TMTTC

TMTTC L-02604

Operasi Pembuatan Perabot
�RB-050-2:2012

Pengukiran Kayu Asas
�SS-200-2:2013

Telah berlangsung Kursus Asas Pembuatan Perabot Dapur yang melibatkan beberapa buah kampung iaitu komuniti Kampung Rajan...
11/10/2024

Telah berlangsung Kursus Asas Pembuatan Perabot Dapur yang melibatkan beberapa buah kampung iaitu komuniti Kampung Rajang, Kampung Belawai, Kampung Jerijih, Kampung Serdeng dan Perumahan Tg.Manis. Kursus yang dilaksanakan ini merupakan salah satu medium untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal pengusaha muda mengenai manfaat dan kelebihan yang dapat digarap melalui platform ini. Seramai 8 orang peserta menyertai kursus yang berlangsung pada 7 - 11 Oktober 2024.

Semoga dengan penganjuran kursus sebegini dapat memberi ilmu yang berguna untuk para peserta dalam melahirkan pengusaha dalam komuniti setempat.

Kursus kemasiapan di Kompleks Industri Perkayuan PUSAKA Kota Samarahan
31/07/2024

Kursus kemasiapan di Kompleks Industri Perkayuan PUSAKA Kota Samarahan

Tamat Kursus Asas Pembuatan Kabinet Dapur di salah sebuah vendor PUSAKA Norazli NB Mueble, Kpg Buangsiol Limbang. Tahnia...
24/11/2023

Tamat Kursus Asas Pembuatan Kabinet Dapur di salah sebuah vendor PUSAKA Norazli NB Mueble, Kpg Buangsiol Limbang. Tahniah kepada peserta kursus. Kursus ini bermula 20 hingga 24 November 2023.

En. Abdul Wafi selaku Pengurus Seksyen Pembangunan Industri telah menyampaikan sijil kepada 13 org peserta yang hadir. Semoga dengan adanya ilmu ini dapat memberi semangat kepada pemain-pemain Industri untuk terus bergiat aktif menghasilkan perabot mengikut trend semasa.

Alhamdulillah..selesai program kursus asas seni ukir kayu utk SMK AGAMA Limbang. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelaja...
23/11/2023

Alhamdulillah..selesai program kursus asas seni ukir kayu utk SMK AGAMA Limbang. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar SMK Agama, Limbang kerana menghasilkan ukiran khat kaligrafi Allah dan Muhammad.

Seramai 15 org pelajar tingkatan 3 menyertai program selama 2 hari bermula 22-23 November 2023. Pengurus Seksyen Pembangunan Kemahiran Industri En. Abd Wafi Abd Rani mengiringi wakil Pegawai Pendidikan Daerah Limbang Pn. Asmayati dan Ustaz Ahmad Wakil bagi SMK Agama Limbang menyampaikan sijil kepada peserta kursus.

Pihak PUSAKA mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana membenarkan PUSAKA mejalankan kursus dan menyatuni kami. Diharap pelajar-pelajar SMK Agama Limbang akan terus cemerlang dengan apa jua bidang yang diceburi.

Alhamdulillah selesai sudah kursus jangka pendek anjuran PUSAKA di Smk Kubong Limbang  Seramai 18 org pelajar dari tingk...
21/11/2023

Alhamdulillah selesai sudah kursus jangka pendek anjuran PUSAKA di Smk Kubong Limbang Seramai 18 org pelajar dari tingkatan 3 dan tingkatan 6 menyertai kursus selama 2 hari dari 20-21 November 2023 untuk memperlajari asas seni ukiran kayu.

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kerana menunjukkan komitmen dalam menyiapkan panel ukiran bermotifkan flora. Terima kasih juga kepada pihak pengurusan sekolah membenarkan PUSAKA menganjurkan kursus jangka pendek ini di SMK Kubong.

Semoga dengan adanya kursus pengenalan ukiran ini dapat menarik minat pelajar-pelajar sekolah dalam bidang ukiran. Semoga pelajar-pelajar SMK Kubong, Limbang terus cemerlang!!💪💪

09/10/2023
Tamat Kursus Asas Pembuatan Kabinet Dapur di salah sebuah vendor PUSAKA, Lawas. Tahniah kepada peserta kursus. Kursus in...
29/09/2023

Tamat Kursus Asas Pembuatan Kabinet Dapur di salah sebuah vendor PUSAKA, Lawas. Tahniah kepada peserta kursus. Kursus ini bermula 25 hingga 29 September.

En. Abdul Wafi Pengurus Seksyen Pembangunan Industri telah menyampaikan sijil kepada semua peserta yang hadir. Semoga dengan adanya ilmu ini dapat memberi semangat kepada pemain-pemain Industri untuk terus bergiat aktif menghasilkan perabot mengikut trend semasa.

Hari ke-2 : Kursus pembuatan kabinet di salah sebuah vendor STIDC di Lawas.Proses belah dan potong bahagian komponen kab...
26/09/2023

Hari ke-2 : Kursus pembuatan kabinet di salah sebuah vendor STIDC di Lawas.

Proses belah dan potong bahagian komponen kabinet, cantum komponen, dan proses glue.

Kaedah penggunaan mesin mudah alih banyak ditekankan semasa program dijalankan kerana mesin-mesin tersebut mudah dikendalikan dan melibatkan kos yang murah jika dibandingkan dengan mesin yang besar dan memerlukan kos yang banyak.

Dengan adanya kursus ini akan membuka jalan kepada peserta kursus yang berkeinganan membuka perniagaan dengan berbekalkan modal yang sederhana, tahu cara pengendalian mesin mudah alih dan tidak beranggapan hanya bergantung harap dengan mesin yang besar.

Alhamdulillah..tamat sudah kursus jangka pendek pengenalan pengukiran kayu asas di SMK Lawas. Terima kasih tidak terhing...
26/09/2023

Alhamdulillah..tamat sudah kursus jangka pendek pengenalan pengukiran kayu asas di SMK Lawas. Terima kasih tidak terhingga kepada Smk Lawas kerana menyatuni kehadiran kami terutamanya cikgu-cikgu yang terlibat disepanjang kursus dijalankan.

Turut hadir dalam majlis penutupan ini pengetua SMK Lawas Tuan Hj Tuah Bin Adris. Beliau berharap pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan terus minat dan menambah ilmu pengetahuan tentang ukiran kayu dengan menyambung pengajian di TMTTC bila sudah tamat SPM kelak.

Manakala Pengurus Seksyen Pembangunan Industri En Abdul Wafi menyarankan kepada pelajar yang benar-benar minat boleh terus menghubungi STIDC atau melayari laman sesawang STIDC untuk mendapatkan borang kemasukan di Pusat Latihan TMTTC.

Hari pertama :Kursus pembuatan kabinet di lawas untuk pemain Industri. Pengajar dari TMTTC turut terlibat menjayakan pro...
25/09/2023

Hari pertama :

Kursus pembuatan kabinet di lawas untuk pemain Industri. Pengajar dari TMTTC turut terlibat menjayakan program yang dihadiri oleh pemain pemain Industri sekitar Lawas dan Limbang.

Hari pertama : Kursus Jangka Pendek tentang pengenalan Pengukiran Kayu Asas di SMK Lawas. Seramai 17 orang pelajar menye...
25/09/2023

Hari pertama :

Kursus Jangka Pendek tentang pengenalan Pengukiran Kayu Asas di SMK Lawas. Seramai 17 orang pelajar menyertai kursus ini. Selain itu taklimat tentang halatuju dan kemudahan di TMTTC juga disampaikan oleh pegawai STIDC yang dihadiri oleh pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Address

Blok B1 & B2, Jalan Nyibong
Belawai
96150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TMTTC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to TMTTC:

Share

Category