PIBG SK Perancangan Beluran

PIBG SK Perancangan Beluran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PIBG SK Perancangan Beluran, School, Beluran.

Alhamdulillah, pada 13 Julai 2026 (Isnin) telah berlangsung Program Gotong-Royong Persediaan Kejohanan Bola Sepak MSSD B...
13/07/2026

Alhamdulillah, pada 13 Julai 2026 (Isnin) telah berlangsung Program Gotong-Royong Persediaan Kejohanan Bola Sepak MSSD Beluran 2026 bertempat di SK Perancangan.

Program ini melibatkan kerjasama erat warga SK Perancangan bersama PIBG SK Perancangan dalam memastikan segala persiapan berjalan lancar. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah memasang kanopi urus setia, mencat garisan padang, memasang tiang dan pukat penghadang bola, melabel tapak khemah pasukan, memasang backdrop dan banner, mengganti kipas di astaka serta pelbagai kerja persediaan yang lain.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan, Ahli Jawatankuasa PIBG dan semua yang telah menyumbangkan tenaga, masa serta komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga segala usaha dan kerjasama yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kelancaran Kejohanan Bola Sepak MSSD Beluran 2026 serta terus memperkukuh semangat muafakat antara sekolah dan PIBG.

"SKP Rumakit Melakar Sejarah Membina Legasi"

MESYUARAT PIBG SK PERANCANGAN BIL.1/20226Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang meluangkan masa menghadir...
07/07/2026

MESYUARAT PIBG SK PERANCANGAN BIL.1/20226

Terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa PIBG yang meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Bil. 1/2026.
Semoga semangat kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan dalam merancang pelbagai program yang memberi manfaat kepada murid-murid SK Perancangan.

Melakar Sejarah Membina Legasi

SAMBUTAN HARI GURUPeringkat SekolahSK Perancangan, Beluran 2026"Guru Bitara, Nadi Negara" bukan sekadar tema, tetapi lam...
21/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU
Peringkat Sekolah
SK Perancangan, Beluran 2026

"Guru Bitara, Nadi Negara" bukan sekadar tema, tetapi lambang pengorbanan, keikhlasan dan dedikasi insan bergelar guru dalam membentuk generasi masa depan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, ilmu dan kasih sayang yang dicurahkan tanpa jemu.

Teruslah menjadi inspirasi, pencetus harapan dan pembina kejayaan anak bangsa.

Ikhlas daripada,
PIBG SK Perancangan, Beluran

Address

Beluran

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Perancangan Beluran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category