SABK SMA Arab An-Nur

SABK SMA Arab An-Nur Insan Akademis Bertakwa

📢 JEMPUTAN KHAS KEPADA WARGA PENDIDIK SELURUH NEGARA 🇲🇾Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Sukacita menjemput warga pend...
18/08/2026

📢 JEMPUTAN KHAS KEPADA WARGA PENDIDIK SELURUH NEGARA 🇲🇾

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita menjemput warga pendidik seluruh negara menyertai:

✨ KONVENSYEN KEBANGSAAN PEMERKASAAN PROFESIONALISME GURU 2026
High Impact Teaching Strategies: Pemerkasaan PdPC Standard 4

📅 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 2.00 – 4.30 petang
💻 YouTube Live Streaming

🎙️ SESI PAKAR STANDARD 4
Dr. Ashota Krishnan
Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan
🔹 Membongkar Standard 4 dari kaca mata Nazir dan kunci PdPC ke tahap cemerlang.

🎙️ SESI INTERAKTIF: PdPC BERKUALITI & BERIMPAK
Pn. Siti Nur Atikah binti Nazari
Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris
🔹 Strategi membina PdPC yang aktif, menarik, bermakna dan berimpak.

🎤 MODERATOR
Ustazah Hjh. Noor Faridawati binti Asmuji @ Asmuze
Guru Cemerlang LAM

🔥 Ayuh warga pendidik seluruh negara!
Rebut peluang memperkasa kualiti PdPC bersama perkongsian pakar.

🔗 https://youtube.com/live/qV-dwzMGiEE?feature=share

Fahami STANDARD • Perkasa STRATEGI • Hasilkan IMPAK

15/08/2026
TAHNIAH!Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada:AIRISSATUL HEIDI ATIHA BINTI AZAHAJohan Kalam QiyadiPeringkat Keban...
20/07/2026

TAHNIAH!

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada:

AIRISSATUL HEIDI ATIHA BINTI AZAHA
Johan Kalam Qiyadi
Peringkat Kebangsaan 2026

dan

MUHAMAD AIDIL BIN RAHIZAD
Tempat Ketiga Daie Pena (Kategori Bahasa Arab)
Peringkat Kebangsaan 2026

atas kejayaan cemerlang mengharumkan nama SMA (Arab) An-Nur, Benut, Pontian serta mewakili Negeri Johor di peringkat kebangsaan.

Dan jutaan terima kasih kepada guru pebimbing dan pengiring

Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan dan sahsiah.

“Terus Melangkah, Terus Mengharumkan Nama Johor dan SMA (Arab) An-Nur.”

Ikhlas daripada
Unit Kokurikulum&
Seluruh Warga SMA (Arab) An-Nur
“Insan Akademis Bertakwa”

TAHNIAH DAN SYABAS!Sekalung tahniah diucapkan kepada murid dan guru pembimbing Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur atas...
20/07/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid dan guru pembimbing Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur atas penyertaan cemerlang dalam Karnival STEM Generasi Madani Peringkat Daerah Pontian Tahun 2026.

Pencapaian:

* Tempat Ke-3 – Innovators of Tomorrow Challenge
* Tempat Ke-8 – Bridge Building Competition
* Penyertaan – Water Rocket Challenge

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

“Usaha, Disiplin dan Doa Membawa Kejayaan.”

Ikhlas daripada,
Unit Kokurikulum
Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur, Benut, Pontian.

🌟 TAHNIAH BATRISYIA! 🌟Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Batrisyia binti Mohd Suffian, murid SMA (Arab) An-Nur...
19/07/2026

🌟 TAHNIAH BATRISYIA! 🌟

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Batrisyia binti Mohd Suffian, murid SMA (Arab) An-Nur, Benut atas kejayaan dan pengiktirafan yang amat membanggakan.

🏅 Terpilih Majlis Pemimpin Murid Malaysia mewakili murid di bawah Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pendidikan Malaysia ke Majlis Pemimpin Murid Malaysia Kebangsaan.

🏐 Terpilih mewakili Daerah Pontian ke Kejohanan Bola Jaring MSSJ 2026 (Bawah 18 Tahun).

Kejayaan ini membuktikan bahawa murid SMA (Arab) An-Nur bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kepimpinan, malah turut menyerlah dalam bidang kokurikulum di peringkat yang lebih tinggi.

Semoga Batrisyia terus melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga An-Nur untuk berani bermimpi, berusaha bersungguh-sungguh dan menggapai kejayaan.

Tahniah dan syabas! Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah, daerah serta negeri Johor.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga SMA (Arab) An-Nur, Benut, Pontian
“Insan Akademis Bertakwa”

🏅 PENTAS JUARA OLAHRAGA🏅🏅TAHNIAH ATLET CEMERLANG AN-NUR! 🏅Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet SMA (...
19/07/2026

🏅 PENTAS JUARA OLAHRAGA🏅
🏅TAHNIAH ATLET CEMERLANG AN-NUR! 🏅

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet SMA (Arab) An-Nur atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Olahraga MSSD Pontian 2026.

🥈 Nur Qalesya Damia binti Abdullah
Naib Johan Acara P18 Lompat Tinggi

🥈 Insyirah binti Mohd Suffian
Naib Johan Acara 100m Lari Berpagar P15

Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha gigih, disiplin dan semangat juang yang tinggi dalam mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada Setiausaha Sukan, guru-guru pembimbing, guru pengiring serta semua pihak yang telah memberikan bimbingan, sokongan dan dorongan sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang sukan dan menginspirasi warga An-Nur untuk terus berusaha mencapai yang terbaik.

Tahniah dan syabas! Semangat Juara, Kebanggaan An-Nur!

Ikhlas daripada
Seluruh Warga SMA (Arab) An-Nur, Benut, Pontian
“Insan Akademis Bertakwa”

🌟 TAHNIAH WARGA AN-NUR! 🌟Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SMA (Arab) An-Nur yang telah mengharum...
19/07/2026

🌟 TAHNIAH WARGA AN-NUR! 🌟

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid SMA (Arab) An-Nur yang telah mengharumkan nama sekolah dan Negeri Johor dengan mewakili Johor ke Peringkat Kebangsaan.

🏆 Mohd Aidli Rahizad
Johan Daie Pena (Kategori Bahasa Arab)

🏆 Arisatul Heidi Atiha binti Azaha
Nadwah Kepimpinan

🏆 Mohd Azri bin Safar
Nadwah Kepimpinan

Kejayaan ini merupakan bukti kesungguhan, disiplin dan komitmen tinggi yang dipamerkan oleh para peserta sepanjang pertandingan. Semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga An-Nur untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kepimpinan dan sahsiah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada guru-guru pembimbing yang telah mencurahkan ilmu, masa dan tenaga dalam membimbing para peserta sehingga berjaya melakar kecemerlangan di peringkat kebangsaan.

Semoga SMA (Arab) An-Nur terus melahirkan generasi Insan Akademis Bertakwa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tahniah dan syabas! Terus mengharumkan nama Johor dan SMA (Arab) An-Nur.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga SMA (Arab) An-Nur, Benut, Pontian
“Insan Akademis Bertakwa”

29/05/2026

Alhamdulillah pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor atas bantuan bilik guru yang telah diberikan


DAULAT TUANKUMAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG SPM 2025 pada 29.4.2026 di Istana Negara, Kuala LumpurMenjunjung kasih...
30/04/2026

DAULAT TUANKU

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG SPM 2025 pada 29.4.2026 di
Istana Negara, Kuala Lumpur

Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang berkenan mencemar duli
berangkat ke Majlis Penghargaan Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Rabu, 29 April 2026 di Istana Negara.

Sangat bermakna pada kali ini 3 orang murid An-Nur turut diberi penghargaan dalam majlis kurniaan kali ini, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan mereka dalam bidang akademik serta ketekunan menempuh pelbagai cabaran.

Menjunjung Kasih Tuanku. Terima kasih atas penghargaan yang diberikan kepada murid cemerlang SPM Sekolah Menengah Agama An-Nur. Kami seluruh warga sekolah amat menghargainya.

Sek Men Agama (Arab) An-Nur, turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada ketiga murid atas pencapaian cemerlang ini.

1. Saudari Qatrunnada Thaqifah Binti Mohamed dengan pencapaian SPM Cemerlang 11A+ Perfect Score, muncul sebagai 10 Pelajar Terbaik Negeri Johor

2. Saudari Salsabila Binti Mohd Suffian dengan pencapaian SPM Cemerlang Straight's A (10A+ 1A) wakil pelajar cemerlang negeri Johor

3. Saudari Qaseh Nurizzati Binti Mohd Zulfuat dengan pencapaian Straight's A (9A+ 2A) wakil pelajar cemerlang negeri Johor

Alhamdulillah, Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh, menggapai impian dan memberi manfaat kepada agama bangsa dan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengarah JPNJ, Tuan Zulkurnain Abdul Rahman , Tuan PPD Pontian Rasmi, Tuan KPPK SPI, JPNJ , Unit Penilaian dan Peperiksaan PPD dan JPNJ, serta seluruh warga An-Nur


Tahniah Abdullah Azzam Ahmad Thobroni dan murid ting 6 STAM atas kejayaan tempat ketiga Pertandingan Raya Smile Short Vi...
18/04/2026

Tahniah Abdullah Azzam Ahmad Thobroni dan murid ting 6 STAM atas kejayaan tempat ketiga Pertandingan Raya Smile Short Video Challenge sempena sambutan World Oral Health Day 2026 🦷✨

Address

Jalan Jaafar
Benut
82200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SABK SMA Arab An-Nur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SABK SMA Arab An-Nur:

Shortcuts

Share

Category