bera

Bismillahirrahmanirrahim.

Anak-anak Ingenious Huffaz yang Ayahanda kasihi,
Peperiksaan hanyalah satu medan untuk membuktikan usaha, bukan penentu nilai diri. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, disiplin dan tawakal kepada Allah SWT.

Ingatlah:
Belajarlah dengan tekun, berjuanglah dengan ikhlas, berdoalah tanpa jemu. Insya-Allah, setiap usaha yang disertai keikhlasan akan dibalas dengan kejayaan yang terbaik.

Doa Ayahanda:
"Ya Allah, lapangkanlah dada anak-anak kami, tenangkan hati mereka, kuatkan ingatan, permudahkan mereka menjawab setiap soalan dengan tepat, kurniakanlah kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat, serta jadikan mereka insan berilmu, beriman, berakhlak mulia dan sentiasa mendapat rahmat-Mu. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin."

Selamat Menduduki Peperiksaan SPMRSM 2026.
Yakin โ€ข Usaha โ€ข Doa โ€ข Tawakal

Insya-Allah, kejayaan milik kalian.

Ikhlas daripada,
Ayahanda Pengetua MRSM ATM Bera
Shahariman Abd Rahman

Pesanan Khas daripada Pengurusan dan Guru-guru Tingkatan 5 MRSM ATM BeraBismillahirrahmanirrahim.Anak-anak Ingenious Huf...
03/08/2026

Pesanan Khas daripada Pengurusan dan Guru-guru Tingkatan 5 MRSM ATM Bera

Bismillahirrahmanirrahim.

Anak-anak Ingenious Huffaz yang kami kasihi,
Kini tibalah saat untuk membuktikan segala usaha, pengorbanan dan doa yang telah dipanjatkan selama ini. Percayalah, setiap helaian nota yang dibaca, setiap ayat al-Quran yang dimurajaah, setiap titisan peluh dan air mata tidak akan pernah sia-sia di sisi Allah SWT.

Kami, seluruh barisan pengurusan dan guru-guru Tingkatan 5

MRSM ATM Bera, sentiasa mendoakan agar kalian dikurniakan:

Hati yang tenang dan yakin.
Ingatan yang kuat serta mudah mengingat apa yang dipelajari.
Kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan.
Ketenangan ketika menjawab setiap soalan.
Keputusan yang cemerlang serta diberkati Allah SWT.

Teruskan berusaha dengan penuh disiplin, bertawakal kepada Allah dan jangan sesekali berputus asa. Jadilah Huffaz yang cemerlang akademik, tinggi akhlak dan teguh pegangan agama.

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan yang terbaik buat seluruh Batch Ingenious Huffaz SPMRSM 2026 serta merealisasikan impian MRSM ATM Bera untuk terus melakar kecemerlangan.

"Usaha Maksimum, Doa Berterusan, Tawakal Sepenuhnya kepada Allah. Insya-Allah, kejayaan milik kalian."

Ikhlas daripada,
Barisan Pengurusan & Guru-guru Tingkatan 5
MRSM ATM Bera

KATA-KATA MOTIVASIAnak-Anak Ingenious Huffaz MRSM ATM BeraBismillahirrahmanirrahim.Anak-anak yang Ayahanda kasihi,Ujian ...
03/08/2026

KATA-KATA MOTIVASI

Anak-Anak Ingenious Huffaz MRSM ATM Bera
Bismillahirrahmanirrahim.

Anak-anak yang Ayahanda kasihi,
Ujian amali bukan sekadar menguji kefahaman sains, tetapi turut menguji ketelitian, kesabaran, disiplin dan keyakinan diri. Ingatlah, setiap usaha yang dilakukan dengan ikhlas akan sentiasa dipandang mulia di sisi Allah SWT.

Jadilah Ingenious Huffaz yang membuktikan bahawa al-Quran memimpin hati, ilmu memimpin akal, dan akhlak memimpin kehidupan. Hadapilah setiap eksperimen dengan tenang, yakin dan penuh integriti. Jangan takut melakukan kesilapan, tetapi belajarlah daripadanya.

Teruskan berusaha, bertawakal dan berdoa. Insya-Allah, kejayaan akan menjadi milik mereka yang tidak pernah berputus asa.
"Usaha Terbaik, Tawakal Sepenuhnya, Kejayaan Milik Insan Bertakwa."

DOA
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู„ูŽุง ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุงุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ู’ุญูŽุฒู’ู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุง.
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุฑู’ุฒูู‚ู’ ุฃูŽุจู’ู†ูŽุงุกูŽู†ูŽุง ุงู„ู’ููŽู‡ู’ู…ูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุญููƒู’ู…ูŽุฉูŽุŒ ูˆูŽุซูŽุจู‘ูุชู’ ู‚ูู„ููˆุจูŽู‡ูู…ู’ุŒ ูˆูŽูŠูŽุณู‘ูุฑู’ ู„ูŽู‡ูู…ู’ ูƒูู„ู‘ูŽ ุฃูŽู…ู’ุฑูุŒ ูˆูŽุงูู’ุชูŽุญู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ููุชููˆุญูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงุฑููููŠู†ูŽุŒ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽุฌูŽุงุญูŽ ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽูˆู’ูููŠู‚ูŽ ุญูŽู„ููŠููŽู‡ูู…ู’ ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉู.

Maksudnya:
Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah. Engkaulah yang mampu menjadikan segala kesukaran menjadi mudah. Ya Allah, kurniakanlah kepada anak-anak kami kefahaman, kebijaksanaan dan ketenangan hati. Permudahkan setiap urusan mereka, bukakan pintu-pintu ilmu dan kejayaan, serta anugerahkanlah kecemerlangan yang diberkati di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

DOA & HARAPAN AYAHANDA

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan yang cemerlang kepada seluruh Anak-Anak Ingenious Huffaz dalam Ujian Amali Sains SPMRSM. Laksanakan setiap tugasan dengan jujur, teliti dan penuh integriti. Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap usaha diberkati, dan setiap impian menjadi kenyataan. Teruskan melakar kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

Ayahanda
Shahariman Abd Rahman
Pengetua MRSM ATM Bera

Sekalung Tahniah kepada para penerima Anugerah Cakna Budiman (AGBC) Bulan Jun 2026.Semoga pengiktirafan ini menjadi bukt...
03/08/2026

Sekalung Tahniah kepada para penerima Anugerah Cakna Budiman (AGBC) Bulan Jun 2026.

Semoga pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa setiap usaha yang dilakukan dengan penuh keikhlasan, amanah dan dedikasi sentiasa mendapat penghargaan. Teruskan menyemai ilmu, membimbing anak-anak didik dengan kasih sayang serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesihatan, keikhlasan dan keberkatan dalam setiap langkah mendidik generasi pewaris ummah dan negara. Mudah-mudahan segala jasa yang dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran terbaik di sisi-Nya.

"Guru hebat bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina akhlak, mencetuskan inspirasi dan melahirkan generasi yang membawa perubahan."

Tahniah dan syabas! Terus melakar kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

Ikhlas daripada,

Shahariman Abd Rahman
Pengetua
MRSM ATM Bera

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah. Selesai berkampung 4 hari di MRSM Kuala Terenganu dari 24-27 Julai 2...
28/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah. Selesai berkampung 4 hari di MRSM Kuala Terenganu dari 24-27 Julai 2026 sempena Perkhemahan Pandu Puteri MRSM Se-Malaysia 2026.

Secara keseluruhan, kita berjaya:
๐Ÿฅ‡ Johan: Taraf Perkhemahan
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua: Tanda Mengesan
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga : Masakan Rantau Asia Pasifik (online)

Menjadikan *MRSM ATM Bera 5 terbaik* daripada 58 MRSM

Alhamdulillahhh tahniah diucapkan untuk semua. Para pelajar telah memberikan usaha yang terbaik dan terima kasih tak terhingga kepada para guru yang komited memberikan latihan dan tunjuk ajar.

Semoga kejayaan ni menjadi dorongan dan semangat kepada para ahli Pandu Puteri yang lain untuk terus maju ke hadapan. โœจ

Address

MRSM ATM BERA, Jalan MARA, MUKIM TRIANG
Bera
28300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095220375

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM ATM BERA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MRSM ATM BERA:

Shortcuts

Share

Category