Fakta Tak Seronok

Fakta Tak Seronok Kalau Boring, Baca Buku. Asal Membaca. Bangsa Berjaya, Bangsa Membaca

19/05/2026

Blackshot: Geng Terpaling Fast Hand di CC

Ini era lubuk para pemain fast hand berkumpul tayang skin senjata premium acah sultan, sambil masing-masing pulun kejar naikkan ranking. Memang syahdu gila kalau ingat balik memori dengar suara killing spree bergema satu CC sampai melonjakkan ego. (tok based on kazen ku empun cerita, mun salah, bulaknya la ya!)

18/05/2026

Misteri Lubang Hidung Krillin Dalam Dragon Ball

Misteri paling agung dalam dunia Dragon Ball: Kat mana sebenarnya hidung Krillin atau Kurin? Walaupun disahkan "cacat kekal" tanpa sebarang lubang hidung, kekurangan inilah yang jadi penyelamat masa dia hampir tewas menentang musuh paling hancing, Bacterian.

18/05/2026

Boss Paling Durjana Dalam Resident Evil 4

Korang ingat bos U-3 dalam Resident Evil 4 (2005) ni senang nak setel? Rupa dah lah menjijikkan, lepas tu kena lumba dengan masa hadap teka-teki kontena gantung & QTE yang menyakitkan jiwa! Daripada muka berkedut stres asyik melingkup kat koridor sempit tu, baik pergi main Candy Crush je

16/05/2026

Rahsia Di Sebalik Lagu Bring Me To Life

Rupa-rupanya vokal rap padu Paul McCoy (Twelve Stones) dalam lagu "Bring Me To Life" bukan idea asal Amy Lee! Pihak syarikat rakaman yang sebenarnya berkeras nak masukkan elemen nu-metal tersebut sebab gilakan formula kejayaan luar biasa Linkin Park dan Limp Bizkit pada zaman itu. Asalnya lagu ikonik Evanescence ini nak dijadikan lagu balada penuh emosi sahaja tau!

15/05/2026

Koro-Sensei: Guru Terbaik Dalam Sejarah Anime

Melalui undian di Reddit, Koro-sensei sah dinobatkan sebagai guru terbaik dalam sejarah anime! Walaupun rupa persis sotong gergasi berwarna kuning dan selalu mengugut mahu meletupkan bumi, dedikasi beliau mendidik pelajar kelas corot dengan kelajuan Mach 20 memang tiada tandingan. Ada cikgu korang yang lagi rare daripada Koro-sensei?

SELAMAT HARI GURU 2026

14/05/2026

Logik Mengarut Dalam Red Alert 2

Satu perkongsian ilmiah mengenai anomali dalam Red Alert Two. Kenapa baju perisai tentera kita rapuh seperti biskut di hadapan anjing kurap? Kenapa p**a unit jurutera boleh menawan seluruh pangkalan musuh hanya dengan satu beg sandang tanpa perlu buat loan LPPSA?

Mari kita bedah logik penyamaran paling berani dalam sejarah iaitu memakai safety helmet kuning terang di tengah-tengah kawasan perang. Satu fakta yang perlu anda tahu sebelum mula mengatur strategi serangan

Antara banyak-banyak jilid Utopia, edisi ni memang jadi paling favourite aku. Mana taknya, muka depan terus nampak Korn ...
14/05/2026

Antara banyak-banyak jilid Utopia, edisi ni memang jadi paling favourite aku. Mana taknya, muka depan terus nampak Korn tengah peak masa tu.

Jilid ni keluar masa dorang tengah promosi album Take a Look into the Mirror. Sayangnya, ini last album pemain gitar dorang, Head, sebelum dia buat keputusan keluar tahun 2005.

Jujurnya bagi aku, lepas Head tak ada, muzik Korn rasa macam hilang 'taring' sikit. Bunyi dah mula jadi lebih radio friendly. Tak salah pun nak bagi sedap dengar dekat radio, tapi identiti raw dorang tu macam dah pudar.

Zaman ni jugalah aku dah mula beralih arah, telinga dah mula layan early metalcore macam Unearth dengan Killswitch Engage.

14/05/2026

Devil Fruits Paling Hauk Dalam Dunia One Piece

Dalam ekosistem One Piece yang kompetitif, pemilihan Buah Syaitan selalunya menentukan survival seseorang lanun. Namun, terdapat satu anomali biologi yang dikenali sebagai Jake Jake no Mi iaitu kuasa yang menukarkan manusia menjadi sehelai jaket.

kuasa ini bukan sahaja tidak praktikal, malah merupakan satu penghinaan kepada sistem kuasa buah syaitan. Daripada risiko aroma "bundle" yang tidak menyenangkan hingga ke isu maruah diri yang disidai di bawah ketiak orang lain.

13/05/2026

Era Emas WWF Attitude

Zaman paling 'bahaya' buat adik-beradik kecil sebab selalu jadi bahan eksperimen Twist of Fate. Tak lupa juga gaya Crotch Chop X-Pac yang legend tu—simbol penganjingan paling pedas untuk kawan yang s**a main nama bapa.

13/05/2026

Logik Paling Chaos San Andreas

Pernah kena p**au di cyber cafe sebab tersalah beli barang dota? Ini sebab kenapa ramai beralih ke GTA San Andreas untuk cari ketenangan. Dari kos hospital yang murah sampailah ke polis yang mudah lupa, jom imbau kembali sejarah huru-hara CJ di Los Santos yang tiada tandingannya.

11/05/2026

Apa Sumber Protein Dalam Dunia Pokemon?

Misteri protein dalam dunia Pokemon! Betul ke Farfetch'd dan Slowpoke pernah jadi hidangan? Dengan lebih 1000 spesies, jom borak pasal persoalan moral: Adakah Pokemon itu teman atau sekadar makanan?

Address

Beaufort
89808

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakta Tak Seronok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share