15/01/2026
BULETIN KAFA BEAUFORT 2
Tarikh: 14 Januari 2026
Lokasi: Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort
▪️Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Us Nur Far'ain Ayani binti Muksin, Guru KAFA Daerah Beaufort 2 yang juga merupakan guru ambilan baharu tahun 2026, atas kejayaan meraih Johan Kategori Qariah sempena Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Daerah Beaufort.
▪️Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan warga KAFA Beaufort 2, malah menjadi inspirasi kepada seluruh pendidik dan generasi muda dalam memartabatkan syiar Al-Quran.
🔹Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Isnin bin Hj Aliasnih, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Merangkap ADUN N. 32 Klias.
Turut hadir memeriahkan majlis:
🔹YB Datuk Matbali bin Hj Musah, Ahli Parlimen Sipitang
🔹Tuan Mohd Nazri bin Ajun, Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Beaufort
🔹Tuan Mohd Ainol bin Hj Mohd Dun
Pegawai Esekutif Majlis Daerah Beaufort
🔹Puan Husjana Guljuman, Pegawai Tadbir Agama Daerah JHEAINS Beaufort
🔸Ustaz Mohd Nasry bin Masih, selaku Penyelia KAFA Daerah Beaufort 2, merakamkan setinggi-tinggi ucapan Syabas dan Tahniah kepada Us Nur Far'ain Ayani binti Muksin atas kejayaan cemerlang merangkul Johan Kategori Qariah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Beaufort.
🔸Beliau turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada seluruh pihak penganjur, barisan urus setia serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini dengan lancar dan penuh keberkatan.
🔸Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga pendidik KAFA dan generasi muda untuk terus mendalami, menghayati serta memartabatkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Disediakan oleh:
Team Media KAFA Beaufort 2