Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau -Official

  • Home
  • Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau -Official

Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau -Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau -Official, School, Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau, .

21/03/2026
21/03/2026

Kami warga SK Ayer Merbau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H, Maaf Zahir dan Batin.

Selasa, 17 Mac 2026 - Jutaan terima kasih diucapkan buat warga Tadika Kemas Ayer Merbau atas pemberian bubur buat guru &...
20/03/2026

Selasa, 17 Mac 2026 - Jutaan terima kasih diucapkan buat warga Tadika Kemas Ayer Merbau atas pemberian bubur buat guru & staf SK Ayer Merbau.

Semoga seluruh warga Tadika Kemas Ayer Merbau sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Selasa, 10 Mac 2026 - Seramai 10 orang murid SK Ayer Merbau telah terpilih untuk menerima sumbangan baju raya.Sumbangan ...
18/03/2026

Selasa, 10 Mac 2026 - Seramai 10 orang murid SK Ayer Merbau telah terpilih untuk menerima sumbangan baju raya.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YB Dr Akmal Salleh (ADUN Merlimau) yang bertempat di Jakel Melaka.

Terima kasih YB.

Isnin, 16 Mac 2026 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelapangan rezeki untuk dikongsi bersama. 🤲✨​Sempena ked...
18/03/2026

Isnin, 16 Mac 2026 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelapangan rezeki untuk dikongsi bersama. 🤲✨

​Sempena kedatangan Syawal yang mulia ini, barisan Pentadbir SK Ayer Merbau telah menyampaikan sumbangan 'Duit Raya' buat tulang belakang sekolah kita — barisan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), staf kebersihan, dan pengawal keselamatan.

​Sumbangan ikhlas ini adalah tanda terima kasih yang tidak terhingga daripada pihak pentadbir atas segala titik peluh, komitmen, dan bantuan tanpa henti yang mereka curahkan setiap hari. Tanpa dedikasi mereka yang memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, selamat, dan terurus, pastinya sukar untuk SK Ayer Merbau beroperasi dengan cemerlang.

​Semoga sumbangan kecil ini dapat mengukir senyuman dan menambah keceriaan buat mereka sekeluarga pada Hari Raya ini. Terima kasih atas segalanya, hero-hero tak didendang SK Ayer Merbau! 💚💛

​Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
​Ikhlas daripada,
Barisan Pentadbir SK Ayer Merbau

​

Selasa, 17 Mac 2026 - ✨Majlis Khatam Al-Quran & Penyerahan Sumbangan Duit Raya sempena Penutupan Ihya' Ramadan SK Ayer M...
18/03/2026

Selasa, 17 Mac 2026 - ✨Majlis Khatam Al-Quran & Penyerahan Sumbangan Duit Raya sempena Penutupan Ihya' Ramadan SK Ayer Merbau 2026/1447H✨

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kami warga SK Ayer Merbau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dalam kalangan Guru, PIBG, Ibu Bapa dan Murid-murid bagi menjayakan Program Ihya' Ramadan untuk tahun ini.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah dan menambah keberkatan rezeki kita semua.

Selasa, 10 Mac 2026 - Telah berlangsung Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Khat pada pagi ini.Seramai 20 orang murid ...
10/03/2026

Selasa, 10 Mac 2026 - Telah berlangsung Pertandingan Hafazan dan Pertandingan Khat pada pagi ini.

Seramai 20 orang murid telah menyertai pertandingan hafazan manakala 27 orang telah menyertai pertandingan khat yang merangkumi murid tahap 1 & 2 untuk kedua-dua pertandingan ini.

Tahniah diucapkan buat Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab atas penganjuran pertandingan ini.


Rabu, 4 Mac 2026 - Jutaan terima kasih diucapkan buat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) unit trafik kerana telah memban...
10/03/2026

Rabu, 4 Mac 2026 - Jutaan terima kasih diucapkan buat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) unit trafik kerana telah membantu menguruskan perjalanan lalulintas di hadapan pintu pagar utama SK Ayer Merbau.

Diharapkan agar semua ibu bapa & penjaga supaya dapat mematuhi arahan lalulintas yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran perjalanan setiap hari.


Assalamualaikum & selamat sejahtera.Pada cuti sekolah yang lalu, telah berlangsungnya klinik hoki di SK Ayer Merbau sepe...
26/02/2026

Assalamualaikum & selamat sejahtera.
Pada cuti sekolah yang lalu, telah berlangsungnya klinik hoki di SK Ayer Merbau seperti ketetapan berikut:

✨Program Penggalakkan Sukan Hoki: Ayer Merbau School Funstick Program, Klinik Hoki Bawah 11 Tahun Terbuka Daerah Jasin✨
🏑 15 Februari 2026
🏑 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
🏑 Dewan Terbuka Astana Hikmah, SK Ayer Merbau.

Para peserta telah mendapat didikan serta tunjuk ajar dari beberapa tokoh hebat dalam sukan hoki iaitu:
1. Coach Luqman, Jurulatih Hoki SUKMA
2. Coach Harieq, Pemain Hoki Kebangsaan Bawah 18Tahun
3. Coach Naufal Hazim, Juara Hoki MSSM 2025

09/02/2026
09/02/2026

Address

Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau

77200

Telephone

+6065210832

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau -Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau -Official:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share