SMK Pantai WPLabuan

SMK Pantai WPLabuan SMK Pantai WP Labuan

20/03/2026

π“πšπ€π›π’π« π‘πšπ²πš π’πŒπŠ 𝐏𝐚𝐧𝐭𝐚𝐒 πŸπŸ’πŸ’πŸ•π‡/πŸπŸŽπŸπŸ”πŒ

SMK Pantai mempersembahkan Takbir Raya dengan kerjasama Mohd Hazim bin Mohd Noor

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada seluruh Warga SMK Pantai.

"π˜šπ˜”π˜’ π˜—π˜’π˜―π˜΅π˜’π˜ͺ π˜”π˜¦π˜―π˜¨π˜’π˜―π˜¨π˜¬π˜’π˜΅ π˜”π˜’π˜³π˜΅π˜’π˜£π˜’π˜΅ π˜”π˜Άπ˜³π˜ͺπ˜₯"

23/01/2026

Sukacita kami umumkan bahawa bermula tahun 2026, SMK Pantai WP Labuan akan menggunakan laman facebook rasmi yang baharu. Segala perkongsian tentang aktiviti sekolah akan dimuat naik di dalam laman baharu tersebut.

Pautan ke laman facebook rasmi SMK Pantai WP Labuan bermula tahun 2026 :

https://www.facebook.com/share/1D3woctaBA/

Sekian.

LAMAN FACEBOOK RASMI SMK PANTAI WP LABUAN BERMULA TAHUN 2026

Pada 15 November 2025 (Sabtu), pihak sekolah telah melaksanakan Program Majlis Anugerah Kualiti Murid 2025 (MAKMUR).Majl...
21/11/2025

Pada 15 November 2025 (Sabtu), pihak sekolah telah melaksanakan Program Majlis Anugerah Kualiti Murid 2025 (MAKMUR).
Majlis ini meraikan seramai 353 penerima anugerah merangkumi tiga kategori utama iaitu Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Turut diraikan ialah penerima Anugerah Cemerlang SPM 2024 yang telah memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.

Majlis ini diadakan sebagai penghargaan atas usaha, komitmen dan kecemerlangan murid dalam pelbagai aspek sepanjang tahun. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan pada masa akan datang.

Kita doakan semoga anak-anak kita akan terus mencapai kejayaan di samping menjaga adab dan akhlak mereka. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah telah selesai Majlis Apresiasi dan Restu Ilmu(RESTU) Calon SPM 2025.Majlis ini adalah untuk menghargai seg...
20/11/2025

Alhamdulillah telah selesai Majlis Apresiasi dan Restu Ilmu(RESTU) Calon SPM 2025.
Majlis ini adalah untuk menghargai segala usaha,pencapaian serta kesungguhan para pelajar, khususnya tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan menamatkan alam persekolahan. Dengan majlis ini semoga mereka mendapat dorongan,keyakinan dan keberkatan ilmu bagi menghadapi peperiksaan SPM demi masa depan yang cemerlang.

Tarikh: 16/11/2025
Tempat: Dewan SMK Pantai

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (UNICAMP) Peringkat SMK PantaiPada 26 hingga 28 September yang lalu, SMK Pantai tela...
01/10/2025

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (UNICAMP) Peringkat SMK Pantai

Pada 26 hingga 28 September yang lalu, SMK Pantai telah menganjurkan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform (UNICAMP) Peringkat Sekolah yang bertempat di Pusat Kokurikulum WP Labuan. Program ini telah disertai seramai 178 orang murid.

Perkhemahan ini bertujuan membina jati diri, menyemai semangat kerjasama berpasukan serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru-guru yang terlibat bagi menjayakan program ini. Komitmen dan kerjasama ini telah memastikan semua peserta mendapat pengalaman yang bermakna.

Syabas dan tahniah buat semua peserta yang terlibat.

Tahniah diucapkan kepada semua atlet olahraga PANTAI WARRIOR MSSWPL yang telah berjaya meraih tempat ke-2 pada Kejohanan...
14/07/2025

Tahniah diucapkan kepada semua atlet olahraga PANTAI WARRIOR MSSWPL yang telah berjaya meraih tempat ke-2 pada Kejohanan Olahraga Peringkat WP Labuan yang berlangsung dari 3 hingga 9 Julai 2025 bertempat di Kolej Matrikulasi Labuan.

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang ditunjukkan oleh semua atlet sepanjang latihan dan pertandingan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah juga ditujukan kepada pengurus pasukan serta jurulatih yang telah membimbing, memberi tunjuk ajar dan memimpin dengan penuh dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi pembakar semangat untuk terus meningkatkan prestasi, mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

SMK PANTAI MENGANGKAT MARTABAT MURID

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SMK Pantai yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Karnival STEMFIESTA 202...
14/07/2025

Tahniah diucapkan kepada murid-murid SMK Pantai yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Karnival STEMFIESTA 2025 peringkat Labuan pada 23-28 Jun 2025.

Keputusan Pertandingan:
1. Drone Challenge- Johan
2. Gami-Code- Johan
3. Bridge Building- Ke 3

Johan akan mewakili pasukan WP Labuan ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 3-6 Ogos 2025 di Kota Bharu,Kelantan. Mohon doakan kejayaan mereka.

Address

Jalan Pohon Batu
Batu
87027

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Pantai WPLabuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category